AHLAN WASAHLAN

UKHWAHFILLAH

JAZAKUMULLAHUKHAIRAN JAZA'

JOIN US TODAY!! BE AMONG US!! WE ARE PROUD TO BE AMONG THE JUTAWAN FAMILY. LETS SHAKLEE

Monday, August 17, 2009

T O L O N G ...

Bismillahirrahmanirrahim..


En3 kali ni, mudah2n ade sedikit intipati dan manfaat yang dapat dititipkan buat semua, insyaAllah..

Menolong, memberi pertolongan, memberi bantuan macam2 istilah..macam2 bunyi tetapi memberi maksud yang seerti. Fokus yang hendak diutarakan ialah bukanlah mengenai kita yang meminta atau memohon pertolongan daripada orang..tetapi fokus en3 ini adalah mengenai bantuan dan pertolongan kita kepada org lain.

Sebenar, terdapat pelbagai persepsi org atau tanggapan individu mengenai hal tersebut. Percaya atau tidak, setiap org berbeza pandangan mengenainya.

Menolong orang...

Sesetengah org perlu atau akan berfikir terlebih dahulu sebelum memberikan bantuan.

Sesetengah pula akan terus sahaja memberi pertolongan tanpa berfikir panjang.

Sesetengah org pula mungkin memilih org2 yang ingin ditolongnya dan sesetengah yang lain sebaliknya pula.

Sesetengah org memberi bantuan bersebab. Tolong bersebab. Ada udang disebalik batu.

Sesetengah org tidak langsung memikirkan balasan dan pertolongannya tidak bersebab dan langsung tidak berkehendak pada balasan.

Sesetengah org memberi bantuan dengan harapan lain kali pihak yang ditolong itu pula akan menolongnya apabila dia pula memerlukan bantuan.

Sesetengah org pula memberi bantuan kerana ingin membalas pertolongan yang pernah diterimanya..

betul bukan? macam2 'kaedah' org yang memberi pertolongan ini...macam2..Tapi bukan hak kita utk menilai setiap bantuan yang diberi..Itu semua kerja Allah..dan hanya HakNya jua utk menilai sejauh mana keikhlasan dan ketulusan seseorang itu menghulurkan bantuan...

Sebenar, bukan nilai atau ukuran yang ingin diutarakan..

tetapi sekadar seruan..iya..seruan utk sama2 mengajak kita semua, termasuk saya dan anda yang sedang membaca..supaya mempunyai 1 banchmark yang utuh mengenai konsep memberikan bantuan/pertolongan..

wah ada banchmark jugak kah? mcm standard ISO pulak..

Iya betul..Benar dan Sahih..

Kawan-kawan,
Berilah bantuan..
Berilah pertolongan..
Berilah bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan..
Berilah bantuan dan pertolongan sekadar yang kamu mampu..
tapi bukanlah bantuan yang ala kadar shaja atau sekadar buat syarat..
tetapi bantuan yang terbaik yang dapat kita berikan..

kawan-kawan,
Berilah bantuan..
Berilah pertolongan...
Berilah bantuan dan pertolongan setulus hati dan seikhlas sukmamu..
Berilah bantuaan dan pertolongaan sejujur-jujur pertolongan..
bantuan yang murni dan pertolongan yang suci..
Bukan kerana bersebab lantaran mengharapkan balasan..
Biar bantuan dan pertolongan itu benar-benar tulus dan mulus..lahirnya dari hati..bukan kerana mata2 yang memandang..
bukan kerana dia, bukan kerana saya atau mereka semua..
tetapi biarlah bantuan dan pertolongan itu kerana Allah..
dan biarkan hanya Dia nanti yang menilainya...
Hanya Dia..

Kawan-kawan,
Saya tak pandai nak berpuisi..tp cukuplah apa yang lahir dari hati ini, dapat diserap bukan sahaja pada aqal nurani..tetapi juga sebagai sesuatu amanat yang terpahat kemas dalam ingatan..Dalam perbuatan..juga dipanjang-panjangkan pula pada yang lain..

Bagi saya mudah..
Selagi mampu, saya akan bantu mana yang terdaya dan yang terbaik dapat saya lakukan..Bagi saya, bantuan saya bukan utk disebut-sebut..atau dikenang-kenang..tapi cukuplah buat kepuasan diri ini setelah menyempurnakan tanggungjawab kepada mereka yang memerlukan bantuan..
Kadangkala..mereka malu juga meminta bantuan..tetapi sebagi insan biasa, kita sedia peka bila, siapa dan bagaimana kita perlu bertindak dan menghulurkan bantuan..

