AHLAN WASAHLAN

UKHWAHFILLAH

JAZAKUMULLAHUKHAIRAN JAZA'

JOIN US TODAY!! BE AMONG US!! WE ARE PROUD TO BE AMONG THE JUTAWAN FAMILY. LETS SHAKLEE

Friday, July 31, 2009

S T U D I E S + M A R R I E D ??

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..pagi ini saya sudah ketemuan suatu artikel..yg sungguh2 lame di post & pernah tersiar dalam web ini .. Pengirim artikel ini dikenali sbg al-kauthar. Nak tahu siapa disebalik nick al-kauthar tu? Sayalah orangnya..Sungguh. Seingat saya en3 tersebut saya hantar ketika saya masih bujang lagi...sekitar tahun 2003...

Memandangkan pada hari ini saya sudah berstatus isteri dan ibu, serta saya semakin hampir menyambut ulang tahun perkahwinan saya yang ke 4..Jadi artikel yang asal itu saya olah & update semula, insyaAllah...


Mudah2n, en3 kali ni, dapat memberi manfaat pada kita semua..Dan yg penting ingatan buat diriku yang lupa....InsyaAllah..




.......... Yusrifah daiman waabadan


B E R K A H W I N K E T I K A B E L A J A R


Assalamualaikum wbt..

insyaAllah, saya teringin juga nak menyumbang idea dan pandangan mengenai isu ini..

Mungkin ade la siket2 daripada pengalaman sendiri..Memandangkan saya berkahwin ketika belajar..Seingat saya, tika itu saya di tahun 3 pengajian di UIAM manakala suami pula fresh graduate...InsyaAllah sekadar ingin berkongsi ilmu yang juga diperolehi daripada pembacaan dan pemerhatian…

Kahwin ketika belajar ni, ada pro dan kontra nya.. tapi kedua-dua kesan tersebut berbalik kepada bagaimana dan sejauhmana kebijaksanaan mereka (pasangan suami isteri tersebut menangani dan mengendalikannya) bahtera rumah tangga mereka..

maklumlah nak ngadap buku lagi.. keluarga.. anak-anak dan amanah2 lain yang dipikul bersama..

sebab tu Kalau nak mindirikan masjid ini.. sebaik-baiknya kedua-duanya perlu memiliki persediaan yang mantap daripada segi. rohani dan jasmani, fizikal dan mental, material serta ilmu2 yang berkaitan dengan pengurusan rumah tangga dan kekeluargaan…

Persoalannya.. bagaimana Kalau persediaan yang ada still tak mantap tetapi kedua-dua belah pihak bersedia untuk mendirikan rumah tangga?..Almaklumlah..Masih bergelar mahasiswa dan mahasiswi di IPT?..Apa pula riaksi ibu ayah bila diluahkan hasrat murni hati ini?..Pandangan masyarakat..Kawan2..Pensyarah..Dan macam2 lah..kalau disebut, 9 hari 9 malam pun tak habis! ...Maka ada baiknya kita semua mengambil kira hal-hal yang berikut….Ada 10 tips semuanya:

1) memberi peluang terhadap pasangan masing-masing untuk mempelajari, memperbaiki kelemahan diri..mengadaptasi suasana baru sebagai suami isteri... esp diawal2 usia perkahwinan (3-5 tahun pertama).

2) Sabar,saling mempercayai, bertolak ansur, saling Bantu membantu kepada pasangan anda.. berusaha memahami kondisi masing-masing yang mempunyai komitmen lain sebagai pelajar, suami/isteri, bapa/ibu, tanggungjawab sebagai anak (tanggungan keluarga) dan yang seumpama dengannya…dalam hal ini.. kita perlu saling memberi semangat, sokongan dan saling menguatkan pasangan masing-masing sekiranya rumah tangga anda menghadapi masalah... esp daripada segi kewangan dan sebagainya…

3) Sekiranya berhadapan dengan masalah yang melibatkan kedua belah pihak…cubalah cari penyelesaian yang terbaik dan menguntungkan kedua-duanya… bersikap matang dan rasional serta selalulah berbincang dari hati ke hati untuk mewujudkan persefahaman antara satu sama lain…

justeru itu, kedua-duanya perlu memiliki mind setting yang betul+tepat mengenai perkahwinan yang dibina… ikatan perkahwinan bukan untuk sehari dua, tetapi untuk selamanya bahagia dalam redha Allah dunia dan akhirat… maka kedua-duanya perlu berfikir kearah yang positif… jika berlaku permasalahan atau salah faham.. segera diselesaikan.. tetapi bukan dengan mengambil jalan mudah spt perceraian tetapi keputusan tersebut perlu kearah mencari jalan perdamaian antara kedua belah pihak…memikirkan masa depan anak-anak, hubungan baik kedua-dua belah keluarga suami dan isteri serta mahligai yang dibina..

4) Bersedia untuk bersama-sama menghadapi saat-saat getir , suka dan duka, susah dan senang kehidupantidak meminta permintaan atau perkara2 yang tidak munasabah mahupun yang diluar kemampuan pasangan masing-masing..

