AHLAN WASAHLAN

UKHWAHFILLAH

JAZAKUMULLAHUKHAIRAN JAZA'

JOIN US TODAY!! BE AMONG US!! WE ARE PROUD TO BE AMONG THE JUTAWAN FAMILY. LETS SHAKLEE

Showing posts with label Vivix. Show all posts
Showing posts with label Vivix. Show all posts

Wednesday, September 3, 2014

TESTIMNONI SHAKLEE COLLAGEN POWDER

JOM CAKNA: part 33

INI testimoni che'pah sendiri.

PARUT adalah kesan tumpahan air panas mendidih

LIHAT kesan parut setelah seminggu Consume ESP+VIVIX dan 3 hari consume #Kolagenshaklee

Alhamdulillah. Berbeza!

☺Whatapps@Call@sms Che'Pah 0142982830

FOR MORE INFO:
#SHAKLEECOLLAGENPOWDER http://latifahsuleiman.blogspot.com/2013/01/my-love-shaklee-collagen-powder.html

#TagsForLikes.COM #TFLers @TagsForLikes #shakleeEffect #pengedarsahShaklee #shakleelovers #sayajualshaklee #pengedarSahShakleeKelantan #pengedarSahShakleeTanahMerah #vitalovers #kolagenshaklee #pengedarSahShakleeSabah #pengedarSahShakleeSarawak #pengedarSahShakleeUtara #ipgm #uiam #uitmdihatiku #politeknik #uitmPuncakAlam #uiamgombak #latifahsuleiman  #ShakleeCollagenPowder #PromoKolagen #kolagenMurah
#PromosiShakleeCollagenPowder
#SCP #TagsForLikes.COM #TFLers @TagsForLikes

Wednesday, May 29, 2013

LETS VIVIX

KETAHUI RAHSIA DI SEBALIK PROMO VIVIX 2013
=======================
Assalamualaikum.
Apa habaq?
Salam ceria gumbira bahagia buat viewers Awesome Che'Pah semua.
Hari ni Che'pah nak kongsi satu berite dan ilmu yang Baru sangat Che'pah dapat.
UOLLS tahu tak promo ViVix ni tinggal lagi 2 hari?? Uolls sedar tak promo Vivix sampai hujung bulan ni je??
Uolls perasan tak,  if beli Vivix time promo ni uolls layak dapat:

★ FREE MEMBERSHIP (jimat rm65)

★ FREE POSTAGE ( JIMAT RM 10)

★ FREE POINTS 708 UV

★ CASH BONUS RM 250

★ VIVIX Pada Nilai RM 76 !!!!



JOM SIASAT !!
******************
MACAM MANA NAK DAPATKAN VIVIX DENGAN NILAI RM 76 SEBOTOL??

Langkah-langkahnya:
1. Beli VIVIX promo (buy 6 free 1) utk dptkan FREE membership.
Hrga member vivix  sebotol RM 380.

If buy 6 free 1

Maksudnya RM 380 X 6 ÷ 7 botol
= hrga sebotol jatuh RM 326 sahaja.

2. Kita kumpulkan 6 orang (kawan2 dan famili) yg berminat nak dptkan VIVIX.
~ setiap mereka termasuk kita kena bayar rm 326.

3. Bagaimana kita boleh dpt VIVIX Nilai RM 76?
Sbb total points atau UV bila kita beli 6 vivix tu = 708
UV 708 Ini layak dpt CASH BONUS RM 250.

4. JADI yang sebenarnya nilai Vivix yg kita beli tu RM 76.
Sbb RM 326 (yg kita byr) - RM 250 (tolak bonus Yg kita dpt) = RM 76


**tapi bonus rm250 ni masuk pada 15 Jun nanti.
**Jadi dapat COVER la modal rm326 kita tu. IBARAT kita bayar Vivix dgn hrga RM 76 je.


Amacam? Ada berani? 

