AHLAN WASAHLAN

UKHWAHFILLAH

JAZAKUMULLAHUKHAIRAN JAZA'

JOIN US TODAY!! BE AMONG US!! WE ARE PROUD TO BE AMONG THE JUTAWAN FAMILY. LETS SHAKLEE

Tuesday, May 11, 2010

My Little Mujahid


bismillahirrahmanirrahim...

setelah sekian lama menyepi...akhirnya hr ni sy nk revealed my little mujahid. nama anak bujang kedua saya ni MUHAMMAD AMIN B. MOHD.YUSRI. Amin lahir 23 MAC 2010 (3hr after bday ummi) hari Selasa jam 7.30 mlm di HUSM Kubang Krian.kelantan secara normal. berat Amin masa lahir 2.96kg je. tp skrg dah 4kilo++,alhamdulillah....

Amin umo 2hr..dlm wad NICU HUSM

Amin umo 4 hr..hr last di wad. Nak kuar wad dah hr ni..

Amin selepas dicukur.

Amin umo 42 hari..

Amin umo 5ohr pd 11 mei hr ni..ats ummi..best tido ats ni..empuk..hehehe

Inilah abang Sani amin yg amin saaayang sangat..mmmmuuuuahhhh Abg.


Sekian.



Friday, January 8, 2010

Air Oh Air....

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..setelah hari kelapan 2010, saya dpt meluangkan masa utk update blog ini..Doa dan harapan saya agar semua pembaca sihat walafiat serta sedang tabah dan sabar menghadapi ujian&liku2 kehidupan..

Nampaknya saya bersiaran seawal pagi (read: 3:15 pagi) kali ini..sebabnya mata ini payah pulak nak dilelapkan walaupun dipaksa..Cemburu plk tgk Sani&abahnya sedang lena dalam tidur mereka..sedang saya masih bersengkang mata sacara tidak rela..hehehe..Mana tidaknya, tidak selesa dgn keadaan perut yg semakin membesar, nak cari posisi tidur yang betul2 selesa, dan juga keacapan (bukan acapan ek tp read: kekerapan) ke bilik air...Letih dibuatnya, tp still tak dapat tidur jugak...hmmmm

Walaupun awalnya malas betul nak menghidupkan laptop..tp akhirnya laptop juga yang menjadi mangsa..Apa lagi,laayankan je lah ye..

Skrg ni..musim takde air..(bekalan air terputus). Actually bukanlah sebab kemarau, tapi masalah Syarikat AIr Kelantan yang mahu meng'upgread' logi+tangki air kawasan tanah merah katanya..Masuk hari ini sudah 9 hari kami takde air..(bayangkanlah kawan2..nak guna air tadahan dirumahpon kene budget+sgt2 berjimat).. Bermula dari hari pertama 31st Dec tahun lepas sampai sekarang.. Apa yang lebih menyentap jiwa raga..3 hari kebelakangan ini, mmg langssung tiada air walau setitik dan sekejap pun.. which mean it is getting more worst than before..Sebab, sebelum ni..walaupon takde air..tapi pada sebelah malam or midnitenya..ade jugak air yang keluar dr paip walaupon kecik..Kira boleh lah kami buat preparation menadah air utk hari esuknya...Tp skrg , jangan mimpi..harap je nak tengok air...huhuhu...Bila my husband buat aduan dan refer problem ini pada syarikat Air kelantan (bghn Kota Bharu: HQ)..rupa2nya dikhabarkan bahawa pam air kawasan tanah merah ini sudah terbakar.....Tak ke bertambah tragis kondisi kami...huhuhuhu......Mula2 dulu dgr khabar (dr sykt air tnh merah sndiri)..kerja2 mengupgread+baik pulih akan berlarutan hingga bulan Febuari 2010. tetapi..bila dgr kes pam air terbakar ni...rasenye..mungkin kami akan berterusan ketiadaan air lebih lama dari itu... kesiannya kami dan sekalian rakyat kelantan yang menderita seperti kami...huhuhuhuhu.....

Jadi, akibatnya..ramai dikalangan penduduk kampung mengatasi masalah air mereka dgn menggali tanah untuk buat telaga mahupun utk pam borine (lebih kecil drpd telaga). Sebab ada jgk sebilangan tempat di tanah merah ni yang dah terputus bekalan air sebulan lebih lamenye (lebih lame dr saya)....