5) Menerima pasangan anda seadanya.. tidak memperlekehkan keupayaan mereka, saling menghormati antara satu sama lain… ini kerana, selepas berumah tangga baru kita kenal perangai sebenar pasangan kita..’ alakullihal... lihatlah pada kelebihan mereka..InsyaAllah kita akan lebih menghargai kehadirannya dalam hidup kita.. Jika nampak kekurangan di mana-mana... tegurlah secara berhikmah…tegur dari hati yang telus&kasih sayang... Tidak salah kita saling ingat mengingatkan… agar kedua-duanya dapat memperbaiki mana-mana yang kurang pada diri sendiri…

6) Menerima keluarga pasangan anda seadanya Sokongan daripada pihak keluraga (suami dan isteri) bagi pasangan yang berkahwin ketika belajar adalah amat penting sekali… sebaik-baik nya.. biarlah keputusan anda yang ingin mendirikan masjid mendapat keredhaan dan restu daripada mereka esp kedua-dua ibu dan bapa.. Hal ini kerana.. keluarga adalah mereka yang paling dekat kita untuk membantu kita kala kita dalam kesusahan…Sokongan keluarga&Ibu bapa tidak semestinya material mahupon wang ringgit...sokongan moral seperti bimbingan..tunjuk ajar..perkongsian pengalaman...petua2 rumah tangga dan tips pengurusan wang adalah lebih bermakna nilainya buat pasangan-pasangan muda ini..


Menyindir , memperli mahupon memperlekehkan mereka tidak bawak kemana...Cuba kita fikir sejenak..Tanya diri sendiri..Tidakkah kita bahagia melihat kebahagian ahli keluarga+darah daging kita sendiri ?? Jika ya..Kenapa tidak kita sama-sama memberikan sokongan moral serta doa restu kepada pasangan-pasangan ini? Tetapi, jika jawapan anda sebaliknya..ada baiknya anda merawat diri anda yang sedang parah mengalami sindrom narrow mind+sndrom 'PH.D' anda terlebih dahulu, sebelum membicarakan hal org lain..


Buat pasangan-pasangan muda ini pula..janganlah sesekali membuang atau membelakangkan keluarga&Ibu bapa kerana cinta anta anti ini...Kelak, banyak ranjaunya bila mahligai yang dibina tiada restu dan keredhaan daripada mereka..Nauzubillahiminzalik!

Utarakan niat anda dengan seikhlas dan setulus mungkin..paling baik secara personal..slow talk..yang kuasanya dari Hati ke Hati.. Antara anak dan kedua Ibu bapanya..Mungkin, peringkal awal..diutarakan kepada mereka yang lebih rapat dengan kita..seperti samaada Ibu atau bapa..Nyatakan sebab-sebab mengapa anda ingin berkahwin tika usia muda dan ketika sedang belajar Sejujurnya..Kena kuat dan berani.. Jangan Malu, kerana keinginan untuk berkahwin itu adalah lumrah dan fitrah manusia....InsyaAllah..Jika benar caranya..Ikhlas Niatnya kerana Allah..Pasti Allah akan lorongkan jalan buat kita...



7) Membetulkan Niat untuk mendirikan masjid… sedar pernikahan dan perkahwinan bukan sahaja mengenai keseronokan setelah sah menjadi suami dan isteri.. tetapi juga melibatkan mengenai amanah yang dipikul sebagai suami keatas isteri, isteri terhadap suami, ibu dan ayah terhadap anak-anak yang akan lahir dan sebagai anak/menantu kepada keluarga kedua-dua belah pihak.. hal ini kerana.. keluraga adalah merupakan satu unit yang berperanan untuk melahirkan generasi rabbani pada masa akan datang…

Hal ini perlu diambil berat kerana antara salah satu punca keruntuhan moral yang berlaku pada hari ini adalah berpunca daripada keluarga yang tidak bahagia…


8 ) Meninggalkan gaya hidup ketika bujang… mematang dan mendewasakan diri… ada perancangan dalam pengurusan rumah tangga yang teratur… tidak bersikap lepas tangan… tetapi sama-sama berusaha untuk mencapai kebahagiaan dan kerukunan rumah tangga.. menjauhi segala perkara yang boleh membawa kepada salah faham… tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh… serta mempunyai matlamat yang jelas tentang masa depan rumah tangga yang dibina…

9) Mengenai aspek material dan ekonomi juga perlu bijak menguruskannya.. maka sekiranya tidak berkemampuan, maka janganlah mendesak pasangan anda atau mengharapkan kehidupan yang serba mewah… hal ini perlu ditekankan.. kerana setelah berkahwin.. sekiranya anda memilih untuk tinggal dirumah sewa.. anda perlu berfikir mengenai soal kos kehidupan.. belanja sewa rumah, barang2 dapur2.. keperluan anak-anak.. api dan elektrik dan sebagainya.. berbincang dan carilah jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah ini..insyaAllah sekira matlamat perkahwinan ini kerana Allah… walau bagaimana susah sekalipun anda berhadapan dengan masalah kewangan..pasti ada jalan keluarnya..

