Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..pagi ini saya sudah ketemuan suatu artikel..yg sungguh2 lame di post & pernah tersiar dalam web ini .. Pengirim artikel ini dikenali sbg al-kauthar. Nak tahu siapa disebalik nick al-kauthar tu? Sayalah orangnya..Sungguh. Seingat saya en3 tersebut saya hantar ketika saya masih bujang lagi...sekitar tahun 2003...
Memandangkan pada hari ini saya sudah berstatus isteri dan ibu, serta saya semakin hampir menyambut ulang tahun perkahwinan saya yang ke 4..Jadi artikel yang asal itu saya olah & update semula, insyaAllah...
Mudah2n, en3 kali ni, dapat memberi manfaat pada kita semua..Dan yg penting ingatan buat diriku yang lupa....InsyaAllah..
.......... Yusrifah daiman waabadan
B E R K A H W I N K E T I K A B E L A J A R
Assalamualaikum wbt..
insyaAllah, saya teringin juga nak menyumbang idea dan pandangan mengenai isu ini..
Mungkin ade la siket2 daripada pengalaman sendiri..Memandangkan saya berkahwin ketika belajar..Seingat saya, tika itu saya di tahun 3 pengajian di UIAM manakala suami pula fresh graduate...InsyaAllah sekadar ingin berkongsi ilmu yang juga diperolehi daripada pembacaan dan pemerhatian…
Kahwin ketika belajar ni, ada pro dan kontra nya.. tapi kedua-dua kesan tersebut berbalik kepada bagaimana dan sejauhmana kebijaksanaan mereka (pasangan suami isteri tersebut menangani dan mengendalikannya) bahtera rumah tangga mereka..
maklumlah nak ngadap buku lagi.. keluarga.. anak-anak dan amanah2 lain yang dipikul bersama..
sebab tu Kalau nak mindirikan masjid ini.. sebaik-baiknya kedua-duanya perlu memiliki persediaan yang mantap daripada segi. rohani dan jasmani, fizikal dan mental, material serta ilmu2 yang berkaitan dengan pengurusan rumah tangga dan kekeluargaan…
Persoalannya.. bagaimana Kalau persediaan yang ada still tak mantap tetapi kedua-dua belah pihak bersedia untuk mendirikan rumah tangga?..Almaklumlah..Masih bergelar mahasiswa dan mahasiswi di IPT?..Apa pula riaksi ibu ayah bila diluahkan hasrat murni hati ini?..Pandangan masyarakat..Kawan2..Pensyarah..Dan macam2 lah..kalau disebut, 9 hari 9 malam pun tak habis! ...Maka ada baiknya kita semua mengambil kira hal-hal yang berikut….Ada 10 tips semuanya:
1) memberi peluang terhadap pasangan masing-masing untuk mempelajari, memperbaiki kelemahan diri..mengadaptasi suasana baru sebagai suami isteri... esp diawal2 usia perkahwinan (3-5 tahun pertama).
2) Sabar,saling mempercayai, bertolak ansur, saling Bantu membantu kepada pasangan anda.. berusaha memahami kondisi masing-masing yang mempunyai komitmen lain sebagai pelajar, suami/isteri, bapa/ibu, tanggungjawab sebagai anak (tanggungan keluarga) dan yang seumpama dengannya…dalam hal ini.. kita perlu saling memberi semangat, sokongan dan saling menguatkan pasangan masing-masing sekiranya rumah tangga anda menghadapi masalah... esp daripada segi kewangan dan sebagainya…
3) Sekiranya berhadapan dengan masalah yang melibatkan kedua belah pihak…cubalah cari penyelesaian yang terbaik dan menguntungkan kedua-duanya… bersikap matang dan rasional serta selalulah berbincang dari hati ke hati untuk mewujudkan persefahaman antara satu sama lain…
justeru itu, kedua-duanya perlu memiliki mind setting yang betul+tepat mengenai perkahwinan yang dibina… ikatan perkahwinan bukan untuk sehari dua, tetapi untuk selamanya bahagia dalam redha Allah dunia dan akhirat… maka kedua-duanya perlu berfikir kearah yang positif… jika berlaku permasalahan atau salah faham.. segera diselesaikan.. tetapi bukan dengan mengambil jalan mudah spt perceraian tetapi keputusan tersebut perlu kearah mencari jalan perdamaian antara kedua belah pihak…memikirkan masa depan anak-anak, hubungan baik kedua-dua belah keluarga suami dan isteri serta mahligai yang dibina..
