AHLAN WASAHLAN

UKHWAHFILLAH

JAZAKUMULLAHUKHAIRAN JAZA'

JOIN US TODAY!! BE AMONG US!! WE ARE PROUD TO BE AMONG THE JUTAWAN FAMILY. LETS SHAKLEE

Friday, May 3, 2013

MENGAPA SAYA MEMILIH: SHAKLEE ?

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk membuat sedikit coretan buat teman-teman.
Apa khabar semua? Salam rindu dan salam persaudaraan buat pembaca dan pengunjung setia ..Tidak lupa juga ucapan selamaat datang buat pengunjung dan tetamu yg singgah kesini
---------------------------------------------------------------------




MENGAPA SAYA MEMILIH SHAKLEE?

Seperti yang kita tahu, Shaklee merupakan salah satu produk kesihatan yang membekalkan makanan suplimen seperti vitamin, produk-produk kecantikan dan juga produk kesihatan kediaman.

Pada mulanya, saya telah mengamalkan satu produk tersohor untuk mengurangkan berat badan. Pengambilan susu tersebut sememangnya memberi kesan, tetapi amat perlahan bagi saya. Ini mungkin disebabkan saya tidak benar2 mengikuti pantang sebagaimana yang ditetapkan iaitu dengan TIDAK MENGAMBIL makanan daripada segi Karbohidrat dan perlu menggantikaannya dengan pengambilan makanan berprotin.

Setelah 6 tin, hasilnya tidaklah memberangsaangkan. Malah tidak menang memakai!
Saya mula terfikir yang , semua ini dan usaha saya juga tidak betul.

Dengan usia yang telah masuk 30 series, saya mula sedar yang saya sebenarnya memerlukan makanan-makanan yang sihat dan juga menyihatkan tubuh badan. Mengamalkan diet tersebut dalam kesibukan sehari-hari membuatkan saya terlepas dari mengambil makanan sihat yang sewajarnya saya makan..
Dari situ saya mula sedar.. Yang saya sebenarnya mahukan adalah: Hidup yang Sihat..Tubuh yang Cergas dan minda yang cerdas..Bukan sekadar kurus semata-mata !. Ya, kita semua boleh memilih untuk tampil cantik dan kurus..tetapi bagaimana untuk kita pastikan yang kita juga sihat?? Faktor usia pula mencelikkan minda saya adakah saya telah mengambil  makanan yang sihat untuk menampung keperluan diri saya..

Persoalannya?
Bagaimana kita sangat pasti apa yang kita makan hari-hari begitu lengkap kandungan zat dan vitaminnya sebagaimana yang sebenar-benarnya diperlukan oleh tubuh badan kita?

Maka disitulah saya dapat jawapan...tentulah dengan makanan tambahan kesihatan iaitu suplimen.
Anda kena faham..Suplimen ini TIDAK sama sekali menggantikan makanan-makanan sihat dan segar yang kita ambil sehari-hari..Suplimen bertujuan untuk MELENGKAPKAN vitamin dan zat yang diperlukan oleh tubuh seseorang.

Saya mula google. Daripada testimoni-testimoni pengguna..saya mula memberanikan diri mencuba minuman soya ESP daripada SHAKLEE. Kebetulan mmg promosi ESP pada bulan itu..Jadi saya beli 2 botol.

Pada Minggu Pertama Mengamalkan bancuhan 2 scoop ESP + Milo setiap pagi, Saya mula melihat kesannya.Yang pertama saya jadi lebih bertenaga. Keduanya;  kulit saya yang kering juga semakin bermaya dan lembab (tapi bukan berminyak)..Ketiganya pula; Saya juga dapat mengawal nafsu makan! Bukanlah tak makan langsung, tetapi saya hanya makan dalam kadar yang sedikit. Walaupun sedikit saya masih terasa sangat kenyang.

Kemudian, saya beranikan pula memberikan kpd anak saya yang sulong berumur 5 tahun. Anak saya ini juga kulitnya kering dan tubuhnya sangat kurus walaupun dah diberi makan vitamin C. Saya memberikannya 1 scoop ESP bercampur Milo pada setiap pagi. Kesan daripada amalan ini, saya dapati kulitnya juga semakin lembut dan halus!! Tidak kering lagi dan badannya juga sedikit berisi (tapi bukan gemuk ye).. Malah, jika dahulu anank saya sangat mudah diserang flu, kini tidak lagi.. Saya juga melihat kecergasan, keaktifannya sehari-hari menjadi lebih bertenaga kini.

Anak kedua saya pula, mengalami masalah sembelit. Ini adalah masakaah besar Muhammad Amin anak kedua saya yang berusia 2 tahun lebih. Saya memberikannya separuh/ 1 scoop ESP dalam susunya sebelum tido. Dan Alhamdulillah, keesukkan harinya..Mudah Amin nak buang Air.

Daripada kesan-kesan positif tersebut, saya menjadi saangat gembira..malah semakin jatuh cinta dengan produk SHAKLEE ini. Alhamdulillah...Allah beri saya peluang merasai nikmat dan kebaikannya supaya saya dapat berkongsi pula dengan keluarga dan anda juga

Tanpa membuang masa, saya mendaftar menjadi ahli. Saya juga telah menambah suplimen harian saya dan suami. Selain ESP, kami kini mengambil B COMPLEX, OMEGA GUARD, ALFALFA dan juga MEAL SHAKE untuk anak-anak. Alhamdulillah, kami sekeluarga masih mengamalkannya sehingga kini.. Produk ini, bukan sahaja daripada sumber semula jadi, yang diproses dan menjalani R&D yang berterusan untuk memastikan ia sangat selamat malah telah diakui kehalalannya








Daripada hanya sebagai ahli biasa..saya mula mendapat suntikan semangat daripada team Shaklee saya terutamaanya puan Najihah Sudi untuk turut sama berkongsi khasiat dan kebaikan Shaklee dengan anda semua. Terima Kasih Jiha <3 p="p">
 Dan kerana itulah saya disini , bersedia untuk berkongsi pengalaman , maklumat dan kebaikan produk kesihatan SHAKLEE sebagai salah seorang pengedar sah produk ini.





Buat rakan-rakan..

Jangan malu segan. Konsultasi percuma diberikan. Saya sedia membantu rakan-rakan taulan berhubung dengan produk hebat ini.

Anda mungkin memerlukan suplimen untuk diri anda..atau mungkin juga buat insan tersayang..suami..isteri..anak-anak..atau mungkin juga buat ibu dan ayah tercinta!

SHAKLEE menyediakan produk kesihatan untuk seisi keluarga. Buat yang muda mahupun yang berusia 


Buat rakan-rakan wanita yang berhasrat dan merancang untuk hamil, SHAKLEE ada jawapannya.

Jika anda sedang hamil mahupun berpantang, SHAKLEE ada untuk suplimen sepanjang tempoh tersebut.

Berhasrat untuk Eksklusif Penyusuan Ibu, SHAKLEE juga dapat memangkin usaha murni anda ini




Istimewa buat anda semua.. Harga menarik menanti anda !!!

Apa tunggu lagi?? Jika anda ingin menjadi sebahagian dari kami..Ayuh, Mulakan sekarang!!



Jom sms/whatsapps saya di talian: 
0142982830 (Latifah Suleiman @ Che'Pah)

atau email di latifahsuleiman@gmail.com

No.Id Shaklee: 913411 




Akhirnya , salam sayang buat semua 

waAllahu'alam


wassalam


No comments:

p r e v i o u s L i N K s

Blog Widget by LinkWithin