Yang penting.. mesti ada inisiatif, usaha dan kesungguhan… cari alternatiF untuk sumber kewangan.. bukan just duduk goyang kaki…Pelajarilah dari ibu dan ayah mengenai ilmu-ilmu pengurusan wang keluarga..InsyaAllah, pasti byk ilmu yang dapat ditimba...Tp jangan berguru dgn mereka yang salah..Silap2 nanti ajarannya jadi biar pape asal bergaya.... Nauzubillahiminzalik!

10) Berusahalah untuk memenuhi ilmu didada terutamanya ilmu agama agar kita diperteguh kan iman dan diberi kekuatan jiwa dalam melayari kehidupan dalam alam rumah tangga..tambahan pulak skrg ini semua dihujung jari..jadi terpulanglah kpd diri sndri sejauh mana kita memanfaatkan kemudahan yang ada zaman ini..

Berusahalah untuk sama-sama mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga berteraskan islam(sunnah rasulullah saw.)

InsyaAllah… Biarpun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kepayahan.. namun sentiasa ada keberkatan dalam rumah tangga tersebut… inilah hikmahnya apabila kita sentiasa istiqamah untuk menghidupkan suasana keluarga yang ada roh islam (biah soleh) dan kembali kepada Allah subhanahu wataala dalam segala urusan yang kita laksanakan…

insyaAllah.. zuriat yang lahir menjadi anak-anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat kita semua, amin ya rabbal’alamin….

Maka disini dapatlah saya simpulkan bahawa.. perkahwinan dalam usia muda bagi mereka yang sedang belajar ini, bukan sahaja dapat mencegah daripada kemungkaran dan maksiat, malah dapat memelihara maruah diri, memberi banyak manfaat daripada segi ketenteraman jiwa, aspek pembentukan peribadi muslim sejati, melahirkan genarasi rabbani, mewujudkan suasana keluarga yang harmoni semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah dunia dan akhirat…

Dan last but not least... renungilah…
“sesungguhnya apa yang Allah kehendaki pasti akan terjadi meskipun tidak seiring dengan kehendak kita... tetapi apa yang kita ingini TAK mungkin menjelma apabila tidak seiring dengan kehendak Ilahi…”-imam as-syafie.



waallahu’alam.

moga ilmu yang sedikit ini... dapat memberi manfaat kepada kita semua, insyaallah…

Kalau ada yang kurang… harap sahabat-sahabat semua sudi menambah dan berkongsi pandangan dan pengalaman… jazakumullahukhairan kathira’


wassalam.

Thursday, July 30, 2009

S u P R I S e !!!



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..kita masih dipinjamkan usia dan masih lagi bernyawa dan hidup hingga hari ini..Suatu nikmat kehidupan yang amat besar nilainya..

Sebenar dan sepatutnya, tika ini saya sedang mengira-ngira countdown sehingga tiba detik malam ini; jam 9.00 malam utk bertolak pulang kepangkuan bonda tercinta di Muar,Johor menaiki Bas Cepat Ekspress..

Sebetulnya..sedari awal hubby mengizinkan saya utk pulang membantu emak..sedari awal itu juga saya telah memasang niat untuk membuat kezutan or suprise buat emak..hehehe..biar mak terkejut..tahu2 sahaja aku sudah terpacul depan pintu...Tak sabar sungguh nak tengok reaksi emak...

dan hinggalah semalam...saya rasa tak sedap hati. Terlintas nak hubungi mak dulu..atleast nak dapatkan kepastian yang mak mmg betul2 ada dimuar sepanjang minggu ini.. Almaklumlah..sbnrnya emak saya ni tidak duduk seteempat dalam jngka yang panjang..selalunya emak duduk lama di Kuala Lumpur; rumah adiknya (mak ude saya) kerana sama-sama menjaga atuk perempuan saya yang uzur disana.. Kadang2 pula emak bermalam dirumah along atas permintaan cucunya yg rindukan tokmi mereka...

dalam perbualan tel tempoh hari....

saya: mak, mak sihat ke? macam mana keadaan rumah kat sana?

mak: sihat alhamdulillah..rumah dah siap bersihkan dah..

saya: siap? betul ke mak? mak buat or andak yang bersihkan?

mak: andak yang bersihkan..dia yang angkat barang2 yang berat tu..alhamdulillah, takde ape lagi yang tinggal..

saya: boleh percaya ke andak tu? betul2 bersih ke...hehehe..macam tak percaya je..

mak: Betul..

Saya: mak, mak ade di Muar sampai bila?..mak nak naik KL smula bila?