4) Bersedia untuk bersama-sama menghadapi saat-saat getir , suka dan duka, susah dan senang kehidupan… tidak meminta permintaan atau perkara2 yang tidak munasabah mahupun yang diluar kemampuan pasangan masing-masing..
5) Menerima pasangan anda seadanya.. tidak memperlekehkan keupayaan mereka, saling menghormati antara satu sama lain… ini kerana, selepas berumah tangga baru kita kenal perangai sebenar pasangan kita..’ alakullihal... lihatlah pada kelebihan mereka..InsyaAllah kita akan lebih menghargai kehadirannya dalam hidup kita.. Jika nampak kekurangan di mana-mana... tegurlah secara berhikmah…tegur dari hati yang telus&kasih sayang... Tidak salah kita saling ingat mengingatkan… agar kedua-duanya dapat memperbaiki mana-mana yang kurang pada diri sendiri…
6) Menerima keluarga pasangan anda seadanya… Sokongan daripada pihak keluraga (suami dan isteri) bagi pasangan yang berkahwin ketika belajar adalah amat penting sekali… sebaik-baik nya.. biarlah keputusan anda yang ingin mendirikan masjid mendapat keredhaan dan restu daripada mereka esp kedua-dua ibu dan bapa.. Hal ini kerana.. keluarga adalah mereka yang paling dekat kita untuk membantu kita kala kita dalam kesusahan…Sokongan keluarga&Ibu bapa tidak semestinya material mahupon wang ringgit...sokongan moral seperti bimbingan..tunjuk ajar..perkongsian pengalaman...petua2 rumah tangga dan tips pengurusan wang adalah lebih bermakna nilainya buat pasangan-pasangan muda ini..
Menyindir , memperli mahupon memperlekehkan mereka tidak bawak kemana...Cuba kita fikir sejenak..Tanya diri sendiri..Tidakkah kita bahagia melihat kebahagian ahli keluarga+darah daging kita sendiri ?? Jika ya..Kenapa tidak kita sama-sama memberikan sokongan moral serta doa restu kepada pasangan-pasangan ini? Tetapi, jika jawapan anda sebaliknya..ada baiknya anda merawat diri anda yang sedang parah mengalami sindrom narrow mind+sndrom 'PH.D' anda terlebih dahulu, sebelum membicarakan hal org lain..
Buat pasangan-pasangan muda ini pula..janganlah sesekali membuang atau membelakangkan keluarga&Ibu bapa kerana cinta anta anti ini...Kelak, banyak ranjaunya bila mahligai yang dibina tiada restu dan keredhaan daripada mereka..Nauzubillahiminzalik!
Utarakan niat anda dengan seikhlas dan setulus mungkin..paling baik secara personal..slow talk..yang kuasanya dari Hati ke Hati.. Antara anak dan kedua Ibu bapanya..Mungkin, peringkal awal..diutarakan kepada mereka yang lebih rapat dengan kita..seperti samaada Ibu atau bapa..Nyatakan sebab-sebab mengapa anda ingin berkahwin tika usia muda dan ketika sedang belajar Sejujurnya..Kena kuat dan berani.. Jangan Malu, kerana keinginan untuk berkahwin itu adalah lumrah dan fitrah manusia....InsyaAllah..Jika benar caranya..Ikhlas Niatnya kerana Allah..Pasti Allah akan lorongkan jalan buat kita...
