AHLAN WASAHLAN

UKHWAHFILLAH

JAZAKUMULLAHUKHAIRAN JAZA'

JOIN US TODAY!! BE AMONG US!! WE ARE PROUD TO BE AMONG THE JUTAWAN FAMILY. LETS SHAKLEE

Tuesday, April 21, 2009

H a y a t i D e n g a n A q a l D a n J i w a

bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah...hari ini, dapat juga saya meluangkan masa, menulis/menaip sendikit entry buat tatapan kita semua, insyaAllah...Entry kali ini sebenarnya, lame dah dok tersimpan dikepala...malah sebelum saya membina blog ini lagi...Alhamdulillah, hari ini Allah memberi kelapangan kepada saya untuk berkongsinya disini...Mudah2n apa yang baik, sama kita jadikan iktibar dan dapat pula disampaikan pada yang lain, manakala yang hodoh  biarlah dijadikan sempadan.....


1.

"Apo gitu?.." (bakpo gitu @ kenapa begitu?)

"pat aa..." (cepat laa..)

"pi aaa..." (ketepilah...)

"ce..." (trima kasih)

"akit...akit..." (sakit..sakit...-ni kalau sani kena gigit nyamuk n gatal2)

"ocer...ocer..." (Tok sir..tok sir...@ tak nak..tak nak..)

"abut..abut..." (tercabut...terabut...)

"nok..nok..." (nak...nak...)

"abii..abiii..." (baby...baby....)

"tu..tu..." (susu...)

haaa..itulah dia antara ayat2 atau perkataan2 yang sering anakanda muhammad harussani saya sebut... Masih dalam pelat dan loghat bahasanya.. nampaknye sani nih lebih cepat kecek qlate drpd bahsa Melayu standard...Letihla saya bercakap+mengomel elok2 dengannya..Sani tetap kecek qlate+cakap pelat...Tak sabar gak nak dengar sani boleh bercakap dengan petah dan tak pelat...Bila la tu yek?...Ummi dan abahnya masih ternanti-nanti...



2.

"Kamu sayang tak family kamu?", "kamu sayang tak wife/husband kamu?", "kamu sayang tak anak2 kamu?", "kamu syang tak parents kamu?"...

kalau anda dan kita semua ditanya dengan soalan2 di atas...pasti jawapannya..."Saayaang..." or " Mestilah sayang...Siapa tak sayang parents, wife/husband, family n anak2...ape punyer soklan la...."..hehehe...

kira2, macam2 respond lah akan dapat walaupun mainpoint or intipati jawapannya adalah sama: S A Y A N G...

ok..Sekarang saya nak tanya pulak.."Pernah tak kita semua menghayati sayang yang kita katakan tadi?" . Maksud saya..kita kata, kita sayang pada seseorang itu..tetapi pernah tak kita rasai, hayati dan jiwai perasaan sayang yang kita curahkan pada  orang2 yang disayangi itu..

jika tidak..cuba ambik masa sedikit and mula merasainya....

Sudah pasti impaknya lain, malah lebih lagi...
kerana apabila kita menghayati kasih sayang itu... kita akan merasa kelainan..Contohnya..cara kita memandang org2 yang kita sayang..

pertama...Kita kata kita sayangkan seseorang tetapi kita tidak hayati perasaan itu...maka pandangan kita terhadapnya, sehari-hari hanya kosong sahaja...malah tiada kuasa/spark yang menyentuh hati...yelah,hari2 tgk yang sama..takde perasaan..neutral je...sedangkan kita claim kita sayang...pelikkan?

tetapi jika yang keduanya...Kita memandang insan2 yang kita sayang dan cintai dengan jiwa hidup....meaning to say: kite menghayati dan menjiwai perasaan sayang  itu... pastinya..pandangan kita terhadap insan2 yg disayangi itu...lebih bermakna...lebih berbeza...lebih hidup..menyentuh jiwa...dan terkesan dihati...kerana kita akan merasa bahagianya kerana menyayangi dan menyintai  mereka...kita juga akan lebih tahu dan sedar kenapa kita sangat menyayangi dan menyintainya..maka sudah tentu kita akan lebih menghargai kehadiran mereka dalam hidup kita...dan pasti jua kita akan terkenang saat jatuh bangun..serta susah senang yang telah kita lalui bersamanya.. 

Sungguh...tak percaya jugak?.. cuba buat dan mulakan sekarang....

Lainkan?.....Anda akan rasa cinta dan sayang anda selama ini lebih bermakna...



3.

Macam-macam hal....

Ya, betul..macam2 hal dalam kehidupan ini..macam2 isu...macam2 cerita...letih kadang2 nak menghadapnya dan kalau boleh tak nak tau langsung...Tapi apa boleh buat...life must goes on... Kadang2 apa yang kita benci itu..adalah yang terbaik buat kita...dan kadangkala, apa yang kita suka itu tak semestinya baik untuk kita..

Itulah rahsia percaturan hidup yang telah Allah tetap dan aturkan buat kita...Sebenarnya..kalau kita cuba melihat sesuatu itu daripada sudut yang berlainan..sudut yang lebih positif dan optimis..kita akan sedar dan sentiasa ingat bahawa everything happens pasti ada hikmah disebaliknya...ada pengajaran dan natijah yang perlu kita ambil iktibar daripadanya...

Allah tak pernah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Cuma sahaja kita yang mungkin terleka atau mensia-siakan hikmah disebalik sesuatu kejadian...

