Lama betul tak update blog ni..Sungguh. Diam tak diam dah bersawang&berhabuk dah..huhuhu...Bukan malas..Niat tu, sentiasa ada...kesempatan pun ade juga..cuma sejak akhir-akhir ini...aku telah mengalami sindrom keletihan...keletihan yang tidak bersebab...Letih dan letih..Kadang kala, aku hanya larat mengerling sahaja laptop ni..tengok dr jauh dan dekat..sambil memasang niat utk mengupdate...hajat sahaja tidak berkesampaian..sehinggala tiba hari ini...
Sebenar, aku bersiaran di sekolah skrg ini. kebetulan tadi, sibuk mengedit kerja2 KBS tahun 5 utk hujung minggu ini...tiba2 hilang mood menyambung kerja..bukan malas...tapi geram..
Sebenar, smlm merupakan majlis penutup program cakna Ilmu dan anak angkat SM Sains Pasir Putih dgn SK Ipoh..Aku sedari awal dah ditugaskan dibahagian backdrop...Dgn arahan dan maklumat yg kuterima last2 minit (Hari rabu sedangkan program mula hari Khamis)...Aku jalankan jugak tugas sebaik mungkin..walaupon tidak seindah mana hiasannya..Thanks to teacher Siti Zakhirah kerana dengan ringan tulang membantu aku memasang kain2 backdrop..walaupon bukan bidang tugasnya..Thanks to ustazah madilah yg turut sama concern dan risau dgn tirai yang diperlukan..kena cari satu sekolah..baru jumpaa...n thanks to Cik hamizah and pekerja sekolah..Mira, kerana bersusah payah bersama-sama saya menyiapkan kerja-kerja tersebut...terima kasih buat semua yang terlibat secara lamgsung mahupun tidak...
Alhamdulillah...siap gak..walaupon buat kerja dalam rasa terkilan..(dpt job last2 minit..)...
Sehingga majlis penutupnya..hari sabtu semalam..Hanya aku seorang, yang mengemas, memanjat dan menyimpan barang2 back drop..Inilah yang aku kesalkan..Bukan kesal buat kerja sorang2..tp kesal sebab 2 lagi ajk bhgn backdrop yang sepatutnya turut sama berlelah payah bersamaku tidak hadir tanpa sebab...Aku malas nak aambik kisah..yang penting, kerja aku siap..Siap dan takde yang ungkit dikemudian hari...
Maka siaplah kerja..tirai sudah ditanggal...dilipat...bunga disimpan...kerusi set dihantar ketempatnya (PKG Sk Ipoh)..Cuma 1 lagi sebuah kerusi PKG yg belum dihantar, sebab masa hari penutup tu..kerusi tersebut (utk 3 org) disimpan di pejabat sekolah..Sebenar, semalam lagi aku tegaskan dgn Cekgu Badrul supaya diusahakan jugak hantar yang sebuah itu ke PKG..Kerana sebolehnya, aku nak everything settle semalam jugak.. Tp Cikgu Badrul, kata..tak mengapa..sebab pekerja sekolah hanya ada keesukkan harinya..Hari ahad nt settle la angkat kerusi tu nanti...Ok fine.. Aku samikna waatakna..dah ketua cakap macam tu...Kita admit je la kan...Yg penting, aku dah siapkan kerja sebahagian besarnya...
Sehinggalah hari ini a.k.a Ahad (9 Ogos 2009), seperti biasa aku datang kesekolah (sesi petang)..terus sahaja menuju ke Musolla sekolah..Tak lama lepas tu..Dapat maklumat dengan ustazah madilah, rupa-rupanya sehingga jam 2.35 petang ini..Kerusi tersebut masih lagi di pejabat..iye, masih di npejabat!!!! Tension!!! Aku mmg bengang!! Semalam beriya2 kata settle..Hari ini...ade lagi kerusi tu disitu!! Punyalah daripada pagi tadi..sampai petang ni..Dia tak ambik tahu fasal kerusi tu...Tentu2 nama aku yang buruk!!...Can you Imagine??