Takda Istilah dah lambat JIKA ANDA mulakan hari ini!

Contact Che'Pah segera for more details ya♥
Lega rasa bila dpt share info ni..
Thanks dear..luangkan masa baca


________________
Salam sayang♥
★ Che'Pah Shaklee ( id 913411 )
★ contact no 0142982830 ♥
★ Jemput LIKE page Vita Lovers
ADD Che'Pah di FB anda : Latifah Suleiman


Monday, May 6, 2013

BERSALIN: 5 TIPS MENERAN ??!!

Bismillahirrahmanirrahim...

AMARAN: Ini adalah sharing moment daripada pengalaman diri sendiri. Saya bukanlah seorang doktor mahupun bidan. Sekadar mahu berkongsi Ilmu dan Kemahiran Meneran Untuk bersalin normal yang saya dapat ketika melahirkan anak kedua dengan bakal-bakal ibu seantero dunia. Teknik ini mungkin tidak sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan, atau mereka yang deliver baby dalam swimming pool atau lain2 kaedah yang tidak disebutkan disini. So, please read at your own risk. Mudah2an adalah manfaat untuk bakal ibu semua, dengan Izin Allah...

(KLIK DISINI untuk suplimen sepanjang Hamil, selepas melahirkan, berpantang dan sepanjang penyusuan susu ibu eksklusif)

Alhamdulillah....

Ada kelapangan dan dgn Izin Allah untuk saya berkongsi tips dengan viewers..InsyaAllah saya nak share TIPS MENERAN. Tips meneran? Ye. Tips meneran ketika berlaku kontraksi saat-saat untuk melahirkan bayi, atau dalam bahasa mudaah, 5 tips meneran ketika kita sedang sangat mahu beranak!!... 

Maaf. kasar bunyinya. Ini kerana saya harap viewers tak salah faham atau tersalah anggap kalau kalau-kalau tips meneran untuk bersalin ini disalah erti dengan tips membuang air besar atau berak qada' hajat.

Actually, lama dah saya berhajat nak share  5 TIPS MENERAN KETIKA BERSALIN nih..sejak saya berjaya melahirkan anak kedua saya secara normal, alhamdulillah..Dan saya sedar bahawa saya telah melakukan kesilapan kerana tidak mengaplikasikan tips dan skill yang betul ketika bersalin anak sulung terdahulu (anak sulung saya ceaser) . Almaklumlah, anak sulung..mmg takde experience/pengalaman kan...

Jadi, tunggu punya tunggu...tolak tambah tanggapan org ramai yang akan mengblack list atau melabelkan blog saya 18 SX...maka akhirnya tercapai la hajat malam nih..eerr pagi2  buta  nih, saya nak share dalam blog ni..(mak haaiiihhh..siket punya panjang daa intro..points tak sampai lagi...ngengengengeeeee...sori ek, lepas gian kes lame tak berblog..hehehehe).

Masa anak 1st dulu, nurse and doktor, just cakap suruh: push! teran!...memang sepanjang mengandung, ade buat pembacaan tips nak senang bersalin..cara2 nak teran pun ade..tp tu sume teori..So, bila nurse dan doktor cakap teran...Kita pun teran la..baget nak apply teori2 yang kita dah baca. Kalau tanya kawan2 atau orang2 yang dah berpengalaman bersalin normal. Mesti paling-paling jawapan biasa kita dapat: "ala, macam teran nak berak.." Betul tak? takde jawapan yang details kan?..kadang-kadang, as a newly mom ni, teran lah bersungguh, sekali bukan keluar baby, tapi tah*..isyk..isyk..isyk...tragis kan..tapi tu lah yang berlaku pada saya masa anak sulung dulu..(haiihhh...malu sgt bila teringat semula). 