Bagi saya..
Memberi bantuan, bukan sebab2 tertentu..memberikan bantuan bukan dengan harapan esok2 dia pulak tolong kita..Tidak begitu..

tetapi bagi saya..saya bantu..saya tolong hanya kerana Allah..kerana saya percaya dan sentiasa berpegang..bilamana kita mudahkan urusan org lain yang kesusahan kerana Allah..InsyaAllah..akan datang, bila mana kita pula ditimpa kesusahan mahupun musibah..Allah akan sentiasa bersama-sama kita..Allah akan sentiasa memberi Rahmat dan keringanan buat kita melalui saat-saat getir itu..biarpun terpaksa bersendirian....dan pasti ada shaja rahmat dan bantuanNya yang dilorongkan buat kita sebagai jalan kita menangani permasalahan tersebut..InsyaAllah.....


namun, bila difikir dan dihitung semula..selama hayat ini dikandung badan..sudah berapa banyakkah bantuan yang telah kita berikan? Bayakkah? sedikit kah? sedang2 shjakah? atau belum lagi?....


waAllahu'alam...rekfleksilah diri...mudah2n...setiap saat dan hayat kita ini..tidak dilepaskan peluang untuk menghulurkan bantuan..biar sebezar zarah..biar sekadar doa...Biar...Kerana belum tentu yang sekecil itu mampu kita istiqamah melaksanakannya jika tidak bermula dari detik ini...






waAllahu'alam..


Wassalam








Sunday, August 16, 2009

AYAT-AYAT RUQYAH

Bismillahirrahmanirrahim..

En3 kali ini, skdr ingin berkongsi maklumat mengenai ayat-ayat Ruqyah.

Mesti ramai yang tertanya-tanya; Apa tu ayat2 Ruqyah? pada mulanya saya juga tidak begitu tahu mengenainya..Alhamdulillah, husband baru2 ni berjaya mendownload ayat2 tersebut drpd internet setelah sekian lama dicarinya.

Ayat2 Ruqyah sebenarnya merupakan kombinasi dan kompilasi ayat2 alquran yang digabungkan untuk tujuan perubatan dalam Islam. Antara penyakit-penyakit yang boleh diubati melalui kaedah memperdengarkan bacaan drpd ayat2 ruqyah ini adalah seperti :
  1. untuk membatalkan perbuatan khianat org terhadap kita (sihir/saka),
  2. gangguan jin (seperti histeria dll)
  3. merawat fikiran runsing/jiwa yang gelisah/khayalan
  4. Sebagai pagar rumah (pengusir Jin & Syaitan)
  5. Untuk ketenangan dalam rumah tangga
  6. menangani anak-anak yang meragam/menangis tengah malam
  7. Penambat kasih sayang antara anak / ibubapa
  8. bagi wanita yang mengalami pendarahan yang berpanjangan (istihadah)
  9. menguatkan ingatan dan hafalan dalam pembelajaran.
  10. lambat jodoh

Untuk makluman semua; ayat-ayat yang diambil dan digabung drpd al-quran yang terkandung dalam ayat2 Ruqyah ini adalah seperti berikut:

No *Nama Surah *Juzuk *Ayat
1. Al-Fatihah 1 (Seluruhnya)
2. Al-Baqarah 1 (1-5)
3. Al-Baqarah 1 (102)
4. Al-Baqarah 2 (163-164)
5. Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 (255)
6. Al-Baqarah 3 (285-286)
7. Ali-Imran 3 (18-19)
8. Al-'Araf 8 (54-56)
9. Al-'Araf 9 (117-122)
10. Yunus 11 (81-82)
11. Toha 16 (69)
12. Al-Mukminun 18 (115-118)
13. As-Soffaat 23 (1-10)
14. Al-Ahqaaf 26 (29-32)
15. Ar-Rahman 27 (33-36)
16. Al-Hasyr 28 (21-24)
17 Al-Jin 29 (1-9)
18. Al-Ikhlas 30 (Seluruhnya)
19. Al-Falaq 30 (Seluruhnya)
20. An-Naas 30 (Seluruhnya)