dan yang aku kesal..lagi 2 org yg dibahagian backdrop, yang berada disesi pagi..tak ambik apa2 tindakan...Bila aku jumpa personally...Rupa2nya, tak tahu jobskop..Ini pun hangin gak..Kita kan, gi mesyuarat bila ada program..caknalah kita kerja bahagian mana..ambik tahu dan tanya kita ni ajk apa...kalaupun tak tak tau kerja org lain, tp AMBIK TAHU & CAKNA jobscope sendiri... Then, kalu tak dapat sumbang byk, jangan lah tak sumbang langsung...sampai tak ambik tahu langsung...Alert lah wei....Tanya2 sikit org...Buat apa yang termampu...Ini tidak...Bila dah jadi macam ni..Nama aku sorang yang buruk!!!...Aku yang bengang sorang2!!...
adoiiii...tak habis2....citer2 keluhan ni....aku rasa, org pon boring nak baca...Oklah viewers, tetiba hilang mood dah nak tulis blog..hajat tadi bukan nak letak citer2 hampeh spt diatas ni...tp lain pulak cornernye...mana tidak, mase tgh menaip ni, 2-3 org guru yang sama2 terlibat dgn prog cakna Ilmu pun meluahkan rasa tak puas hati mereka dengan pengurusan Cikgu badrul ni...Apa tidaknya, melibatkan nama sekolah dan nama baik mereka kerana melibatkan org kampung mereka sendiri...Dan sudah nasib badan, para fasilatator yang sepatutnya mendapat jamuan lunch semalam, hanya makan nasi, ikan kering di tambah dgn kuah dalca yang tinggal...
Sebanar, luahan ni...kalau dilihat sudut yang positif, ada hikmah dan morale of the storynya...
seperti:
1- Kalu ditaklif sebagai master mind, utk prog2 disekolah esp yg besar dan melibatkan org luar, buatlah meeting dgn keseluruhan guru2..Jgn meeting punya meeting..hanya melibatkan ajk tertentu..Bila final touch, baru nak panggil semua..Jadi maklumat yg diperolehi tidak menyeluruh..Sampai ade pihak yang terlepas pandang, sebab tak tahu jd ajk apa...
2- Bila nak mintak org2 tertentu jd ajk+buat persiapan, janganlah bagi arahan last2 minit!! At least, seminggu awal..Ini tidak, expectation tinggi, tp kerja bg last2 minit...naya jugak org yg memikul tanggungjawab...Silap2 boleh stresss...Sbb tak cukup nak bernafas cari barang nak sedia..
3- Buat program, bukan utk syok sendiri..Program yang syok sendiri nanti..kita tak nampak mana lemahnya yang perlu ditambah baik..Bila syok sendiri, semua kita nampak elok..malah yang tak kena pon, hanya pandang sebelah mata..Bila org lain mengeluh..kita tak rasa pentingnya keluhan atau teguran org tu..sebab apa yang kita nampak..molek belaka..Itulah bahaya bila buat program yang syok sendiri ni..
4- Cakna dgn jawatan dan tanggungjawab serta jobscope kita. Ambik tahu. Bertanya. Cari nama kita duduk di jawatankuasa mana..jangan buat tak tahu langsung.
Oklah...tu je aku nak luahkan. Semuga hal ni tak berulang lagi..Sama2 ambik pengajaran dan iktibar utk panduan akan datang....
WaAllahu'alam
2 comments:
kak pah.. mmg gitu la dunia keguruan ni.. byk benda yg kita nak kena hadapi.. kebykkan sekolah sama ja.. ramai yg nak lepas tgn je dgn bermcm2 alasan..
kita amik ia sebgai pengajaran & pengalaman baru..
good luck ya.. bykkn bersabar & tabah menghadapinya..
thanks dear..
Post a Comment