Teks: Latifah Suleiman
Assalamualaikum wbt
Selamat Sejahtera
Salam 1 dunia
Apa khabar kesayangan Che'Pah semua? DOA che'Pah moga anda sihat walafiat terutama dah dekat nak berpuasa ni.
Hari ini Che'Pah nak share pengalaman keguguran Che'Pah.
Ini adalah kandungan yang ditunggu-tunggu kami suami isteri.
Namun..apakah daya kami..usia kandungan hanya sehingga 5/6 minggu.
Awal-awalnya..2 3 hari yang lepas..che'pah dapati ada spot coklat. Hati masih positif since bukan darah fresh.
Google di forum2 ibu, pendarahan di awal hamil biasa juga berlaku.
Ada yang sampai 15 hari turun fresh blood..sebab itu che'Pah tetap positif.
Tambahan pula..tiada tanda2 sakit seperti senggugut..dan darah hanya keluar bila che'pah banyak berjalan dan naik turun tangga..
Jadi che'pah tetap yakin dan tawakkal pada Allahusubhanahu wataala yang kandungan ini selamat.
Refer kakak dan rakan yang doktor, nasihat mereka bedrest dan tunggu for another 2 weeks
Cuma sehingga khamis baru ni 26 Jun 2014..hati rasa tak sedap..Kata che'Pah dalam hati, macam2 mana pon mesti find out sebab apa bleeding and adakah memang sahih miscarriage
So..Pagi tu..terus ke Hopital kerajaan di Tanah Merah.
Di hospital, doktor Buat VE ~ check jalan
Menurut Doktor..Kalau kita scan atau chek darah (HCG), kita just tahu fasal mengandung.
Check jalan ni perlu sebab kita nak tahu jalan terbuka atau tidak (since berlaku pendarahan)
Jika jalan TIDAK terbuka..itu tandanya..Kita masih ada harapan 50-50 untuk kehamilan tersebut berjaya.
Dan jika sebaliknya..itu petanda keguguran akan berlaku bila-bila masa.
Macam kes che'Pah, Doktor cakap jalan tak terbuka..Jadi beliau nasihatkan supaya berehat, teruskan berdoa dan makan makanan yang berkhasiat since ada 50-50 harapan.
Doktor pesan jugak supaya monitor darah keluar makin banyak atau tidak
Mendengar penjelasan doktor, gembira rasa dan sangat-sangat bersyukur yang che'Pah masih ada sinar harapan.
Che'Pah Pulang tanpa dapat sebarang ubat dari doktor.
Che'Pah request dan tanya juga..kenapa Dr tak bekalkan pil Duphaston sebab kebanyakan kes pendarahan ketika awal kehamilan doktor mereka bagi pil tersebut..
Menurut Doktor yang merawat che'Pah ..DUPHASTON hanya pil hormon. Makan pil ni untuk stabilkan hormon hamil kita..maka bila hormon hamil tu stabil, rahim pun kuat (bersedia untuk kehamilan tersebut)
Pun begitu bukanlah DUPHASTON yang menentukan kandungan kita selamat.
Kata Doktor Cina tersebut..che'pah tak perlu lagi ambik sebab awal sangat.Doktor hanya berikan temujanji berikutnya pada 30 Jun 2014 ini dengan doktor pakar.
Maka balik lah che'Pah dirumah.
Selepas sediakan makan anak dan suami, che'pah terus rehat masuk bilik.
Taknak stress..taknak fikir apa2..hanya yang sangkaan yang baik2 serta fikiran yang positif sahaja.
Malamnya ketika che'pah sedang duduk melayan Sani~anak sulong che'Pah..
Tiba2..tanpa rasa sakit..tanpa sebarang tanda..rasa ada something berketul keluar di pad yang sedang dipakai.
Bila ke bilik air tengok..
Ada 2 ketulan darah!!
1 bersaiz 1 cm seperti janin
Dan 1 lagi gumpalan darah seperti uri.
Bila tengok dan perhati..memang tidak syak lagi.
Che'Pah snap pic..sebab nak refer pada kakak che'Pah yang pernah ada pengalaman bleeding dan misscarriage.
Gumpalan darah ni tidak bersarung.
Mungkin janin yang keluar dahulu.
Sarung masih tinggal di dalam rahim (sebab sehingga entry ini ditulis, sarung masih belum keluar).
Selepas keluar..still takda lagi rasa sakit senggugut atau sakit pinggang dan yang seumpanya.
Jadi..Che'pah cuba buat biasa.
Sehinggalah pagi tadi..
Che'pah dah mula rasa krem di bahagian perut bawah.
Sekarang ni pun masih bersisa rasa kebas2 di bahagian yang sama.
Mungkin darah tak keluar habis lagi.
Since sejak 2 gumpalan darah tu keluar..darah sikit je pun keluar. Tak penuh pun se pad.
So, che'Pah decide nak teruskan makan bcompleks , vit C dan ESP shaklee sahaja.
Kemudian nak add on juga ALFALFA, Vivix dan GLA sepanjang tempoh berpantang gugur ni.
Hari isnin 30 hb..Followup dengan pakar.
Nak tahu jugakkan apa masalah che'Pah..rahim tak kuat kenapa? and macam mana pula bila ditakdirkan mengandung lagi.
Okehlah everyone..
Semoga ada manfaat buat semua.
Entry che'pah ni bukan tujuan nak takut2kan mommies semua..
Tujuan Che'Pah nak share dengan viewers terutakanya yang senasib dengan che'Pah.
Bukan senang ya..sebenarnya..nak betul2 rasa positive dan terima dengan hati yang terbuka..bukan semudah itu.
Emosi kami amat sensitif ketika ini dan sangat memerlukan sokongan dari keluarga dan pasangan.
Bagi che'Pah..
Che'Pah cuba.
Iya..kita dah ikhtiar macam- macam.. tetapi dalam hal ini siapalah kita nak mengingkar takdir Allah.
CHe'Pah pujukkan hati..didik jiwa yang lara ni..supaya Bersangka Baik dengan Apa yang Allah aturkan.
Mungkin Allah nak gantikan dengan yang lebih baik.
Maka..Redhalah pemergiannya seadanya..
Istighfar banyak..mohon Supaya Allah tak bolak balikkan hati kita..
Mintak dengan Allah kekuatan untuk kita teruskan kehidupan.
ELAKKAN dari membandingkan diri kita dengan sesiapa..kerana ia lebih membuatkan kita rasa rendah diri dan tertekan.
Akhirnya..
Salam sayang dari Che'Pah buat semua.
Che'Pah doakan kita semua kuat menghadapi Ujian Kecil ini..amin ya rabbal'alamin
WaAllahualam
Wassalam