Saya? saya mmg berangan jugak nak buat pam air borine macam org lain..cumanya..rase saya sekitar kuaters rumah guru yang saya diami ni..macam takde je port yang sesuai... Sebab nak buat pam air borine mesti ade kawasan yg strategik:- jauh dr tangki kumbahan, jauh dr kawasan yang berpaya dan kawasan pembuangan sampah utk mengelakkan airnya berbau dan tercemar...

Actually, mmg ade sebuah tempat pam air borine di sekitar sekolah (skrg pihak sekolah+kantin mmg menggunakannya), cumanya agak jauh la dr rumah saya and sedikit complicated kalau nak pasang pam disitu..

sudahnye..husband membeli getah paip yang sepanjang 100 kaki (kalau tak silap lah), dan disambungkan ke kantin sekolah dan dislaurkan kerumah kami utk tujuan menadah air buat simpanan kami. Oleh itu, terima kasih yang teramat sgt buat pihak kantin sekolah Sk Ipoh yang sudi memberi ihsan kepada kami utk mendapatkan bekalan dan simpanan air dirumah, jazakumullahukhairan jaza'...

Oh Air...kenapalah payah nak ade air?..kenapalah lame sangat takde air?....lemah badan bila air takde lame2an ni...Tp sesekali tu, terkenanglah pulak zaman2 kat maahad muar dulu, yang selalu takde air (mase batch kami le..)...Bertebaran dan bersainganlah warga2 aspuri nak mandi disekolah. Seawal 2-3 pagi dah beriringan+beramai2 membawa baldi, tuala dan segala peralatan mandi, utk dptkan turn mandi awal..kalau tidak beratur panjang le gamaknye...Antara blok2 sekolah yang menjadi port: Blok B-tandas bdk laki2 ground floor (time ni takde bdk laki pon merayap.semua bdk pompuan congker), tandas2 guru level 2 and tandas bdk pompuan level 3. Blok C-tandas ground floor n level 1. Saluran air paip (byk paip) di belakang Bilik kemahiran hidup (mandi berjemaah le gamaknye sambil cuci kain baju yang bertambun byk) and Lagoon (ade 2-3 tangki besar yang menyimpan air. terletak diantara dewan makan aspuri dan aspura). kalau mandi kat sini pon, mandi berjemaah le juge konsepnye..huhuhu...Tapikan, bila fikir2 balik, apsal ek aspuri takde selalu takde air sedangkan tempat lain dlm skolah ade?..hmmmm.....confuse...confuse....


Okehlah kengkawan...maka dipendekkan cerita..morale of da story; hargailah air dirumah kita seadanya..elakkan pembaziran..guna dgn cermat dan bijak...nanti bila dah takdak air...siapa yang susah? kiteee jugak... Masa tu, barulah nak belajar berjimat...huhuhuhu....Takde makne.....sengsara lagi ade sebab tak biase....


sekian..

waAllahualam wassalam...

Friday, January 1, 2010

Org kate Vs Aku Kate

Org kata..blog aku ni rubbish..

org kata blog..blog aku ni kontroversi...

org kata..blog aku ni emosi...

org kata...blog aku ni boring...

org kata..blog aku ni macam bagus...

org kata..blog aku ni ntahapehapelah...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

haaa..meh pulak aku nak kate...

blog aku ni..adalah blog yang meluahkan segala apa yang aku rasakan berkaitan dalam hidup aku..which is means ia adalah blog personal.. Samaada ia rubbish atau emosi n etc pada anda..itu bukan masalah aku..dan aku pon tak kuasa nak menghalang apa sahaja tanggapan korang semua pada blog ini..

Ada byk sebab mngapa aku menulis dan terlibat dalam dunia blog ni...

Sebab pada aku, blog adalah wadah dimana kita semua mempunyai hak itu ber ekspresi dan meluahkan atau menyatakan apa sahaja yang kita rasa..or apa yg kita fikirkan...or apa yang perlu kita keep remind ourselves utk mengambil iktibar dan natijah drpd sesuatu pengalaman hidup atau peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita seharian..

