AHLAN WASAHLAN

UKHWAHFILLAH

JAZAKUMULLAHUKHAIRAN JAZA'

JOIN US TODAY!! BE AMONG US!! WE ARE PROUD TO BE AMONG THE JUTAWAN FAMILY. LETS SHAKLEE

Sunday, August 16, 2009

AYAT-AYAT RUQYAH

Bismillahirrahmanirrahim..

En3 kali ini, skdr ingin berkongsi maklumat mengenai ayat-ayat Ruqyah.

Mesti ramai yang tertanya-tanya; Apa tu ayat2 Ruqyah? pada mulanya saya juga tidak begitu tahu mengenainya..Alhamdulillah, husband baru2 ni berjaya mendownload ayat2 tersebut drpd internet setelah sekian lama dicarinya.

Ayat2 Ruqyah sebenarnya merupakan kombinasi dan kompilasi ayat2 alquran yang digabungkan untuk tujuan perubatan dalam Islam. Antara penyakit-penyakit yang boleh diubati melalui kaedah memperdengarkan bacaan drpd ayat2 ruqyah ini adalah seperti :
  1. untuk membatalkan perbuatan khianat org terhadap kita (sihir/saka),
  2. gangguan jin (seperti histeria dll)
  3. merawat fikiran runsing/jiwa yang gelisah/khayalan
  4. Sebagai pagar rumah (pengusir Jin & Syaitan)
  5. Untuk ketenangan dalam rumah tangga
  6. menangani anak-anak yang meragam/menangis tengah malam
  7. Penambat kasih sayang antara anak / ibubapa
  8. bagi wanita yang mengalami pendarahan yang berpanjangan (istihadah)
  9. menguatkan ingatan dan hafalan dalam pembelajaran.
  10. lambat jodoh

Untuk makluman semua; ayat-ayat yang diambil dan digabung drpd al-quran yang terkandung dalam ayat2 Ruqyah ini adalah seperti berikut:

No *Nama Surah *Juzuk *Ayat
1. Al-Fatihah 1 (Seluruhnya)
2. Al-Baqarah 1 (1-5)
3. Al-Baqarah 1 (102)
4. Al-Baqarah 2 (163-164)
5. Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 (255)
6. Al-Baqarah 3 (285-286)
7. Ali-Imran 3 (18-19)
8. Al-'Araf 8 (54-56)
9. Al-'Araf 9 (117-122)
10. Yunus 11 (81-82)
11. Toha 16 (69)
12. Al-Mukminun 18 (115-118)
13. As-Soffaat 23 (1-10)
14. Al-Ahqaaf 26 (29-32)
15. Ar-Rahman 27 (33-36)
16. Al-Hasyr 28 (21-24)
17 Al-Jin 29 (1-9)
18. Al-Ikhlas 30 (Seluruhnya)
19. Al-Falaq 30 (Seluruhnya)
20. An-Naas 30 (Seluruhnya)


CARA2 dan panduan Mendengar atau mengaplikasi MP3 ayat2 ruqyah ini:

1-Dengar MP3 RUQYAH SYARIAH sehingga tamat menggunakan HEADPHONE dengan volume yang kuat. Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati. Perhatikan setelah selesai :
  • denyutan jantung makin kencang
  • badan begegar
  • ada benda bergerak-gerak bawah kulit
  • mengantuk/menguap
  • batuk
  • gelisah
  • panas di tengkuk
Jika ada mengalami sebahagian simptom-simptom di atas, kemungkinan besar ada jin yg menghuni tubuh anda. RUQYAH MP3 amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yg mengalami gangguan jin,kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat/sihir serta memagar diri kita.


2- Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3 kali sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

3-Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya di dalam kereta, kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

4-Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

5-Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan mp3 ruqyah ini 3 round (3kali) sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3 kali dan al insyirah 3 kali secara istiqomah. Kemudian sebelah malamnya pula, mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

6-Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3 kali sehari untuk 3 hari berturut-turut.

7-Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan mp3 ruqyah ini 3 kali sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR MP3 RUQYAH INI,SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*



Akhirnya, ayat2 ruqyah ini boleh didownload disini

2 comments:

ila nursalida said...

kenapa tidak dibaca sendiri?sepatutnya itu lebih afdal lah kan...

Anonymous said...

ya, sy juga berpendapat seperti ila di atas. kan lbh afdal jika d amalkn menuruti ati..

p r e v i o u s L i N K s

Blog Widget by LinkWithin