Mak: tak pasti lagi..tp kan pakcik (a.k.a adik arwah ayah saya) nak buat kenduri dirumahnye sabtu ni..jadi kenalah mak pergi ke sana (rumahnya di Sri Kembangan)

Saya: (aisey..tak jadilah nak suprisekan mak..better aku berterus terang. detikku dalam hati)
Mak..mak takyak gi KL lah..sebab org nak balik muar hr khamis malam ni..Tp org balik sorang, naik bas dr tanah merah. Yusri dia ade Kem Bestari Solat di sekolah...

Mak: Buat ape? (ayat terkejut)..Eh, Yusri izinkan ke?habis sikecik tu?

Saya: Izinkan lah mak..die yang belikan tiket org..sikecik duduk ngan abah die nt..

Mak: Buat penat je ko balik..sekejap sangat..Habis bila pulak nak balik sana? Hr ahadkan sekolah..(emak saya mmg pantang benar kalau bab cuti2 ni...sejak dr zaman saya sekolah lagi. Itulah pantang emak..)

Saya: baliklah hari Sabtu malam..sampai tanah merah pagi..Org kan ngajar petang...Sempatlah nak dtg sekolah...

Mak: Eh, habis buku persediaan (RPH) bila nak buat? (biasalah..mak saya kan cikgu dulu..jadi dia amat concern hal2 + kewajipan guru nih...)

Saya: Ala..yang tu..hr khamis ni boleh prepare utk Hr Ahad minggu depan siap-siap...

Mak: (mak masih risau lagi..sebolehnya tidak mahu menyusahkan saya balik kemuar..)
Tiket blk sana mcm mana?

saya: ala..takyah risau...Ini bukan cuti sekolah..comfirm adelah...tegas saya nak menyedap dan memujuk hati emak...

Mak: eh, nanti2...nanti mak telefon semula...mak nak tanye kaunter tiket di Muar dulu...

***********************************************************************

Kemudian, beberapa minit selepas itu..mak pula menelefon saya...

Mak: Hello..kak ipah..macam ni..mak bukan tak bagi balik...Mak baru je telefon Kaunter tiket Cepat Ekspress td..Org jual tiket tu kate: 'tiket dah habis makcik...'. Jadi mak nasihatkan..ko takyah balik ye..bg tau dgn Yusri..tak jadi balik...

Saya: Betul ke ni mak...Tp org dah berat hati nak balik sngt ni...

Mak: Betul nak...mmg satu pun takde..Dengar nasihat mak ni ye..

Saya: Oklah...baiklah.....

Kemudian, perbualan kami berakhir disitu..setelah mak berpuas hati aku stuju mendengar nasihatnya supaya tidak balik...

Isy..tak jadi pulak plan aku kali nih..ingat nak suprisekan mak..rupa2 nya aku yang kene suprise dulu... Dalam diam aku masih berdegil..tak kiralah, apa nak jadi..aku tetap nak balik...
Dan utk lebih mendapatkan kepastian..aku nak tel sendiri Kaunter Tiket tu..mana lah tau, boleh merayu mintak tlg utk 1 seat..kalau tak dpt pon..duduk atas lantai or di tangga pon aku rela. aku tak kisah...asal shj niatku nak balik kampung dpt ditunaikan..

Sekali, bila telefon kaunter tiker di muar tu..Aku hampa. Mmg jawapan yang sama diberikan "Tiket habis, dik"..Tak sempat pula aku nak merayu+memujuk..Cepat shj penjual tersebut memutuskan talian dan meletak gagang telefon...

Aduuuussss....nampak gayanya..kenalah taat nasihat mak kali ni...

Mak...Mak......

Maklah mak yang terbaik didunia yang pernah aku miliki...Sgt2 bersyukur menjadi anak emak..Dan memilikimu sbg emak sepanjang hayat ini...

Mak tak pernah nak susahkan anak2nya..dan kalau boleh..biar dia yang menanggungnya...mak bukan jenis mata duitan ataupon materialistik...mak tak pernah meminta2..apa lagi memberi apa2 hints ttg apa yg dihajatinya...Malah, sentiasa bersyukur apa shja yg diberi anaknya..tak kiralah sikit..atau byk...Yang penting mak mmg gembira...dan tak pulak dia bandingkan dgn anak2 yg lain..atau dgn anak2 org lain yg memberi ibu mereka lebih drpd apa mak dapat dr kami...

Itulah mak...kalau menantu tak kerja..tak pulak disindirnya...Malah mak sgt ringan tangan menghulurkan bantuan kewangan kepada anak menantunya...Mak mmg kalau boleh tak nak lihat anak2 menantunya susah...Mak kata; bersedekah ni..bukan nak kira bersedekah pada org lain yang miskin je...Kalau kita bagi bantuan pada kaum kelaurga kita..macam adik-beradik..anak-anak..Dengan niat sedekah...lagi besar pahalanya...Dikira bersedekah jugak....Org selalu tak faham hal ni....


Kata2 mak ni...mmg saya pegang sampai skrg...

Buat mak....

