AHLAN WASAHLAN

UKHWAHFILLAH

JAZAKUMULLAHUKHAIRAN JAZA'

JOIN US TODAY!! BE AMONG US!! WE ARE PROUD TO BE AMONG THE JUTAWAN FAMILY. LETS SHAKLEE

Tuesday, June 24, 2014

TIPS MENGUATKAN RAHIM


Teks: latifah Suleiman aka Che' Pah

Assalamualaikum wbt
Selamat sejahtera
Dan salam 1 Malaysia


Apa khabar viewers yang Che'Pah Rindui?..Lama betul tak bersiaran..lama betul tak bersua di alam maya..Allahuakbar..Allah je yang tahu rindu Che'Pah berblog macam mana..Allah je yang tahu betapa Che'Pah juga tersangat rindu dengan anda semua

Hari ni Che'Pah nak berkongsi sedikit ilmu dengan anda semua terutama buat para ibu dan bakal ibu diluar sana.
Ramai di kalangan kita teringin menimang cahaya mata. Ada yang sangat mudah lekat sebab rahim yang kuat..Ada yang terpaksa menunggu lama..ada yang dah melalui keguguran sebab rahim tak kuat..


Macam-macam yang terpaksa dilalui demi untuk seoranng zuriat penyambung kasih sayang kita dan suami.
Untuk ibu-ibu diluar sana..selain dari ubatan hospital seperti pil dan injection, kita juga disarankan mengamalkan doa-doa berikut...


Ayat tahsin atau doa-doa ini dibaca dengan meletakkan tangan pada perut untuk mengukuhkan kandungan agar tidak mudah gugur serta mengelak dari gangguan makhluk halus yang cuba menggugurkan kandungan.

1. Surah Fatir (فاطر) ayat 41:

إِنَّ اللَّهَ يُمْسِكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ أَنْ تَزُولا وَلَئِنْ زَالَتَا إِنْ أَمْسَكَهُمَا مِنْ أَحَدٍ مِنْ بَعْدِهِ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا (( ٤١
Ertinya: Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. 
Sesungguhnya Dia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.


2. Surah al-Hajj (الحج) ayat 65:

وَيُمْسِكُ السَّمَاءَ أَنْ تَقَعَ عَلَى الأرْضِ إِلا بِإِذْنِهِ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ (٦٥)
Ertinya: Dan Dia pula menahan langit daripada runtuh menimpa bumi, kecuali dengan izinNya; sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihanNya dan rahmatNya kepada umat manusia.


3. Kemudian berdoa:

يَا الله وَالَّذِي أَمْسِكِ السَّمَاءِ، أَمْسِكْ مَا فِي بَطْنِي
Ertinya: Ya Allah yang menahan langit, tahanlah apa yang ada dalam perutku ini (anak dalam kandungan).


4. Surah al-Kahfi (الكهف) ayat 14:

وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لَنْ نَدْعُوَ مِنْ دُونِهِ إِلَهًا لَقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا (١٤)
Ertinya: Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.


5. Surah al-Ra’d (الرعد) ayat 11:

يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ... (١١)
Ertinya: Menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah.




TERDAPAT juga suplimen yang baik untuk kita amalkan sedari Awal kita MERANCANG UNTUK HAMIL, dan SEPANJANG TEMPOH hamil.
Kesemua Suplimen ini adalah keluaran Shaklee; SELAMAT+ HALAL dan SEMULAJADI=




1.VITALEAVitalea Shaklee ini adalah suplimen multivitamin yang melengkapkan nutrisi harian kita.

Vitalea menjadikan kita lebih bertenaga, membantu proses pembesaran dan sangat sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami masalah Hb rendah.




2.BCOMPLEX 
BComplex merupakan tablet suplimen untuk anti stress. Bcomplex Shaklee diperkaya dengan ASID FOLIK

Seperti yang kita ketahui, Asid folik sangat penting untuk pertumbuhan janin.
Kekurangan Acid Folik boleh menyebabkan kecacatan dan terencat aqal.
Mereka (kedua-dua suami dan isteri) yang merancang untuk hamil digalakkan mengamalkan Asid Folik sedari awal sebelum disahkan hamil.





3.ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) 
ESP membekalkan protein yang diperlukan oleh tubuh. Protein ini merupakan makanan Sel.

Amalan minum ESP juga sangat bagus untuk menyediakan Rahim yang lebih sihat dan kuat sebagai persediaan kita untuk hamil dan juga sepanjang hamil





4.VITA C PLUS
VITA C biasanya kita amalkan untuk meningkatkan sistem imun tubuh dan mencantikkan kulit.

Mengapa kita kena Amalkan Vit C sepanjang merancang untuk hamil dan sepanjang hamil?

Vit C ini membantu mengekalkqn kapilari darah yang sihat serta menghalang pendarahan dalaman.

Selain dari itu, amalan Vit C ini juga dapat mengurangkan sakit bersalin.
Keempat-empat suplimen ini adalah ikhtiar kita. Sebaik-baik penyembuhan pastinya ALLAHU SUBHANAHU WATA'ALA.


Makanya, menjadi kewajipan.kita semua agar sentiasa bebaik sangka terhadapNYA.
Seiring dengan usaha dan ikhtiar kita..JANGAN LUPA untuk seiringkan dengan doa dan sepenuh harapan serta tawakkal agar ALLAH permudahkan urusan kita..kuatkan rahim kita dan pelihara janin yang berada di dalam rahim kita.


Bagi yang pernah ada sejarah gugur, atau masalah rahim tak kuat, kena elakkan dari dari buat aktiviti yang lasak, angkat barang berat mahupun stress.

Kena banyak berehat dan sebaikknya ambillah cuti..
Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain kerana itu membuatkan kita lebih tertekan dan rasa rendah diri.


Yakin bahawa kita insan terpilih dan pasti ada hikmah yang tersirat kenapa ALLAH uji kita begini..InsyaAllah.

Selamat mencuba ya.


Jika sebarang pertanyaan dan kemusykilan, boleh je direct contact che'Pah di
0142982830

Che' Pah juga bersedia memberikan khidmat nasihat PERCUMA buat ibu-Ibu yang ingin mendapatkan suplimen Shaklee di atas.
Salam sayang.
Che'Pah



Posted via Blogaway

1 comment:

sHaRiNa eLyaNa said...

shaklee mmg femes skg kan..insyallah entry ni buat rujukan bila dah khwn n mngndung nnt..hihi btw slmt bpuasa ya :)

p r e v i o u s L i N K s

Blog Widget by LinkWithin