CARA2 dan panduan Mendengar atau mengaplikasi MP3 ayat2 ruqyah ini:

1-Dengar MP3 RUQYAH SYARIAH sehingga tamat menggunakan HEADPHONE dengan volume yang kuat. Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati. Perhatikan setelah selesai :
  • denyutan jantung makin kencang
  • badan begegar
  • ada benda bergerak-gerak bawah kulit
  • mengantuk/menguap
  • batuk
  • gelisah
  • panas di tengkuk
Jika ada mengalami sebahagian simptom-simptom di atas, kemungkinan besar ada jin yg menghuni tubuh anda. RUQYAH MP3 amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yg mengalami gangguan jin,kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat/sihir serta memagar diri kita.


2- Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3 kali sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

3-Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya di dalam kereta, kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

4-Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

5-Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan mp3 ruqyah ini 3 round (3kali) sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3 kali dan al insyirah 3 kali secara istiqomah. Kemudian sebelah malamnya pula, mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

6-Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3 kali sehari untuk 3 hari berturut-turut.

7-Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan mp3 ruqyah ini 3 kali sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR MP3 RUQYAH INI,SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*



Akhirnya, ayat2 ruqyah ini boleh didownload disini

Friday, August 14, 2009

Semenjak Hamil kedua ini...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebenar masih berkira2 samada mahu mengupdate blog atau biarkan saja niat itu berlalu..Aku berbelah bagi...Akhirnya, en3 ni dipost jua..

Smnjak beberapa minggu hamil ini..emosi seakan tidak stabil..mcm tak de mood je..letih la..Nak makan pon,tak berapa bersemangat..siap fikir 2-3 kali, nak mkn ke tidak..Perut kengkadang mmg terasa lapar, tp tekak cam takde selera nak telan makanan..

Smnjak hamil ni jugak..sangat awal aku tido malam..kadang seawal 9dah tido..malas nak tgk tv or surfing internet..Kesian sani..selalu, layan die la sampai mengantuk..ini umminyer pulak yang tido dulu..aku selalu je kate ngan die, esp bila sani nak ajak bermain atau dia bermain di atas katil...."dik, adik gi tengok tv la..ummi da tak boleh nak buka mata ni.."..bila aku ckp camni..faham pulak dia..tindakannya sejurus itu; Sani akan mencium aku dan mengamin tangan ku sambil melambaikan tgn dan menyebut "bye..."...Itulah anak ku sani..Tak byk kerenah, tp kadangkala ragamnya memang mencuit hati aku dan abahnya..

Smnjak hamil ini jugak..aku sering terjaga awal..pukul 1@2 pagi dan kemudian sukar pula nak melelapkan mata..time inilah yang aku gunakan utk online&buka blog..walaupun hakikat sebenar..nak buat yang ini pun terasa malas juga...Kadang2 aku bertanya sendirian; "kalau dah sume benda takde mood nak buat...apelah aktiviti nak buat utk mengisi, hari2 aku.... bila semua nampak tak begitu happening..?"..Err,taktau nak jawab...No komen...tak boleh nak ulas panjang..waAllhu'alam.

Smnjak hamil kedua ni..tekak ni macam payah je nak terima susu..Mgkin sebab lama tak minum kot..tp aku tetap gagahkan diri minum susu Anmum..Wajib..Cuma, baru minum semug (berisipadu lbh kurang 200ml), dah terasa penuhnye perut..Actually mmg berbeza compare mase hamil yg 1st dulu..Bukan semug aku minum, tapi sekole! yang isipadunya lebih dr 300ml air...3x sehari plak tu...huhuhu...tp tidak utk kali ini (buat masa ni lah kan)..sebab, hr ni je..aku br minum susu sekali iaitu pagi smlm. Itupun dah rase kekenyangan...Pelik. Aku sendiri pelik dan tak tau kenapa pelik sangat kali ini..

Smnjak hamil kedua ni..ade gak mengidam..tp tidak lah desprete sgt nak mkn benda2 yg diidamkan tu..still under control..kalau ade, ade lah rezki buat aku&baby..kalau takde, It's ok..tak mengapa..No hurt feeling...Cuma kadangkala terliur dan sgt2 terliur bila tgok western food yg dimasak dan ditayang oleh para blogers yang aku ikuti...dalam hati..."sedapnyeeee la hai..macam nak mintak sikit je..."huhuhu..Berbeza pulak mase mengandungkan sani dulu kerana tika itu aku lebih menjurus kearah masakan & makanan melayu(lauk dan kuih muih tradisional)...