Terpulanglah pada sape2pon yg nak berblog...dan terpulang juga samada engkorang nak jadikan n3 tersebut private atau tidak...takde halangan atau paksaan..itu hak masing2...asal saja bg aku wadah blog ini tidak disalah gunakan...dengan menabur fitnah atau memberi ancaman pada mana2 pihak.

Kadangkala..antara sedar atau tidak..berblog sebenarnya boleh menjadi terapi bg seseorang..Betul. Terapi yang menjadikan kita lega, kerana dpt meluahkan apa yg terpendam dalam jiwa...

Dan tanpa kita sedar..berblog juga menjadikan kita keep in touch/berhubungan dgn rakan taulan serta kaum keluarga kita...walaupon mungkin hanya menjadi silent reader dr jauh...tp bg aku..ia sudah cukup menggambarkan betapa impak blog itu dalam hidup manusia dan hubungan kemanusiaan itu sendiri..

Aku selalu ingatkan diri sendiri: walau apa yg aku nak tulis or luahkan..make sure tulisan dan luahan aku itu ade moralnya..ada intipatinya..ada hikmah yg tersirat...at least kalau tidak utk org lainpun, cukuplah utk diri aku sendiri...

Itu je yang aku nak kate utk n3 1st bagi tahun 2010 ni..


Jadi, kepada semua yg ber'kate2' begitu begini ttg blog aku selama ini..terima kasihlah kerana sudi ber'kate2'...

tiada kata yang dapat dikata..kecuali dgn kata-kata jua seadanya....




sekian.

waAllahu'alam



Thursday, December 31, 2009

2 X B O D o H

Bismillahirrahmanirrahim..

Selamat tahun 2010 kpd semua..alhamdulillah..hingga ke detik ini kita semua masih diberiNya Justify Fullnikmat utk hidup dan menempuh hari-hari muka..

Agak kasar tajuk n3 ni? "2X BODOH"

Yes..mmg agak kasar..tp bukan perkataan kasar dan jelek tersebut yg menjadi fokus..Yang benar, intipatinya atau dgn kata lain "morale of the story" disebalik tagline 2x bodoh itu.

Tidak berniat utk bercerita atau berkongsi begitu detail kisah disebalik pengajaran 2x bodoh itu..tp cukuplah sekadar iktibar dan peringatan buat diri sendiri juga buat rakan2 yg merasakan ianya juga 1 pengajaran.

Dulu, sy pernah pecaya dan berpegang pada kata2 seoraang rakan..dan saya fikir rakan tersebut akan tetap dgn kata2nya..tetap dengan apa yg pernah dikata dan diucapkan..

Rupanya saya silap..kerana dikemudian hari...Saya telah dimalukan. Rakan itu tidak sedikitpun ingat ttg kata2 yg pernah diucapkan..Malah memutar belitkan kebenaran dan seolah2 saya yg lupa...Seolah-seolah sayalah yang tak berpegang pada kata..

Bodohkan saya?, kerana terlalu mudah percayakan org (rakan tersebut)..dan kerana kepercayaan itu...saya pula yang dapat malu..saya pula yg dipandang serong..Maka selepas drpd peristiwa itu, saya mengambil iktibar agar lebih berhati2 dengan rakan tersebut..Saya hrp itulah kali pertama dan terakhir saya bertemu atau berdepan dengan sikapnya yg sebegitu..krn pastinya slps ini, sy akan sgt lebih berhati2 dgn 'kata2'nya...

tp sebenarnya saya silap lagi. Sebab sy ingat, dalam ruang lingkup saya skrg ini..hanya dia iaitu rakan tersebut sahaja yg sikapnya begitu..kerana hanya dgn dia seorang yg saya berwaspada slama ini..

rupanya..mmg sy sgt2 tersilap, bhw dlm dunia ni..sbnrnya yg macam dia lebih ramai dan berlambak jika nak dibandingkan dgn org2 yg benar2 jujur,tulus dan telus...

sebab itu..utk kali kedua saya telah di 'bodohkan'..Ya, sekali lagi bodoh kerana macam tak belajar drpd pengajaran yg lepas..Akibat percayakan org..dan yakin dengan kejujuran serta ketetatapn kata2 yg pernah dinyatakan dr mulutnya sendiri..akhirnya saya yang menanggung akibat. Betul. Kerana rupa2nya, utk kali kedua saya bertemu org yg tidak tetap kata2nya. Malah ada 2 plk versi. Versi kpd saya yang memberikan harapan. Dan versi kpd org atasan utk mendapatkan perhatian..