Alhamdulillah dan saya sgt2 berterima kasih kepada doktor dan jururawat HUSM Kubang Krian, Kelantan yang telah memberi tunjuk ajar, cara-cara yang betul ketika saat-saat getir saya melahirkan putera kedua saya dulu, jazakumullahukhairan jaza'..Ilmu yang sangat2 bermanfaat!! kini, tiba masaya saya share disini....

Sebenarnya, memang ada cara-cara tertentu / kemahiran dan tips yang perlu kita tahu,belajar,faham dan berlatih untuk meneran dengan cara yang betul ketika bersalin normal. Antara points yang penting tersebut ialah:

1 # : PERNAFASAN

        Latihan pernafasan memang lah sangat-sangat penting. Nampak remeh. Tapi latihan yang berulang kali dapat membantu kita mengawal pernafasan ketika saat2 nak meneran. Jangan ingat masuk pertandingan menyanyi je yang perlu buat latihan pernafasan.. Kita yang mak buyong (read: tengah sarat mengandung) pon kene rajin2 praktis pernafasan.

Bagaimana eh nak buat?
Mudah shj latihannya. Tarik nafas sepanjang mungkin.dan cuba tahan nafas. (Tapi buatlah sekadar yang mampu. janganlah paksa diri. Kang ade yang kene naik ambulans gi hospital.)

Rationalnya latihan pernafasan ni: 

Ketika meneran nanti..Kita perlu tarik nafas sepanjang yang mungkin, kemudian kita meneran/push sehabis teran yang kita boleh, TANPA MENCURI NAFAS ketika meneran..Ingat tu..Memang TAK BOLEH MENGELAT!! Curi nafas ketika meneran, akan membuatkan kepala baby tu termasuk semula ke dalam.. Percayalah!!! Sebab, saya dah pernah degil cuba mengelat (read: curi tarik nafas) masa meneran anak kedua dulu, doktor tegur dan larang sebab baby termasuk semula. Selain dari TAK BOLEH curi tarik nafas, Ketika meneran pon tak boleh hembus nafas..kalau anda degil jugak, ini akan menyebabkan anda kehilangan tenaga ketika meneran dan akhirnya menjadi letih. 

Sapa2 yang ada athma atau semput, atau jenis nafas pendek, baik inform doktor atau jururawat awal2, supaya mereka boleh come up dengan plan B untuk bantu anda meneran nanti..(manalah tahu kan, ade orang yang rahsiakan penyakit semput yang dialami  dari direkod dalam buku kesihatan pink tur..err ade ker...ngeeeee)

So, terang dan nyata; memang kita kena tarik nafas sepanjang mungkin, kemudian teran pun selama dan sepanjang yang kita mampu teran (tanpa mencuri tarik nafas atau menghembusnya ketika proses meneran itu berlaku)..

Habis teran. baru hembus nafas. dan tarik semula nafas sepanjang yang mungkin, kemudia teran lagi..
(ulang steps tersebut sehinggalah baby anda keluar dengan jayanya. Chaiyokk!!!)...

Perlu diingatkan. Meneranlah ketika waktu yang sewajarnya / sepatutnya. Kontraksi yang kerap (contoh: selang 5/3 minit) masih BELUM lagi perlu meneran. Itu hanya kontraksi normal bagi ibu2 yang dah nak dekat bersalin. Teran hanya bila saat2 kita rasa macam nak berak sangat2. Rasa nak berak itu, adalah petanda yang baby memang dah turun dan semakin hampir nak keluar. But make sure, bila rase kerap nak kencing atau nak buang air besar tu, sebaiknya cuba pergi toilets dahulu, kalau2 anda sebenarnya mmg nak terberak, bukan terberanak..hehehehehhe....