Smnjak hamil kedua ni..byk gak pengetahuan mengenai kehamilan yang perlu diupdate semula..hmmm...macam mengandung sulong pulak rasenya...mana tidaknya..serasa, lama tak mengandung...Bila hamil semla, rase cam pengetahuan yang ade; tahap zero semula...Dalam diam, aku nervous sbnarnya...menanti saat2 kelahiran bayi ini nanti...tapi tidak pula aku mengingat atau mengenangkan pngalaman 1st mase lahirkan sani dulu..langsung tidak...Cuma seakan berdebar bila mendengar atau membaca pengalaman org2 lain yg melalui saat2 itu...Tak tahulah bagaimana bahagian ku nanti..Mudah2n dipermudah kan Allah, amin ya Rabbal'alamin...

Smnjak hamil kedua ni..Aku masih belum membuat kad ibu mengandung di Klinik kesihatan berdekatan rumah ni..Mmg dekat..Dalam 12-15 minit berjalan kaki (bg org yang mengandung spt aku)..Bimbang sebenarnya...esp mengenai HINI yg menular skrg ni...Dan serasa, di Klinik tu macam tempat tak selamat je...tak selamat sebab aku takut dijangkiti penyakit berjangkit dr mereka yang sakit...Dalam bab ni, jangan kata di Klinik, alang di sekolah pon, aku sudah bertanya 2-3 kali muridku yang demam.."awak demam apa ni?" "brp lama dah demam?' dah gi klinik?" dan macam2 lagilah...Bimbang kalau2 demam mereka bukan demam biasa..Tapi demam yang boleh menyebarkan jaangkitan kpd org lain..nauzubillahimin zalik...

Smnjak hamil kedua ni..Aku masih mencari dan tercari2 apakah supliment terbaik yang boleh aku ambil sepanjang mengandung ini..Husband mencadangakan Salindah set lengkap..Tp mcm2 pro&Kons yang aku dengar mengenainya..Niat dihati pulak nak ambik spirulina+madu hawla+pil acid folik utk bnyakkan susu..but still under consideration..fasal tak decide lagi, mana 1 yg terbaik..What do you think?...

Smnjak hamil kedua ini...Dalam diam aku menyimpan azam utk full breastfeeding baby yang bakal lahir nanti..masih mencari info2 berkaitan..Aku sgt kagum melihat mereka yang berjaya melaksanakannya...mampukah aku sehebat mereka?.....WaAllahu'alam....


Sekian utk en3 kali ini..

waAllahu'alam


Ilalliqa' Wassalam....




Wednesday, August 12, 2009

K L O N M A W I ?

Bismillahirrahmanirrahim...

Entry kali ini nak letak pics terbaru My 1st little Mujahid; Muhammad Harussani dalam versi barunya..Org kata sani dah jadi klon Mawi???? Takde maknenyeeee...Yang penting anda semua; jangan terkejut ye dgn penampilan baru die..







Sekian. WaAllahu'alam Wassalam







P/S Ini adalah idea kreatif Abahnye....

Monday, August 10, 2009

C U R A N G ?

Bismillahirrahmanirrahim..



En3 kali ini..adalah pengakuan sebenar aku..benar dan betul. Sebenar, lama sudah aku niatkan utk aku post en3 yg merupakan pengakuanku..Cuma tinggal waktu sahaja yang tak mengizinkan aku berbuat demikian..Bukan aku sengaja mahu sorokkan..Bukan. Tidak sesekali. Sebab bukan cara aku, menyembunyikan hakikat kecurangan ini..Sungguh.

sebenar, sekian lama aku sudah jatuh cinta dan bercinta dengan dia. Lama. Walau ramai yang cuba menggugah dan menguji cintaku padanya. namun ternyata mereka hampa. hampa kerana tidak bisa menggoda dan menggoyahkan cinta aku pada dia. Kesian mereka.

