AHLAN WASAHLAN

UKHWAHFILLAH

JAZAKUMULLAHUKHAIRAN JAZA'

JOIN US TODAY!! BE AMONG US!! WE ARE PROUD TO BE AMONG THE JUTAWAN FAMILY. LETS SHAKLEE

Tuesday, July 28, 2009

E M A K ...

Bismillahirrahmanirrahim..

26 Julai 2009; Aku tiba2 terjaga dalam lingkungan 3 pagi. Entah kenapa liat pula mataku untuk tidur semula walaupon setelah kucuba berkali-kali..

Dalam hati fikiranku, mula berfikir ttg ahli keluargaku esp Emak yang berada di Muar berseorangan tika ini..Aku tidak keruan. Malah seolah terasa ada yang tidak kena..Bila kukenang semula pengalaman silam.. setiap kali aku terjaga di awal bg sebegini dan berasa tak keruan sebegini..pasti esuknya akan ku terima khabar2 duka mengenai kaum keluargaku (spt khabar meninggal, sakit, ditimpa musibah dan sebagainya)... WaAllahu'alam. Mungkin juga kebetulan, atau Instict seorang anak yang tinggal jauh dr keluarganya tercinta..

Dalam pada masa yang sama , aku cuba pujuk diri sendiri. Cuba sedapkan hati..Walaupun hakikat sebenar, aku amat risau jika benar kebimbangan ini jadi kenyataan...Dalam hati; aku memohon agar Allah melindungi Emak...

*************************************************************************

27 Julai 2009; Hari ini, aku menelefon emak.. Sebaik panggilan ku disambut. Tiba-tiba kedengaran suara sayu emak. Aku tergamam. Panik. Juga turut sayu. Dan rasa bersalah. Tidak sangka kebimbangan ku benar2 berlaku!! Dalam hati; Ya Allah, kau lindungilah Emak....

aku: hello, assalamualaikum..Mak tgh buat apa?
Emak: waalaikumussalam..kak ipah....air naik.....(Nada sayunya)
aku: Eh,mak kat mana ni?
Emak: Air naik dalam rumah kita! Banjir nak...Tak pernah2 berlaku..
Aku: Ya Allah biar betul mak..Mcm mana air naik? daripada mana, mak kata dierang dah dalamkan parit...(Aku sebak mengenangkan emak yang terppaksa melalui saat2 itu bersendirian..)
Emak: Sistem perparitan tak betul agaknya...macam mana ni?...
Aku: Mak, baik2... nt org telefon semula...(tergesa2 menamatkan talian untuk memaklumkan pada adik beradikku yang lain)

**********************************************************************

Aku menelefon Along, angah dan andak..tak dilupa juga sms Uda yg di Australia..Andak akan balik hari ni..Cuma mungkin sampai malam di muar)..Angah pulak terpaksa balik hujung minggu kerana kekangan kerja. Along? dia sebolehnya mahu balik tetapi kerana komitmen keluarga dia tak dapat balik..Tapi masih juga mengambil tindakan&memainkan peranan: Along telah membuat aduan kepada Pejabat daerah muar dan mengerah adik2nyA balik....Aku? aku jauh...jauh dipantai timur...kalau blh, hendak shja akak terbang skrg, blk muar...Sama2 meredah banjir dgn Emak...WaAllahu'alam..hanya Allah yang tahu perasaan aku bagaimana...Air mata seperti tidak tertahan, jatuh dan lerai..Aku cuba kuat...Tp aku tak dapat membendung kesedihanku mengenangkan emak dengan tulang 4 keratnya melalui saat2 sukarnya di muar..Kesian mak..Aku nak balik! Aku nak Balik!!..

Blk drpd sekolah..aku sampaikan khabar ini pada hubby..alhamdulillah, dia fahaam..aku mendapatkan keizinannya utk pulang membantu emak membersihkan rumah. Abang kata, kita balik sama2lah, cuma Abang ada Kem Bestari Solat Sabtu ni (Berat juga kerana dialah master mind + ko ordinator KBS diskolahnya)....Aku cakap, takpelah abang& sani takyah nak balik dulu...ayang bukan nak blk bercuti..tp nak kemas rumah..banyak yang nak kena cuci..kalau sayang n sani balik..kesian lah sani..semua tempat kotor. Dia tak boleh berlari..Manalah dia boleh duduk setempat..Abang risau jugak sebenarnya. Bimbang lama dah aku tak balik naik bas. Aku cuba yakinkan Abg. InsyaAllah..Kalau naik bas dr sini malam(tanah merah),tentu2lah sampai muar nt dalam jam 7. naik bas tak penat...Jadi, blk bolh tolong mana yang patut...Tiketpon, insyaAllah ada, fsl bukan cuti sekolah..Kalau di Muar habis. Ayang ambik di Putra KL. Abg mengangguk. InsyaAllah..dia berjanji untuk membeli tiket bas ku hari ini, selepas balik drpd sekolah nanti..

Alhamdulillah...ringan sikit jiwa dan raga ku..InsyaAllah, hr khamis malam nt, aku akan bertolak balik muar..

Emak..org tak sanggup tengok mak susah sorang2..terkenang susah payah mak jaga aku esp time berpantang..Sanggup pula datang ke Kelantan menjaga aku yang kemalangan..Ya Allah..kalau mak blh buat..kenapa tidak aku?.....




WaAllahu'alam....






2 comments:

FirJah said...

kak pah :
sedihnya baca..moga tabah ya..
kesian kan mak berseorangan di umah.. menghadapi getirnya banjir seorang diri..
moga kak pah selamat pulang & kembali...
tolong la mak setakat mana yang boleh...

Unknown said...

FirJah, thanks jah..Tiket cepat exspress dah beli..InsyaAllah, esuk malam akan bertolak ke Muar. InsyaAllah everything will fine...Mmg jah, kite kesian sgt sebab inilah 1st time banjir.. Makcik saya yg dtg bertandang kerumah,nak tgk keadaan mak saya terkejut sebab mak saya solat ats meja. Bayangkan kalau meja tu patah dan mak jatuh..Sib baik angah saya dan ingatkan mak...Tak sabar nak tunggu esuk.

p r e v i o u s L i N K s

Blog Widget by LinkWithin