Macam tadi juga...bila kita menghayati dan menjiwai kasih sayang dan cinta kita terhadap seseorang...pastinya kita akan merasa bahagia menyintai dan mengasihi seseorang itu...
Dan apabila kita menghayati dan menjiwai hikmah disebalik kehidupan yang kita lalui ini...pastinya kita akan lebih menghargai tiap detik dan usia kita yang berlalu pergi...

hmmm....peningkah? simple sahaja sebenarnya...Cuma kita sahaja yang kadangkala membuatkannya complecated... 



4.

T V, hiburan, filem n drama etc.

Macam2 hal dan macam2 benda yang disogokkan dalam dunia hiburan skrg yang kononnya menjadi santapan dan rehlah minda2 yang keletihan....

betul ke ek?

saya bukanlah org filem..atau pengkritik seni..atau penggiat seni tanah air...hanya org biasa yang menjadi pemerhati sahaja.. Mengeluh dari jauh..sendiri-sendiri...hehehe...

Industri perfileman dan pembuatan drama tanah air kita skrg nih..terlalu banyak menyogokkan benda yang ntahhapehape2 je... betul!....sungguh!...

cerita seram dan hantulah...cintalah...kebejatan sosial..rempit..car racing...etc...etc....
macam2 dan tak habis2 pula...

Yes, saya tahu..para pembuat genre atau karya2 yang sebegini pastinya berkata..This is what the reality and this is what actually happen around us...

memang betul..tapikan..sometimes..saya terfikir gak..org2 atau penonton2 yang tak pernah berhadapan dengan 'reality' tersebut..terdetik hati nak merasai atau mencari kehidupan yang begitu...Bg org2 dewasa..mungkinlah..masih byk pertimbangan lagi..tapi, generasi muda yang baru 'nak bermula' hidup dan 'melihat dunia'....daripada hanya nak mencuba-cuba...lame2 jadi tabiat pula...Ini memang saya risau sgt2.. Cuba kita letakkan diri kita ditempat mereka (yang tiada ilmu dan tidak matang esp mengenai kefahaman agama Islam...), pasti benda2 baru yang kelihatan mengenjoykan ni  menjadi seolah-seolah suatu tarikan pula untuk kita mencubanya tanpa kita sedar..Mungkin terdetik dalam hati  ; "Isyk,syok jugak macam tu.."

Dripada hanya tayangan biasa yang menjadi sekadar hiburan, bertukar menjadi suatu input/pengetahuan baru kepada kita yang sedia ada kekosongan ilmu ini. Yang mana, pengetahuan2 yang ada ini, tanpa kita sedari akan membentuk dan membawa pula kepada perwatakan dan pembawaan seseorang...

tak percaya? tak nampak lagi? simple shja..cuba kita ambik contoh yg mudah seperti, tag line2 artis2 atau iklan2 tertentu yang seringkali dilihat dalam tv..sudah pasti yang di dengar dan dilihat berkali2 akhirnya menjadi ikutan pula...setuju atau tidak.."lu pikir la sendiri..." (meminjam tag line Nabil - raja lawak astro musim ke2)

Ye..saya akui...segala isu yang dipaparkan juga..sebenarnya membawa meseg dan nilai moral yang ingin dijadikan pengajaran buat penonton...

tetapi...kita lihat pula daripada segi keseimbangan antara kedua2nya; bahan2 yang dipaparkan, dengan nilai moral/murni yang ingin diterapkan...seimbangkah kedua-duanya atau lebih berat pada bahannya sahaja?....

Selalu..kalau sayalah...ape yang saya tengok di tv..saya tidak hanya melihatnya dengan jiwa atau otak yang kosong...hatta akedemi fantasia pun, jika saya menontonnya..saya tidak sekadar melihat tetapi mengkritik juga...(walaupun dr jauh dan sendiri sendiri..)...dan saya juga mengambil kira  kritikan2 drpd juri (walaupun saya tiada kaitan langsung dengan konsert tersebut )...Bila Adlin Aman Ramli kata; " persembahan kau takde dinamik/ tak de plan.." saya cuba kaitkan dengan 'persembahan' P&P saya di sekolah...dan saya akan cari jalan jika melihat P&P saya kepada murid tidak nampak impaknya....

Sama juga kalu tgk drama n anything yg berkaitan...bila ade scene yg mengelirukan...melibatkan akidah dan pegangan islam..saya akan cepat sahaja terdetik dalam hati "Isyk tak betul nih..haram nih..or mana boleh orang Islam buat macam ni"...or kadang kala bila tgk citer org putih pula.."ade je unsur kristianisasi secara halus..."..dalam citer hindustan pun sebenarnya ada..contoh bila para pelakon mereka menyebut nama2 dewa/bercakap dengan dewa mereka...Sebagaimana yang tercatat pada subtitle...kan kadangkala kita terbaca juga..tp pernah dan selalu tak kita sedar bahawa hal2 tersebut sebenarnya melibatkan akidah? dan sejauh mana kita beristighfar dan mengucap bila sedar akan hal itu?...

Pokok pangkalnya..Sama macam situasi2 yang lain juga...jika kita menonton apa yang dipaparkan dengan jiwa yang kosong..kita pasti membiarkan hal2 tersebut berlalu pergi begitu sahaja...tetapi jika sebaliknya...kita menjiwai apa yang kita tonton...dan kita analyze segala yang dilihat dengan aqal...pasti kita lebih sensitif dan cepat sedar/nampak what's right and what's wrong...what's is beyond Islam and what's in line with it..


waAllahu'alam...moga kita akan terus berfikir dan berfikir...in everythings we do...



  


2 comments:

salida amran said...

betul tue..agreed!

Mrs. Ishamizu said...

Pjg btul kli ni..tp sgt tkesan di hati..tq 4 sharing sis..keep it up!:)

p r e v i o u s L i N K s

Blog Widget by LinkWithin