Tapi..aku silap..kini bukan lagi; kesian mereka...tapi kesian dia..kerana apa? kerana cintaku kini sudah beralih arah..cinta ku kini..setiaku kini, sudah berpaling tadah..dan nyatanya aku disini..berlaku curang..Curang seterang-terangnya..tanpa segan silu kecurangan itu berlaku..dan aku juga seakan meredhai kecurangan ku pada dia.. Berdosakah aku? setelah sekian lama menanggkis segala godaan..akhirnya aku termakan juga dgn godaannya..

Sebenar..aku tiada niat langsung utk curang..Sungguh!!...dan plan asalnya, aku hanya ingin try2 sahaja...tidak lebih dari itu..sebab aku yakin cinta dan setiaku utuh kepada dia..mana mungkin aku curang!! Curang kpd dia..tak mungkin...tak mungkin........

Tp, mungkin kini kata2 itu..hanya manis dibibirku...sedangkan..hakikatnya aku telah pon berlaku curang..Curang yang bukan sedikit..tetapi Curang yang benar2 curang...Kerana telah nyata cinta dan setiaku pada dia tidaklah seutuh mana...lantaran cinta dan setiaku kini sudahpun beralih arah kepadanya..Iya, mmg benar; Kepadanya...yang baru kukenal tidak sampai setahun pon..yang kukenal 2 minggu yang lepas..(lebih kurang)

Ah, Curang sangatkah aku jika nak dibandingkan dengan org lain???? Kejam sgt kah aku yang baru sekali ini curang jika nak dibanding dengan mereaka yang jutaan kali curang???? Curang sgt kah????!!! Aku pasti, tiada yang dapat memberikan jawapan....diam membisu, bersama ribuan soalan yg belum terungkai difikiran....Biarkan...

Sebenar, aku sendiri tiada jawapannya..Cuma yang pasti..Aku tidak mahu menghukum diri semata-mata utk menyembunyikan kecurangan ini..Untuk apa? Aku bukan pengecut!! Untuk apa aku lari kenyataan...Beranilah kerana benar; bisik hati aku...dan aku tahu..Biar berapa ramaipun org yang mempertikaikan kecuranganku..Aku tetap aku..dan aku pasti, kecurangan ku kali ini bukan batil..Kecuranganku adalah kecurangan yang benar. Iya, benar.. Tulus dan ikhlas datang dari hati..bukan dipaksa..atau terpaksa...tapi dengan rela...

Buat dia...aku tak pandai berkata-kata..lirik lagu Ungu (Demi waktu) dibawah..mungkin inilah jawapan dan penjelasan yang lengkap..yang boleh merungkai segala persoalan disebalik kecurangan ini..Maaf kan aku....


Aku yang tak pernah bisa lupakan dirinya
Yang kini hadir diantara kita
Namun ku juga takkan bisa menepis bayangmu
Yang slama ini temani hidupku

Maafkan aku menduakan cintamu
Berat rasa hatiku tinggalkan dirinya
Dan demi waktu yang bergulir di sampingmu
Maafkanlah diriku sepenuh hatimu
Seandainya bila ku bisa memilih

Kalau saja waktu itu ku tak jumpa dirinya
Mungkin semua tak kan seperti ini
Dirimu dan dirinya kini ada di hatiku
Membawa aku dalam kehancuran

Sekian, en3 kali ini..Ini adalah en3 ikhlas dan tulus aku. mungkin tidak bermakna kepada sesiapa...dan mungkin juga tiada manfaat. Sila jangan tiru aksi ini dirumah.harap maklum


p/s: Sila baca nota kaki dibawah.



******************************************

NOTA KAKI:

dia: merujuk kepada sejenis makanan tradisional melayu: tempoyak. Ini rupa dia yang kumaksudkan:-



nya: merujuk kepada makanan tradisional&trademark orang kelantan...iaitu budu, yang diletak cili burung, dan beberapa ulas durian (yg isi tebal+manis lagi mantop), kemudian di perah pula dengan limau nipis..Rasanya; mmg sgt2 cukup lengkap rasa dan lazatnya pula tak terkata...waAllahu'alam..Hanya jauhari yang mengenal manikam... Inilah dia rupanya yang aku maksudkan...






waAllahu'alam...Wassalam

Sunday, August 9, 2009

M A A F

Bismillahirrahmanirrahim...