Mak, org mintak maaf sbb tak dapat nak bersama-sama mak...mmg org dah niat sangat nak balik jumpa mak...tolong mak...Tp..ade pulak aral yang melintang...Sebenarnya, kalau ikut hati...mmg org nak redah je balik malam ni...Takde tiket nak blk sini tu hal kedua..Cr alternatif lain...Ambik cuti sehari, blk hr Ahad malam Isnin ke...Tp org tau..mak tak suke macam tu..n mak cukup pantang ambik2 cuti dgn sebab begitu...Maafkan org mak..Kebetulan bila Yusri tau..die pon jadi berat nak izinkan org balik..almaklumlah..abang mcm mak jgk..kalau tak betul2 penting..die mmg takkan ambik cuti...Dan dia sgt2 jugak concern dgn org..seboleh dia tak mahu org bercuti disebabkan status org yg belum comfirm ni....

Mak..apepun yang berlaku..org tetap sayang mak dunia akhirat..walaupon org tak dpt blk minggu nih...tp seboleh2nya org nak balik jumpa mak...InsyaAllah..Jika dipanjangkan usia dan diberikan kesempatan..Org sefamili nak balik ziarah mak...

Mak....Maafkan org ye...maaf dan ampun sangat-sangat...Org tak sehebat mak..Sungguh...
Org betul2 kagum dengan kesungguhan mak pergi ke kelantan jaga org sepanjang dalam tempoh berpantang..bermula dihospital lagik...Jaga org mase org accident...Mendengar keluh kesah org selama nih..susah payah buat walimah org..hantar org belajar sehinggalah org konvo...dan macam2 lagilah pengorbanan mak pada org yang tak tersebut byknya..

Mak...org tak puas lagi hidup bersama mak..kalau boleh org nak jaga mak, sampai ke akhir hayat..macam mana mak jaga atok..macam tu lah org nak jaga mak...

Mak..kalau lah mak baca entri ni...Org harap mak dapat terima kekurangan org ni..mmg betul..org tak sehebat mak...tp org akan berusaha sebaik mungkin menjadi sehebat mak...

Kecekalan mak..ketabahan mak..ketulusan kasih sayang mak...keikhlasan yang terpancar diwajah mak...sentiasa berada dalam lubuk hati anak mak ni..Tak pernah padam malah sentiasa mekar dalam ingatan org...

Mak, i love you from the bottom of my heart sehingga ke akhir hayat org....dunia dan akhirat....

Mak, u r the greatest mom i ever had in my life....





WaAllahualam


wassalam..







Tuesday, July 28, 2009

E M A K ...

Bismillahirrahmanirrahim..

26 Julai 2009; Aku tiba2 terjaga dalam lingkungan 3 pagi. Entah kenapa liat pula mataku untuk tidur semula walaupon setelah kucuba berkali-kali..

Dalam hati fikiranku, mula berfikir ttg ahli keluargaku esp Emak yang berada di Muar berseorangan tika ini..Aku tidak keruan. Malah seolah terasa ada yang tidak kena..Bila kukenang semula pengalaman silam.. setiap kali aku terjaga di awal bg sebegini dan berasa tak keruan sebegini..pasti esuknya akan ku terima khabar2 duka mengenai kaum keluargaku (spt khabar meninggal, sakit, ditimpa musibah dan sebagainya)... WaAllahu'alam. Mungkin juga kebetulan, atau Instict seorang anak yang tinggal jauh dr keluarganya tercinta..

Dalam pada masa yang sama , aku cuba pujuk diri sendiri. Cuba sedapkan hati..Walaupun hakikat sebenar, aku amat risau jika benar kebimbangan ini jadi kenyataan...Dalam hati; aku memohon agar Allah melindungi Emak...

*************************************************************************

27 Julai 2009; Hari ini, aku menelefon emak.. Sebaik panggilan ku disambut. Tiba-tiba kedengaran suara sayu emak. Aku tergamam. Panik. Juga turut sayu. Dan rasa bersalah. Tidak sangka kebimbangan ku benar2 berlaku!! Dalam hati; Ya Allah, kau lindungilah Emak....

aku: hello, assalamualaikum..Mak tgh buat apa?
Emak: waalaikumussalam..kak ipah....air naik.....(Nada sayunya)
aku: Eh,mak kat mana ni?
Emak: Air naik dalam rumah kita! Banjir nak...Tak pernah2 berlaku..
Aku: Ya Allah biar betul mak..Mcm mana air naik? daripada mana, mak kata dierang dah dalamkan parit...(Aku sebak mengenangkan emak yang terppaksa melalui saat2 itu bersendirian..)
Emak: Sistem perparitan tak betul agaknya...macam mana ni?...
Aku: Mak, baik2... nt org telefon semula...(tergesa2 menamatkan talian untuk memaklumkan pada adik beradikku yang lain)