Itulah saya. Langsung tak terfikir. Saya ingat dia jujur. tp jujur+tulusnya depan saya..ternyata palsu...

Tak payahlah..anda semua dok fikir masalah ape kebendalah yg melanda tuan rumah blog ni..

cukuplah saya dan kita semua ambil moralnya.

So,di pendekkan citer..Bila anda / kita ada masalah yg melibatkan bidang tugas..terus refer dengan pihak /saluran yang sewajarnya..nyatakan dengan terus terang masalah anda. Jgn sesekali mengharapkan ihsan , belas kasihan dan kata2 org lain/sekeliling dgn harapan..oh, dia blh consider..oh,dia kesiankan aku..oh mmg dia kata begitu dan begitu...mengharapkan mereka tetap+tunaikan segala yg di kata , yg di janji dan harapan. Kerana boleh jadi semua itu palsu dan lakonan semata.. Barangkali juga , disebalik kata2 itu..dia lebih pantas memintas kita dan mengharapkan perhatian pihak tersebut..sedang kita, hanya take for granted, tak de langsung nak utarakan what's our real problem kpd pihak dan saluran yg sewajarnya krn konon2nya..kita percaya dgn kata2 yg memberikan harapan dan ihsan ini..

Padan muka..kan dah bodoh kali kedua.........Takkan nak kene cukup kali 3 kot....huhuhu

So, lu fikirlah sendiri...trust No body...

Saturday, December 19, 2009

JOM !!!

JOM !!!
( ayat yg biasa saya dan hubby sebut2 sbg tanda mengajak utk pergi bercuti or makan angin..huhuhu)


Bismillahirrahmairrahim..

Untuk kesekian kalinya blog ini tidak diupdate..dan hari ini, saya bertekad utk update..alhamdulillah..after everything settle diuruskan..anak pon sdg nyenyak tido..maka dpt le saya lebih fokus kali ini, insyaAllah..

Oh ye..Apa khabar viewers semua? semuga kita semua sihat walafiat sentiasa dibwah pemeliharaan Allahu subhanahu wataala..Alhamdulillah bersua lagi kita dilapangan maya ni..N masih tidak terlambat juga, utk saya sekeluarga mungucapkan salam Maal Hijrah 1431 buat semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia..

Cerita terbaru saya, suami dan anak +baby dalam perut ialah..Br2 ni..last week actually..bersamaan dgn 15dec2009 (hr selasa)..kami sekeluarga telah berpeluang bercuti2 malaysia di Bukit Merah lake town resort..Plan nak bercuti ke sini..agak last2 minit gak..n kami ke sana ala2 backpacking le konon2nye..Alhamdulillah, spt yg dihajatkan..bersama2 kami ialah adik bongsu husband saya dan juga abangnya yg merupakan anak istimewa..

Kami bertolak drpd tanah merah..dlm jam 7.30 pagi..siap sedia bekalan makanan dr umah..Thanks to kak long sebab membekalkan kami bihun goreng+kopok goreng utk disantap time berhenti rehat nt..Saya pulak just menyediakan 3bungkus roti gardenia bersama dgn fankfruter (hotdong) goreng+air kotak teh bunga 1 katen..

Perjalanan kesana rupa2nya mengambil masa lebih kurang 4-5 jam perjalanan..Huhuhu..mmg tak sangka jauhnye lebih kurang same macam dr tnah merah ke cameron highlands.. Sepanjang perjalanan, kami berhenti sekali di Perhentian banjaran Titiwangsa..almaklumlah nak ke perak mmg kene ikut grik yang paling dekat..jadi sempatlah kmi berpossing+minum pagi disini..

Then,perjalanan diteruskan. Kami tiba di Bukit merah lake town resort jam 12.10 tgh hari..Hmm..tak best tibe time2 panas tgh hari cam ni..so, moral of da story..kalu nak gi lagi..kene bertolak laaagi awal..br puas hati..

