Bismillahirrahmanirrahim..
En3 kali ni, mudah2n ade sedikit intipati dan manfaat yang dapat dititipkan buat semua, insyaAllah..
Menolong, memberi pertolongan, memberi bantuan macam2 istilah..macam2 bunyi tetapi memberi maksud yang seerti. Fokus yang hendak diutarakan ialah bukanlah mengenai kita yang meminta atau memohon pertolongan daripada orang..tetapi fokus en3 ini adalah mengenai bantuan dan pertolongan kita kepada org lain.
Sebenar, terdapat pelbagai persepsi org atau tanggapan individu mengenai hal tersebut. Percaya atau tidak, setiap org berbeza pandangan mengenainya.
Menolong orang...
Sesetengah org perlu atau akan berfikir terlebih dahulu sebelum memberikan bantuan.
Sesetengah pula akan terus sahaja memberi pertolongan tanpa berfikir panjang.
Sesetengah org pula mungkin memilih org2 yang ingin ditolongnya dan sesetengah yang lain sebaliknya pula.
Sesetengah org memberi bantuan bersebab. Tolong bersebab. Ada udang disebalik batu.
Sesetengah org tidak langsung memikirkan balasan dan pertolongannya tidak bersebab dan langsung tidak berkehendak pada balasan.
Sesetengah org memberi bantuan dengan harapan lain kali pihak yang ditolong itu pula akan menolongnya apabila dia pula memerlukan bantuan.
Sesetengah org pula memberi bantuan kerana ingin membalas pertolongan yang pernah diterimanya..
betul bukan? macam2 'kaedah' org yang memberi pertolongan ini...macam2..Tapi bukan hak kita utk menilai setiap bantuan yang diberi..Itu semua kerja Allah..dan hanya HakNya jua utk menilai sejauh mana keikhlasan dan ketulusan seseorang itu menghulurkan bantuan...
Sebenar, bukan nilai atau ukuran yang ingin diutarakan..
tetapi sekadar seruan..iya..seruan utk sama2 mengajak kita semua, termasuk saya dan anda yang sedang membaca..supaya mempunyai 1 banchmark yang utuh mengenai konsep memberikan bantuan/pertolongan..
wah ada banchmark jugak kah? mcm standard ISO pulak..
Iya betul..Benar dan Sahih..
Kawan-kawan,
Berilah bantuan..
Berilah pertolongan..
Berilah bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan..
Berilah bantuan dan pertolongan sekadar yang kamu mampu..
tapi bukanlah bantuan yang ala kadar shaja atau sekadar buat syarat..
tetapi bantuan yang terbaik yang dapat kita berikan..
kawan-kawan,
Berilah bantuan..
Berilah pertolongan...
Berilah bantuan dan pertolongan setulus hati dan seikhlas sukmamu..
Berilah bantuaan dan pertolongaan sejujur-jujur pertolongan..
bantuan yang murni dan pertolongan yang suci..
Bukan kerana bersebab lantaran mengharapkan balasan..
Biar bantuan dan pertolongan itu benar-benar tulus dan mulus..lahirnya dari hati..bukan kerana mata2 yang memandang..
bukan kerana dia, bukan kerana saya atau mereka semua..
tetapi biarlah bantuan dan pertolongan itu kerana Allah..
dan biarkan hanya Dia nanti yang menilainya...
Hanya Dia..
Kawan-kawan,
Saya tak pandai nak berpuisi..tp cukuplah apa yang lahir dari hati ini, dapat diserap bukan sahaja pada aqal nurani..tetapi juga sebagai sesuatu amanat yang terpahat kemas dalam ingatan..Dalam perbuatan..juga dipanjang-panjangkan pula pada yang lain..
Bagi saya mudah..
Selagi mampu, saya akan bantu mana yang terdaya dan yang terbaik dapat saya lakukan..Bagi saya, bantuan saya bukan utk disebut-sebut..atau dikenang-kenang..tapi cukuplah buat kepuasan diri ini setelah menyempurnakan tanggungjawab kepada mereka yang memerlukan bantuan..
Kadangkala..mereka malu juga meminta bantuan..tetapi sebagi insan biasa, kita sedia peka bila, siapa dan bagaimana kita perlu bertindak dan menghulurkan bantuan..
Bagi saya..
Memberi bantuan, bukan sebab2 tertentu..memberikan bantuan bukan dengan harapan esok2 dia pulak tolong kita..Tidak begitu..
tetapi bagi saya..saya bantu..saya tolong hanya kerana Allah..kerana saya percaya dan sentiasa berpegang..bilamana kita mudahkan urusan org lain yang kesusahan kerana Allah..InsyaAllah..akan datang, bila mana kita pula ditimpa kesusahan mahupun musibah..Allah akan sentiasa bersama-sama kita..Allah akan sentiasa memberi Rahmat dan keringanan buat kita melalui saat-saat getir itu..biarpun terpaksa bersendirian....dan pasti ada shaja rahmat dan bantuanNya yang dilorongkan buat kita sebagai jalan kita menangani permasalahan tersebut..InsyaAllah.....
namun, bila difikir dan dihitung semula..selama hayat ini dikandung badan..sudah berapa banyakkah bantuan yang telah kita berikan? Bayakkah? sedikit kah? sedang2 shjakah? atau belum lagi?....
waAllahu'alam...rekfleksilah diri...mudah2n...setiap saat dan hayat kita ini..tidak dilepaskan peluang untuk menghulurkan bantuan..biar sebezar zarah..biar sekadar doa...Biar...Kerana belum tentu yang sekecil itu mampu kita istiqamah melaksanakannya jika tidak bermula dari detik ini...
waAllahu'alam..
Wassalam
No comments:
Post a Comment