**********************************************************************

Aku menelefon Along, angah dan andak..tak dilupa juga sms Uda yg di Australia..Andak akan balik hari ni..Cuma mungkin sampai malam di muar)..Angah pulak terpaksa balik hujung minggu kerana kekangan kerja. Along? dia sebolehnya mahu balik tetapi kerana komitmen keluarga dia tak dapat balik..Tapi masih juga mengambil tindakan&memainkan peranan: Along telah membuat aduan kepada Pejabat daerah muar dan mengerah adik2nyA balik....Aku? aku jauh...jauh dipantai timur...kalau blh, hendak shja akak terbang skrg, blk muar...Sama2 meredah banjir dgn Emak...WaAllahu'alam..hanya Allah yang tahu perasaan aku bagaimana...Air mata seperti tidak tertahan, jatuh dan lerai..Aku cuba kuat...Tp aku tak dapat membendung kesedihanku mengenangkan emak dengan tulang 4 keratnya melalui saat2 sukarnya di muar..Kesian mak..Aku nak balik! Aku nak Balik!!..

Blk drpd sekolah..aku sampaikan khabar ini pada hubby..alhamdulillah, dia fahaam..aku mendapatkan keizinannya utk pulang membantu emak membersihkan rumah. Abang kata, kita balik sama2lah, cuma Abang ada Kem Bestari Solat Sabtu ni (Berat juga kerana dialah master mind + ko ordinator KBS diskolahnya)....Aku cakap, takpelah abang& sani takyah nak balik dulu...ayang bukan nak blk bercuti..tp nak kemas rumah..banyak yang nak kena cuci..kalau sayang n sani balik..kesian lah sani..semua tempat kotor. Dia tak boleh berlari..Manalah dia boleh duduk setempat..Abang risau jugak sebenarnya. Bimbang lama dah aku tak balik naik bas. Aku cuba yakinkan Abg. InsyaAllah..Kalau naik bas dr sini malam(tanah merah),tentu2lah sampai muar nt dalam jam 7. naik bas tak penat...Jadi, blk bolh tolong mana yang patut...Tiketpon, insyaAllah ada, fsl bukan cuti sekolah..Kalau di Muar habis. Ayang ambik di Putra KL. Abg mengangguk. InsyaAllah..dia berjanji untuk membeli tiket bas ku hari ini, selepas balik drpd sekolah nanti..

Alhamdulillah...ringan sikit jiwa dan raga ku..InsyaAllah, hr khamis malam nt, aku akan bertolak balik muar..

Emak..org tak sanggup tengok mak susah sorang2..terkenang susah payah mak jaga aku esp time berpantang..Sanggup pula datang ke Kelantan menjaga aku yang kemalangan..Ya Allah..kalau mak blh buat..kenapa tidak aku?.....




WaAllahu'alam....






Monday, July 27, 2009

1 Syaaban 1430 yang lalu...

Bismillahirrahmanirrahim..

Ini cerita minggu lepas. Tp, aku nak gak letak gambar-gambar sekitar sambutan Israk Mikraj di SK Ipoh pada 1 Syaaban 1430 yang lalu bersamaan dgn hari Khamis 23 Julai 2009..Utk prog kali ni aku ditaklif sebagai pembuat backdrop+conduct tayangan2 selingan utk murid2 + Hakim pertandingan Nasyid antara kelas. So , kat bwh ni aku letak pics spnjang yang berlaku pada hari kejadian...


Dari kiri: Cikgu Gayah & Cikgu Arfizah

Mengintai dari tirai pintu...

Murid-muridku..Paling depan tahun satu & paling belakang tahun 6

Backdrop utk israk mikraj 1430 (pandangan drpd laptop)

Dari Kiri: Teacher Noraini, Cikgu Siti Zakhirah & Me (antara barisan hakim nasyid)

Tempat ketiga pertandingan Nasyid: 4 Progresif

Tempat keduanya pulak: 5 Progresif

Johan Pertandingan Nasyid: 6 Progresif

Ceramah Israk Mikraj oleh: Ustaz Nik Zain b. Nik Soh (SK Seri Suria 2)


Secara keseluruhan, alhamdulillah..semua acara&urusan sepanjang sambutan Israk Mikraj ni berjalan dengan lancar.. Mudah2n, kami semua beroleh manfaat drpadanya..


Ok lah, that's all en3 hari ni..


Wassalam





Saturday, July 25, 2009

Dulu & Kini...

Saga kami yg banyak berjasa



Bismillahirrahmanirrahmanirrahim..
sebenarnya en3 kali ini, motifnya untuk mengupdate blog yg semakin bersawang ni..

diatas ni adelah gambar kereta aku yang dulu (Saga Blm ber.No DBF 1019) warna Silver. Ini kereta auto. Kami sempat merasai nikmat memandu dan menaiki kereta ni selama 10 bulan shj. sblm aku terlibat dalam kemalngan jln raya 2 Dec 2008 tahun lepas. Lama gak die nih kene duduk di bengkel utk dibaiki..tp akhirnya terpaksa di claim as total lost. Actually, sepatutnya pihak bengkel drpd awal2 lagi boleh buat+claim total lost, tp disebabkan dierang ni nak untung dierang nak jugak baiki utk dptkan cover drpd pihak Insurans.. Mmg teruk kerosakan kereta kiteorg ni..Jd, disebabkan ketamakan bengkel tersebut, kamilah yg jd mangsa.. Walaupun dah siap dibaiki, problem besar adalah pada enjinnya..Bila try drive, mmg tak confident utk travel jauh dan dekat..Mmg rase tak safety langsung!