7) Membetulkan Niat untuk mendirikan masjid… sedar pernikahan dan perkahwinan bukan sahaja mengenai keseronokan setelah sah menjadi suami dan isteri.. tetapi juga melibatkan mengenai amanah yang dipikul sebagai suami keatas isteri, isteri terhadap suami, ibu dan ayah terhadap anak-anak yang akan lahir dan sebagai anak/menantu kepada keluarga kedua-dua belah pihak.. hal ini kerana.. keluraga adalah merupakan satu unit yang berperanan untuk melahirkan generasi rabbani pada masa akan datang…
Hal ini perlu diambil berat kerana antara salah satu punca keruntuhan moral yang berlaku pada hari ini adalah berpunca daripada keluarga yang tidak bahagia…
8 ) Meninggalkan gaya hidup ketika bujang… mematang dan mendewasakan diri… ada perancangan dalam pengurusan rumah tangga yang teratur… tidak bersikap lepas tangan… tetapi sama-sama berusaha untuk mencapai kebahagiaan dan kerukunan rumah tangga.. menjauhi segala perkara yang boleh membawa kepada salah faham… tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh… serta mempunyai matlamat yang jelas tentang masa depan rumah tangga yang dibina…
9) Mengenai aspek material dan ekonomi juga perlu bijak menguruskannya.. maka sekiranya tidak berkemampuan, maka janganlah mendesak pasangan anda atau mengharapkan kehidupan yang serba mewah… hal ini perlu ditekankan.. kerana setelah berkahwin.. sekiranya anda memilih untuk tinggal dirumah sewa.. anda perlu berfikir mengenai soal kos kehidupan.. belanja sewa rumah, barang2 dapur2.. keperluan anak-anak.. api dan elektrik dan sebagainya.. berbincang dan carilah jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah ini..insyaAllah sekira matlamat perkahwinan ini kerana Allah… walau bagaimana susah sekalipun anda berhadapan dengan masalah kewangan..pasti ada jalan keluarnya..
Yang penting.. mesti ada inisiatif, usaha dan kesungguhan… cari alternatiF untuk sumber kewangan.. bukan just duduk goyang kaki…Pelajarilah dari ibu dan ayah mengenai ilmu-ilmu pengurusan wang keluarga..InsyaAllah, pasti byk ilmu yang dapat ditimba...Tp jangan berguru dgn mereka yang salah..Silap2 nanti ajarannya jadi biar pape asal bergaya.... Nauzubillahiminzalik!
10) Berusahalah untuk memenuhi ilmu didada terutamanya ilmu agama agar kita diperteguh kan iman dan diberi kekuatan jiwa dalam melayari kehidupan dalam alam rumah tangga..tambahan pulak skrg ini semua dihujung jari..jadi terpulanglah kpd diri sndri sejauh mana kita memanfaatkan kemudahan yang ada zaman ini..
Berusahalah untuk sama-sama mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga berteraskan islam(sunnah rasulullah saw.)
InsyaAllah… Biarpun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kepayahan.. namun sentiasa ada keberkatan dalam rumah tangga tersebut… inilah hikmahnya apabila kita sentiasa istiqamah untuk menghidupkan suasana keluarga yang ada roh islam (biah soleh) dan kembali kepada Allah subhanahu wataala dalam segala urusan yang kita laksanakan…
insyaAllah.. zuriat yang lahir menjadi anak-anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat kita semua, amin ya rabbal’alamin….
Maka disini dapatlah saya simpulkan bahawa.. perkahwinan dalam usia muda bagi mereka yang sedang belajar ini, bukan sahaja dapat mencegah daripada kemungkaran dan maksiat, malah dapat memelihara maruah diri, memberi banyak manfaat daripada segi ketenteraman jiwa, aspek pembentukan peribadi muslim sejati, melahirkan genarasi rabbani, mewujudkan suasana keluarga yang harmoni semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah dunia dan akhirat…
Dan last but not least... renungilah…
“sesungguhnya apa yang Allah kehendaki pasti akan terjadi meskipun tidak seiring dengan kehendak kita... tetapi apa yang kita ingini TAK mungkin menjelma apabila tidak seiring dengan kehendak Ilahi…”-imam as-syafie.
waallahu’alam.
moga ilmu yang sedikit ini... dapat memberi manfaat kepada kita semua, insyaallah…
Kalau ada yang kurang… harap sahabat-sahabat semua sudi menambah dan berkongsi pandangan dan pengalaman… jazakumullahukhairan kathira’
wassalam.