AHLAN WASAHLAN

UKHWAHFILLAH

JAZAKUMULLAHUKHAIRAN JAZA'

JOIN US TODAY!! BE AMONG US!! WE ARE PROUD TO BE AMONG THE JUTAWAN FAMILY. LETS SHAKLEE

Friday, January 8, 2010

Air Oh Air....

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..setelah hari kelapan 2010, saya dpt meluangkan masa utk update blog ini..Doa dan harapan saya agar semua pembaca sihat walafiat serta sedang tabah dan sabar menghadapi ujian&liku2 kehidupan..

Nampaknya saya bersiaran seawal pagi (read: 3:15 pagi) kali ini..sebabnya mata ini payah pulak nak dilelapkan walaupun dipaksa..Cemburu plk tgk Sani&abahnya sedang lena dalam tidur mereka..sedang saya masih bersengkang mata sacara tidak rela..hehehe..Mana tidaknya, tidak selesa dgn keadaan perut yg semakin membesar, nak cari posisi tidur yang betul2 selesa, dan juga keacapan (bukan acapan ek tp read: kekerapan) ke bilik air...Letih dibuatnya, tp still tak dapat tidur jugak...hmmmm

Walaupun awalnya malas betul nak menghidupkan laptop..tp akhirnya laptop juga yang menjadi mangsa..Apa lagi,laayankan je lah ye..

Skrg ni..musim takde air..(bekalan air terputus). Actually bukanlah sebab kemarau, tapi masalah Syarikat AIr Kelantan yang mahu meng'upgread' logi+tangki air kawasan tanah merah katanya..Masuk hari ini sudah 9 hari kami takde air..(bayangkanlah kawan2..nak guna air tadahan dirumahpon kene budget+sgt2 berjimat).. Bermula dari hari pertama 31st Dec tahun lepas sampai sekarang.. Apa yang lebih menyentap jiwa raga..3 hari kebelakangan ini, mmg langssung tiada air walau setitik dan sekejap pun.. which mean it is getting more worst than before..Sebab, sebelum ni..walaupon takde air..tapi pada sebelah malam or midnitenya..ade jugak air yang keluar dr paip walaupon kecik..Kira boleh lah kami buat preparation menadah air utk hari esuknya...Tp skrg , jangan mimpi..harap je nak tengok air...huhuhu...Bila my husband buat aduan dan refer problem ini pada syarikat Air kelantan (bghn Kota Bharu: HQ)..rupa2nya dikhabarkan bahawa pam air kawasan tanah merah ini sudah terbakar.....Tak ke bertambah tragis kondisi kami...huhuhuhu......Mula2 dulu dgr khabar (dr sykt air tnh merah sndiri)..kerja2 mengupgread+baik pulih akan berlarutan hingga bulan Febuari 2010. tetapi..bila dgr kes pam air terbakar ni...rasenye..mungkin kami akan berterusan ketiadaan air lebih lama dari itu... kesiannya kami dan sekalian rakyat kelantan yang menderita seperti kami...huhuhuhuhu.....

Jadi, akibatnya..ramai dikalangan penduduk kampung mengatasi masalah air mereka dgn menggali tanah untuk buat telaga mahupun utk pam borine (lebih kecil drpd telaga). Sebab ada jgk sebilangan tempat di tanah merah ni yang dah terputus bekalan air sebulan lebih lamenye (lebih lame dr saya)....

Saya? saya mmg berangan jugak nak buat pam air borine macam org lain..cumanya..rase saya sekitar kuaters rumah guru yang saya diami ni..macam takde je port yang sesuai... Sebab nak buat pam air borine mesti ade kawasan yg strategik:- jauh dr tangki kumbahan, jauh dr kawasan yang berpaya dan kawasan pembuangan sampah utk mengelakkan airnya berbau dan tercemar...

Actually, mmg ade sebuah tempat pam air borine di sekitar sekolah (skrg pihak sekolah+kantin mmg menggunakannya), cumanya agak jauh la dr rumah saya and sedikit complicated kalau nak pasang pam disitu..

sudahnye..husband membeli getah paip yang sepanjang 100 kaki (kalau tak silap lah), dan disambungkan ke kantin sekolah dan dislaurkan kerumah kami utk tujuan menadah air buat simpanan kami. Oleh itu, terima kasih yang teramat sgt buat pihak kantin sekolah Sk Ipoh yang sudi memberi ihsan kepada kami utk mendapatkan bekalan dan simpanan air dirumah, jazakumullahukhairan jaza'...

Oh Air...kenapalah payah nak ade air?..kenapalah lame sangat takde air?....lemah badan bila air takde lame2an ni...Tp sesekali tu, terkenanglah pulak zaman2 kat maahad muar dulu, yang selalu takde air (mase batch kami le..)...Bertebaran dan bersainganlah warga2 aspuri nak mandi disekolah. Seawal 2-3 pagi dah beriringan+beramai2 membawa baldi, tuala dan segala peralatan mandi, utk dptkan turn mandi awal..kalau tidak beratur panjang le gamaknye...Antara blok2 sekolah yang menjadi port: Blok B-tandas bdk laki2 ground floor (time ni takde bdk laki pon merayap.semua bdk pompuan congker), tandas2 guru level 2 and tandas bdk pompuan level 3. Blok C-tandas ground floor n level 1. Saluran air paip (byk paip) di belakang Bilik kemahiran hidup (mandi berjemaah le gamaknye sambil cuci kain baju yang bertambun byk) and Lagoon (ade 2-3 tangki besar yang menyimpan air. terletak diantara dewan makan aspuri dan aspura). kalau mandi kat sini pon, mandi berjemaah le juge konsepnye..huhuhu...Tapikan, bila fikir2 balik, apsal ek aspuri takde selalu takde air sedangkan tempat lain dlm skolah ade?..hmmmm.....confuse...confuse....


Okehlah kengkawan...maka dipendekkan cerita..morale of da story; hargailah air dirumah kita seadanya..elakkan pembaziran..guna dgn cermat dan bijak...nanti bila dah takdak air...siapa yang susah? kiteee jugak... Masa tu, barulah nak belajar berjimat...huhuhuhu....Takde makne.....sengsara lagi ade sebab tak biase....


sekian..

waAllahualam wassalam...

No comments:

p r e v i o u s L i N K s

Blog Widget by LinkWithin