Dipendekkan cerita&kesudahannya; kami agree utk total lost tu. The best thing: Insurans Cover semua hutang kami di Bank. The worstnye pulak: kalaulah si bengkel ni, buat awal2 lagi..dptlah Insurans cover 37k. tp sebab bengkel ni buat lambat, after di susut nilai kereta kami tu, Insurans just cover 34k shja. So, kpd semua..ambillah Iktibar...

FYI, Kereta ni skrg; dah jd milik insurans. Nasib 'die' slps ini, akan ditender kpd penjual kereta 2nd hand yang lain (kalau tak silap aku la kan..).

Dibwh nie plak ade gambar kereta Saga Blm tersebut selepas kemalangan. Tp masa ni sudah berada di bengkel...


Org msti nak tau..teruk ke tidak. WaAllhua'alam..No comments. Tp mak aku ckp, kalau tengok pada kereta, macam tak sangka pemandunya masih hidup..Alhamdulillah, aku masih hidup lagi. Pengalaman+peristiwa hitam nih, betul2 ujian Allah ats kami sekeluarga..

Cerita ringkas fsl kemalangn tu:
  • Time tu; 2DEC 2009 dalam jam 5.oo ptg (lbh kurang), aku drive sorang. On da way back drpd kelas (IPKB) nak balik kerumah (Tanah Merah)
  • Hujan renyai2+jalan agak licin+dan byk lubang (rosak mgkin fasal hujan lebat hr2 seblmnya. Maklumlah mase tu musim tengkujuh).
  • Tibe shj di Jln Pohon Gelugor, Pasir Mas (actually dah tak jauh dah nak masuk jajahan Tanah Merah), Tiba2 ade kereta merah (saga lama) datang dr arah depan. Aku sempat tekan break+masuk gear parking.
  • Benda yg berlaku mmg tersgt2lah pantas. tahu2 my air bags keluar dan terkoyak+seluruh badan aku sakit sebab hentakan di stereng (ini akibat tak pakai sit belt. Sila ambik iktibar)+lutut&peha bleeding teruk fasal tersebit di dashboard (akceli kene besi I-Charge a.k.a stablizer yg kiteorang pasang dlm kereta)+Tersangatla sakit untuk bernafas.
  • Alhamdulillah, aku masih dlm keadaan sedar&ade effort utk selamatkan diri (sebab airbag td kot yg menghalang kepala aku dr terhantuk d stereng), untuk mengelak kaki terus tersepit, aku belakangkan sit. Then try gagahkan diri, utk lari keluar tp tak berdaya. hanya kalimah "Allahuakbar!" shaja yang acapkali aku laungkan untuk kuatkan diri menghadapi saat2 tu... Alhamdulillah, mereka yg berada ditempat kejadian mendengar laungan tersebut dan beramai-ramai menyelamatkan aku and angkat aku ke warung yg berhampiran dengan tmpt kejadian.. (mmg la ramai yg angkat, sebab mmg tak rak sorang kalau nak angkat aku yg 'sehat' nih..).
  • tak lama pastu, ambulans pon sampai dan aku dihantar ke Hospital Tanah merah.
  • Kecederaan yg dialami: Alhamdulillah, aku just mengalami koyakan yg dalam pada bhgin peha dan kedua2 belah lutut. doktor aku (dr.orthopedik) kate: "Hai nasib baiklah awak gemuk, jadi tak sampai ketulang lagi. Kalau org kurus, mmg dah patah tulang peha". Hehehe..korang mesti ketawakan... Tapi mmg doktor melawak camni pon mase dlm operation room) sebab itulah sampai skrg aku masih gemuk dan tak kurus2..(ni hanyalah ayat alasan.Sila abaikan, huhuhu).
Jadi dikesempatan ini, aku nak rakamkan jutaan teima kasih kepada semua yg terlibat&yang bertungkus lumus menyelamatkan aku esp kepada org2 kg pohon gelugur, pasir mas, petugas2 hospital esp doctors+nurses, my beloved husband, my beloved moms: Mak&Mok (mother in law), all my in laws siblings, my friends dan semualah yang telah mendoakan aku..Jazakumullahu khairan kathira'..Sesungguh, jasa kalian semua amat besar ertinya dan hanya Allah yg dapat membalas kebaikan kalian...