Lama betul tak update blog ni..Sungguh. Diam tak diam dah bersawang&berhabuk dah..huhuhu...Bukan malas..Niat tu, sentiasa ada...kesempatan pun ade juga..cuma sejak akhir-akhir ini...aku telah mengalami sindrom keletihan...keletihan yang tidak bersebab...Letih dan letih..Kadang kala, aku hanya larat mengerling sahaja laptop ni..tengok dr jauh dan dekat..sambil memasang niat utk mengupdate...hajat sahaja tidak berkesampaian..sehinggala tiba hari ini...

Sebenar, aku bersiaran di sekolah skrg ini. kebetulan tadi, sibuk mengedit kerja2 KBS tahun 5 utk hujung minggu ini...tiba2 hilang mood menyambung kerja..bukan malas...tapi geram..

Sebenar, smlm merupakan majlis penutup program cakna Ilmu dan anak angkat SM Sains Pasir Putih dgn SK Ipoh..Aku sedari awal dah ditugaskan dibahagian backdrop...Dgn arahan dan maklumat yg kuterima last2 minit (Hari rabu sedangkan program mula hari Khamis)...Aku jalankan jugak tugas sebaik mungkin..walaupon tidak seindah mana hiasannya..Thanks to teacher Siti Zakhirah kerana dengan ringan tulang membantu aku memasang kain2 backdrop..walaupon bukan bidang tugasnya..Thanks to ustazah madilah yg turut sama concern dan risau dgn tirai yang diperlukan..kena cari satu sekolah..baru jumpaa...n thanks to Cik hamizah and pekerja sekolah..Mira, kerana bersusah payah bersama-sama saya menyiapkan kerja-kerja tersebut...terima kasih buat semua yang terlibat secara lamgsung mahupun tidak...

Alhamdulillah...siap gak..walaupon buat kerja dalam rasa terkilan..(dpt job last2 minit..)...
Sehingga majlis penutupnya..hari sabtu semalam..Hanya aku seorang, yang mengemas, memanjat dan menyimpan barang2 back drop..Inilah yang aku kesalkan..Bukan kesal buat kerja sorang2..tp kesal sebab 2 lagi ajk bhgn backdrop yang sepatutnya turut sama berlelah payah bersamaku tidak hadir tanpa sebab...Aku malas nak aambik kisah..yang penting, kerja aku siap..Siap dan takde yang ungkit dikemudian hari...

Maka siaplah kerja..tirai sudah ditanggal...dilipat...bunga disimpan...kerusi set dihantar ketempatnya (PKG Sk Ipoh)..Cuma 1 lagi sebuah kerusi PKG yg belum dihantar, sebab masa hari penutup tu..kerusi tersebut (utk 3 org) disimpan di pejabat sekolah..Sebenar, semalam lagi aku tegaskan dgn Cekgu Badrul supaya diusahakan jugak hantar yang sebuah itu ke PKG..Kerana sebolehnya, aku nak everything settle semalam jugak.. Tp Cikgu Badrul, kata..tak mengapa..sebab pekerja sekolah hanya ada keesukkan harinya..Hari ahad nt settle la angkat kerusi tu nanti...Ok fine.. Aku samikna waatakna..dah ketua cakap macam tu...Kita admit je la kan...Yg penting, aku dah siapkan kerja sebahagian besarnya...

Sehinggalah hari ini a.k.a Ahad (9 Ogos 2009), seperti biasa aku datang kesekolah (sesi petang)..terus sahaja menuju ke Musolla sekolah..Tak lama lepas tu..Dapat maklumat dengan ustazah madilah, rupa-rupanya sehingga jam 2.35 petang ini..Kerusi tersebut masih lagi di pejabat..iye, masih di npejabat!!!! Tension!!! Aku mmg bengang!! Semalam beriya2 kata settle..Hari ini...ade lagi kerusi tu disitu!! Punyalah daripada pagi tadi..sampai petang ni..Dia tak ambik tahu fasal kerusi tu...Tentu2 nama aku yang buruk!!...Can you Imagine??

dan yang aku kesal..lagi 2 org yg dibahagian backdrop, yang berada disesi pagi..tak ambik apa2 tindakan...Bila aku jumpa personally...Rupa2nya, tak tahu jobskop..Ini pun hangin gak..Kita kan, gi mesyuarat bila ada program..caknalah kita kerja bahagian mana..ambik tahu dan tanya kita ni ajk apa...kalaupun tak tak tau kerja org lain, tp AMBIK TAHU & CAKNA jobscope sendiri... Then, kalu tak dapat sumbang byk, jangan lah tak sumbang langsung...sampai tak ambik tahu langsung...Alert lah wei....Tanya2 sikit org...Buat apa yang termampu...Ini tidak...Bila dah jadi macam ni..Nama aku sorang yang buruk!!!...Aku yang bengang sorang2!!...