Kat bukit merah ade beberapa tempat menarik utk dilawati n buat aktiviti..spt tempat mandi-manda di teman tema airnya (water park), Orang utan Island (pusat pemeliharaan orang utan) dan Eco Park (ala2 zoo jugak la nih)...Kesemua ade rate masuk yg tersendiri..tapi lebih jimat kalu kite beli tiket stlye pakej.. terbaru, tiket masuk utk kesemua tempat yg disebutkan diatas bg dewasa ialah RM 55 manakala bg kanak2 bwh 12thn RM 47.So boleh jimat lebih kurang RM 10 nak dibandingkan kalau byr asing2..

Tp, masih ada pilihan.. macam saya, percutian kali ni kami tak masuk pon waterpark..(rugiinyeee...huhuhuhu.next time insyaAllah)..Kami just beli tiket pakej ECO Park Combo (boleh masuk semua yg diatas kecuali waterpak). Tiket utk dewasa RM 30 manakala bg kanak2 bwh 12 thn RM 24 shj. Bagi Org kurang upaya (OKU) pula, tiketnye lebih murah RM 23 (setelah ditotalkan jumlahnye).

Yang menariknya..valid tiket yg dibeli ini ialah selama tiga hari. maksudnya..kalau tak sempat nak habiskan semua tempat hr ini, esoknya kita msh boleh lagi masuk ke taman tema ini..Tp bila dah masuk sekali, dah tak boleh masuk lagi tempat yg sama kecuali pada tempat yg masih belum dimasuki lagi.. Kemudahan2 asas disini pon lengkap siap dgn toilet daan surau..Cume kalu bab makan+loging tu..mmg kurang pilihan lah..

Rate hotel/apartment/chalet kat bukit merah ni..agak mahal la jugak..unless kite booked time promosi or kite ade membership kad diskaun percutian.. Yang tak best kat bukit merah lake town resort ni, makanan2 kat food courtnya mahal dan hampeh+tak sedap langsung..Biasa org mmg NO hal kalu hrg makanan mahal asal saje makanannye mantop..kalu hampeh..baik tak makan pon takpe... Tp terpaksa la makan..sebb nak isi perut yg kosong kan...

Rupa2nya..bukit merah ni..dah tak jauh dgn negeri Kedah darul aman. Setelah bergumbira+menjamu selera, kami keluar dr bukit merah dan solat jamak takhir di masjid parit buntar, kedah.. Mak oii sampai dikedah nu??!!! ni adalah kes, tersalah masuk highway mase keluar dr resort tu..Then kami patah semula ke perak..menuju ke Taiping pula.

Sebab apa ye?
Drpd study+research yg dibuat sblm gi becuti ni..tips yg terbaik utk overnite bila datang ke bukit merah ialah bermalam di TAIPING. Mcm yg kami buat. Kat sini, baanyak sgt pilihan utk tmpat penginapan..dr semurah rate RM 55 semalam..hinggaala semahal2nye..yang hrga moderate pon ade..pendek kate mmg byk choice. Kami telah bermalam di PANORAMA HOTEL yg terletak di tgh2 bandar taiping..strategik hotel ni fasal dekat dgn bank muamalat..the store..restoren dan lain-lain lagi.. Tempat makan jgn ckp laah..mmg byk sgt pilihan..hrga nya pon berpatutan. Termasuk le tempat2 best yg boleh dilawati mcm muzium,zoo dan lain2 lagi..

kat taiping ni, kami telah meng'ambush' Restoren Nasi Ayam Hainan (HALAL).mmg puas hati n sedap..restoren pon milik org melayu..tandas dan dapurnyepon bersih..mmg pilihan yg tepat.. Harga bg sepinggan nasi ayam lengkap lauknya hanya RM 3 shja. Itupon mmg kenyang..Restoren ni ade gak menyedia nasi campur n aneka lauk pauk (utk sajian tgh hari) disamping menu ala carte..

lupa nak info; rate bilik and other facilities bagi hotel panorama boleh klik di sini. Utk yg nak booked awal2 tp takde kreadit card..Just nak guna maybank2u cthnya..Boleh contact le dgn pihak hotel tu..Kiteorg tidur semalaman je. Tp ambik 2 bilik iaitu: 1 bilik moderate RM 110.40 per nite (1 katel queen+1 single bed) dan 1 bilik suite RM 207.00 per nite (bilik ni ade 2 bilik air, 1 ruang tamu +1 bilik tidor: 1 single bed+1 queen bed)..Actually kalu nak lebih jimat, kat ruang tamu tu pon boleh maksimum 4org tidor..Tp takde katil..kene bwk Comforter+bantal kecik sendrik)..Sebab antara bilik dan ruang tamu tu,dipisahkan dengan pintu..