Dibawah ni pulak, gambar 1 lg kereta yg banyak sgt berjasa pada kami sekeluarga.. Dr sebelum kami beli Saga blm tu sampailah after kereta Saga kami tu terlibat dalam accident. FYI, ni kereta Toyota Corolla KE30 (thn 1978). Kereta ni pemilik asalnya ialah milik Arwah papa a.k.a my father in law. Ade hikmahnya, mak mertua saya syg sgt kereta ni&sampai sekrg tidak dijualnya walaupon ramai yg mintak nak beli. 1 reason yg pasti, byk kenangan manis kami sekeluarga dgnnya. 1 keunikan kereta ni, 'die' sgt sensitif...Series! jgn lah sebut nak beli kereta baru ke..kutuk2 ke depan die..msti die akan merajuk dan meragam..& kalau nak pujuk, kene usap2 dulu...InsyaAllah, baru ok semula..Slagi, kite tak kecikkan hati 'die', selagi tulah die tak meragam..Unikkan?


Atas: Anakku sani sedang bergaya dengan kereta arwah toknya.
Bawah: Inilah Kereta Toyota Corolla KE 30 tu..



And last but not lest. here's our new comer. Alhamdulillah, rezki Allah..dapat pulak kami guna kereta baru lagi tahun ni. First2 naik, perasaannya: rase nak balik kamppung je a.s.a.p.. Almaklumlah, lama berada di perantauan...nak jugak kembali ke lubuk asal..



Inilah kereta terkini kami sekeluarga Persona SE. (Kereta ni kami beli di HBA Motors, Kota Bharu. Penjualnya En Sabri. Bagus die nih). Untuk preview lanjut blh dptkan disini.




Oklah..that's all for now. Mintak diri dulu ye..

Ilalliqa'

Wassalam





Tuesday, July 21, 2009

REZEKI ISRAK MIKRAJ





Bismillahirrahmanirrahim..

sebenarnya terlalu byk yg nak aku tuliskan disini..byk suka duka nak dirakam dan dikongsikan...namun ruang dan kesempatan waktu yg sungguh terbatas membuatkan aku terpaksa menunda hajat ni..InsyaAllah..akan ku titipkan bila ade kelapangan nanti..

Sekadr ingin berkongsi kegembiraan dgn anda semua..Smlm bersamaan dengan 27 rejab 1430 (Israk mikraj)..Kami sekeluarga dapat kereta baru yg dibeli awal julai lalu.. Alhamdulillah..tak sangka jugak cepat dapat kereta kami..dan dibawah ni..saya letak lah gambar kereta yg dimaksudkan..tp..gaambar dr internet jeh ni..Takdan nak ambik gambo kereta sendiri..huhuhu...




FYI, ini kereta persona se. Alhamdulillah,kami sekeluarga mmg satisfied sgt dgn kereta baru ni..InsyaAllah, dlm perancgn nak buat solat hajat sikit sempena dpt kereta baru...Mudah2n , kali ni tak terlibat dgn kemalangan macam dulu, amin....


Oklah..that's all en3 hr nih..


waAllahualam..


wassalam

Monday, July 20, 2009

I ' m S t i L L L e A r N i N g..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..dapat gak aku mengupdate 'brg2' dalam blog nih...walaupun spnjang mlm nih, lebih kpd experiment+try n error..tp kira dapat lah gak ilmu scr basicnya..maklum ler..aku kan blogger amatur lagi..kira mmg byk kene blajar drpd otai2 di luar sana esp anda yg sdg membaca entry ini.

Thanks to Firjah atas tunjuk ajar mu..jazakumullahukhairan jaza'..
Buat jah, sy tak jumpa lagi kat mana 'blog menjerit' yg awak maksudkan...Sy try gak baca tutorial lain2 utk buat 3 column blog tu...Natijahnya: #1. Dpt buat tp page jadi error...Tak tau la katne silapnye... #2.sakit kepalo den nak cr+bace code2 tu..huhuhu . #3.Masih mencari, tuturial yg sgt friendly use+mudah difahami utk dikhatam..

So, if possible, nt Fir jah send sy link tutorial buat 3 column tu, boleh ker? Thanks dear..

Pastukan, korang nampak tak, background blog aku yg first skli appear? ha..yg itula my latest background skin..tp, kejap je ade..tetibe je skin/background ni kembali kpd yang dulu punyer version..Yg ini mmg la aku sgt kompius...Ade sape2 diluar sana yang dpt memberikan guidelink or links yg membantu? Jgn malu segan nak inform ok..aku sgt2 lah berterima kasih yg tak terhingga...

Then, kalau perasan..dlm blog ni aku dah letak playlists lagi..What's your opinion? Lagu yg palaing aku suka: M.Nasir kpdMu kekasih. Mmg mula2 nak letak lagu ni je as theme song..tp bila dpt 1, tetiba tergerak plk nak cr yg lain2..dan terhasilnya sbg mana yg anda lihat hr ni...

Oklah..Dah pon subuh..Org lain dok berqiamulail, aku dok menggodek laptop..Sila jagan tiru perbuatan ini dirumah.

Akhirul kalam...

Ilalliqa'


wassalam


p r e v i o u s L i N K s

Blog Widget by LinkWithin