adoiiii...tak habis2....citer2 keluhan ni....aku rasa, org pon boring nak baca...Oklah viewers, tetiba hilang mood dah nak tulis blog..hajat tadi bukan nak letak citer2 hampeh spt diatas ni...tp lain pulak cornernye...mana tidak, mase tgh menaip ni, 2-3 org guru yang sama2 terlibat dgn prog cakna Ilmu pun meluahkan rasa tak puas hati mereka dengan pengurusan Cikgu badrul ni...Apa tidaknya, melibatkan nama sekolah dan nama baik mereka kerana melibatkan org kampung mereka sendiri...Dan sudah nasib badan, para fasilatator yang sepatutnya mendapat jamuan lunch semalam, hanya makan nasi, ikan kering di tambah dgn kuah dalca yang tinggal...

Sebanar, luahan ni...kalau dilihat sudut yang positif, ada hikmah dan morale of the storynya...
seperti:

1- Kalu ditaklif sebagai master mind, utk prog2 disekolah esp yg besar dan melibatkan org luar, buatlah meeting dgn keseluruhan guru2..Jgn meeting punya meeting..hanya melibatkan ajk tertentu..Bila final touch, baru nak panggil semua..Jadi maklumat yg diperolehi tidak menyeluruh..Sampai ade pihak yang terlepas pandang, sebab tak tahu jd ajk apa...

2- Bila nak mintak org2 tertentu jd ajk+buat persiapan, janganlah bagi arahan last2 minit!! At least, seminggu awal..Ini tidak, expectation tinggi, tp kerja bg last2 minit...naya jugak org yg memikul tanggungjawab...Silap2 boleh stresss...Sbb tak cukup nak bernafas cari barang nak sedia..

3- Buat program, bukan utk syok sendiri..Program yang syok sendiri nanti..kita tak nampak mana lemahnya yang perlu ditambah baik..Bila syok sendiri, semua kita nampak elok..malah yang tak kena pon, hanya pandang sebelah mata..Bila org lain mengeluh..kita tak rasa pentingnya keluhan atau teguran org tu..sebab apa yang kita nampak..molek belaka..Itulah bahaya bila buat program yang syok sendiri ni..

4- Cakna dgn jawatan dan tanggungjawab serta jobscope kita. Ambik tahu. Bertanya. Cari nama kita duduk di jawatankuasa mana..jangan buat tak tahu langsung.


Oklah...tu je aku nak luahkan. Semuga hal ni tak berulang lagi..Sama2 ambik pengajaran dan iktibar utk panduan akan datang....


WaAllahu'alam



Monday, August 3, 2009

Eksiden..

Bismillahirrahmanirrahim..

Sekadar ingin berkongsi..Kemalangan di bawah ni berlaku tidak jauh dr umah mak mertua ku..Tp video ni,bukanlah aku yang ambiknya..tp diperolehi drpd rakan guru disekolah...Mmg tragis bila tengok..Turut sama merasa kesakitan mangsa eksiden tersebut..

Untuk makluman semua, kejadian yang berlaku adalah kemalngan antara lori trella bermuatan besi dgn seorang penunggang motosikal..


video


Sekian shja, untuk entry kali ni...


waAllahu'alam


wassalam


p/s: Utk sound yg lebih baik, try silent/stopkan kan playlists blog ni..yg dekat bawaaaaah sekali...

Sani's Latest Pics.

Bismillahirrahmanirrahim...

Ini gambar terbaru anak saya dan uncle nye sepanjang hujung minggu yang lalu..
maaf ye..tak dpt nak citer panjang..spnjng smlm dan hari ini, saya dan anak saya tak berapa sihat..
kami muntah2..Tak tahu silapnya dimana...huhuhu...Paling kesian anak saya..Muntah sehingga tubuhnya tidak bermaya..
Doa saya, semuga sani dan saya cepat sembuh...amin ya rabbal'alamin

WaAllahu'alam..

wassalam

p r e v i o u s L i N K s

Blog Widget by LinkWithin