Dlm ruangan ni, ade le saya selitkan gambar2 percutian kami ni..selamat menjamu mata..

Singgah sebentar di Perhentian Titiwangsa..Ni actually on da way ke bukit merah lagi ni..br tibe Grik..

Anakku Sani dan ayah Ku..
Me.my self n I berlatar belakngkan gununf ganang..Berdiri teguh di atas puncak banjaran titiwangsa..chewah...


Di Org Utan Island, Bukit Merah lake towwn Resort

Dalam bot nak ke pulau org utan tu..Sani ni gayat sebenonye..

Takut je sani ni tau..letih ambo..

Org utan ni berasal dr serawak..pandai control handsome bila nampak kamera..

baby org utan yg dok dalam nurserynya..yg nih tgh peluk teddy bear..siap pakai pampers brand fitti lagi you..

Papaan tanda..Senyuman kegumbiraan drpd bro in law saya a.k.a Ayahku..(p/s: utk pakej eco park combo, blh pilih salah satu naik chairlift (mcm kusi tergantung menuju ke seberang/wat 1 pusingan lengkap.budak2 bwh dr ketinggian 90 cm takleh naik.1 seat boleh naik berdua or seorang. boleh tgk pemandangan dr ats bukit merah resort esp kat waterpark tu ) or Skycycle (ni kene kayuh sendiri sejauh 200 meter.So, time cycle blh tgh haiwan2 dlm ecopark tu.)

After balik dr pulau org utan..bot kami menuju smula ke resort bukit merah - di jeti Eco park pula..(ni actually posse seblm masuk eco park. Kiteorg stop kejap kat sini..minum2 and makan roti buat alas perut)

Ayahku yg letih tp tetap maintain..Suka dpt gi jalan2..

Kuchik..gumbira..wat aksi kiut ditepi tasik..

Ini Bear Cat..antara haiwan2 yg ade kat ecopark..Banyak lagi..tak larat naak upload gambar2 haiwan kat sini..huhuhu

Posse spontan from hubby..

Ade animal show jgk kat ecopark nih..Aksi burung kakak tua, berok, memerang + foto shoot dgn ular..
Kuchik cuba bermesra dengan alam...
Bergambar di suite kami seblm pulang..

Di tepi tasek banding yang mendamaikan...

Tasek banding..singgah sebentar mase on da way back ke tanah merah..

Nearby tasek banding jetty..

payah nak dpt posse cute sani di tasek banding ni..



Oklah..that's all for now..Jumpa lagi di next entry..insyaAllah....


Sekian.




















Saturday, November 28, 2009

TahNiah!!!

bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua..apa khabar? Muga anda dan kita semua sentiasa sihat walafiat sokmo dlm pemeliharaan Allah subhanahu wataala..Selamat hari raya Qurban aidiladha juga buat semua umat islam diseluruh pelusuk dunia..

Pagi ni,rasa terpanggil utk menghantar entry baru..Alhamdulillah, terdapat ruang,peluang dan lapangan yg di mudahkanNya, maka sy tak teragak2 utk menaip..

Walaupun telah 2-3 hari telah pun berlalu, saya rasa masih tidak terlambat lg bg saya mengucapkan tahniah kepada semua graduan KPLI Jqaf diseluruh tanah air, yang baru sahja menerima diploma pendidikan pada majlis konvokesyen yang lalu..yang bermula pada 23NOV dsn berakhir pada 25NOV baru-baru ini. di dewan siantan, perbadanan putrajaya...Tahniah sekali lagi kerana telah berjaya melalui+mengharungi pelbagai pahit getir dan masih teteap berdiri teguh menabur ilmu hingga kesaat ini..Alhamdulillah..syahdu juga bila dikenang-kenang semula suka duka bersama rakan-rakan seprjuangan yang sama-sama berpayah lelah meyempurnakan kursus keguruan kpli jgaf selama 18bulan pada tahun lepas...

Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih saya dan rakan-rakan buat keluarga, barisan pensyarah , pentadbir dan kakitangan IPGM terutamanya IPGM Kampus kota bharu,kelantan yang telah banyak memcurahkan ilmu, membantu dan menguruskan keperluan dan kebajikan kami sepanjang kami menjadi murid guru. Jazakumullahukhairan Jaza'...

Sekadar ingin berkongsi..saat2 melangkah kedalam dewan..ketika disambut oleh alunan gendang dan gamelan...terasa syahdu kaki melangkah..terasa kerdil dan bertuah kerana dipilih Allah untuk berada pada moment2 yang bersejarah dan tinggi sentimental value itu sekali lagi. Perasaan yang tak dapat digambarkan..Terasa rindu utk kembali semula kekelas..menghadiri kuliah dan mendengar ilmu2 daripada pensyarah bersama kawan-kawan...berulang alik dr tanah merah ke ipgm kota bharu...pernah juga tinggal di asrama...berhempas pulas menyiapkan tugasan individu, berkumpulan serta kertas kerja..walaupun terpaksa berhadapan dengan keletah anak2 yang menagih perhatian si Ibu..apatahlagi ketika anak demam...sambil dukung anak sambil menaip kerja kursus...Accident di kereta di kg pohon gelugor,pasir mas ketika pulang dr kuliah...semuanya itu suatu moment yang sngt2 meninggalkan kesan dalam diri..walau mungkin pahit atau payah laluannya..namun tetap dirasa manis...Teringat jugak amanat emak yang teringin saya menyambung legasi keguruan yang pernah disandang emak dan arwah abah...Itulah yang dirasa sepnjang konvokesyen baru2 ini walaupun saat melangkah dan menerima diploma diatas pentas hanya lebih kurang 5 saat sahaja...dan Itulah jua, yg saya maksudkan mengapa majlis tersebut amat tinggi nilai sentimental valuenya buat saya dan juga rakan-rakan...

Paling manis juga, bila saya berpeluang bertemu rakan2 zaman sepermainan dan sepersekolahan yang mmg sngt lama tidak bertemu..Khususnya sahabat dunia akhirat Nursaliza bt Ali sekeluarga yang hadir di majlis tersebut bagi meraikan suaminya yang juga kenalan saya ketika di maahad muar dahulu..Alhamdulillah...Muga ukhwah ini kukuh terpelihara dan kekal, a,in yarabbal 'alamin.....

dibawah ini, adalah sedikit kenang2n buat tatapan kita semua..



Sebelum beratur masuk kedewan..



Bersama suami tersayang sebelum melangkah pulang..



Bergambar bersama baby didalam perut..21 minggu tika itu..



berlatarbelakang Istana Kehakiman Putrajaya Presint 3




Sekian....



Friday, November 27, 2009

Tebus JanJI..

bisillahirrahmanirrahim...

akhirnya..setelah sekian lama bersawang..berdebu..berhabuk...dan bertapa....akhirnya dpt jgk sy menghantar entry malam ni...Alhamdulillah..seperti yg pernah dijanjikan sblm ni..InsyaAllah, nt3 ni sy nak tunaikan janji utk mengupload gambar2 sani yg bergaya dgn motor harley davidsonnya..
Thanks to uda sbb gambar2 ni uda yg captured via his iphone..Tp maaf ye..gambar2nye tak banyak..terima+saksikanlah seadanya....



Ini uda saya n sani..Uda 1st time datang tanah merah..


Sani mmg pantang bila ade kamera depannya..ready je nak possing..


Ni fav.posse sani..kepala sengit+senyum nampak gigi..


Ni basikal roda tiga..walau da ade motor, beskal ni tetap jd fav lg..


NI posse utk uda..motor ni tak dimain, tp uda yg mintak sani bergaya ala2 bwk motor..huhuhu




sekian....

p r e v i o u s L i N K s

Blog Widget by LinkWithin