Bila pergi toilets, tak leh keluar tah*...aaahaaaa, mmg sahihlah tu...bukan nak terberak, tapi nak bersalin!!!

tapi, bila dalam labour room, ikutlah arahan doktor/jururawat/bidan yang bertugas..selagi, dierang tak bagi signal suh teran, jangan teran dulu ek..tahan dulu kesakitan tu..sbb dierang perlu buat persediaan dan pemeriksaan awal untuk kita dan baby dlm perut (CTG). Bila dierang kasi GREEN light suh, teran..apa lagi geng; aja aja fighting!!!! Tarik nafas panjang2 dan teranlah sepangjang yg boleh. ingat jangan ngelat!!!!

p/s: actually, ketika meneran ni, tak perlu menjerit pun..itu lebih baik. menjerit ketika meneran mebuatkan tenaga anda dibazirkan dan menjadikan diri anda lebih tension...Anda akan lebih FOKUS bila anda meneran tanpa menjerit.



2 # : POSISI @ KEDUDUKAN POSTUR BADAN

     Ini pon penting ketika mahu meneran. Sama penting macam pernafasan. Motif? Kerana ketika melakukan pernafasan yang betul untuk meneran, posisi tubuh badan ketika itu juga mesti betul KETIKA kita meneran.
Bagaimana?
(gambar dari Google. supaya nampak Gambaran. Kalau perasan pada lutut kiri wanita tu, ade besi penyokong yang dapat mebantu menyokong kaki kita)


-baring dengan keadaan kedua belah kaki terbuka luas , dan dilipatkan sedikit  kedua-dua kaki menjadi seperti betuk huruf A besar ye...(Sile dapatkan green light/arahan doktor dan jururawat dahulu bila nak buat aksi begini, karang tak memasal, kene bebel dgn dierang sbb anda terlalu memandai-mandai   advance, hehehehe)

-biasanya, jururawat akan meninggikan bahagian atas (kepala dan bahu kita) supaya dapat memudahkan kita meneran.

-dalam keadaan itu, sebaik/sebolehnya tangan kite memegang pada tumit. Orang kurus, biasa boleh buat nih. Bagi yang agak berisi macam saya   yang tak boleh nak capai tumit kaki ketika posisi baring begitu, biasanya jururawat akan letak kaki kita kedua-duanya diatas besi khas di kiri kanan katil untuk menyokong kedua-dua belah kaki kita. So, macam tergantung la. (boleh refer gambar diatas)

-2 PERKARA UTAMA yang kita kena make sure posisi kita betul KETIKA MENERAN:
------->Kepala diangkat sehingga DAGU MENCECAH  RAPAT dengan dada (betul-betul rapat).
------->Punggung dalam keadaan tetap pada tempatnya dan TIDAK terangkat (ketidak mungkin berlaku koyakan yg tenat nanti . Read: koyak rabak. Haihhh,agak2lah statement kan..sounds scary je.).

So, mase kite ready tarik nafas pangjang dan meneran tu, ketika meneran itulah kita make sure kepala dan dagu kita rapat pada betul dada dan punggung tidak diangkat. Bila, kepala diangkat dan dagu rapat betul pada dada, momentem kite meneran tu lebih tinggi. Tenaga yang disalurkan disitu lebih. Jadi daya teranan tu lebih kemas dan mantap!!

Viewers mungkin boleh tengok video youtube ni disini: video bersalin normal supaya dapat gambaran awal. Video ni okeh la siket nak dibandingkan video2 mat salleh aka foreigners (read: orang putih) yang deliver baby normal. InsyaAllah, anda tak akan merasa ngeri menontonnya. dan mungkin terdetik jugak dihati: takde lah payah mana pun... (^ ,^)V


3 #: TENAGA

Bila dah ade show atau petanda nak bersalin, kalau boleh mandi. biar badan segar. Ambil makanan dan minuman yang mengenyagkan dan benar-benar dapat memberi tenaga. Contohnya, air milo, telor separuh masak, atau telur ayam kampung mentah, susu, roti, nasi dan yang seumpama dengannya.

Mungkin, bila berlaku kontraksi terutama kontraksi kerap, membuatkan anda hilang selera atau tak lalu nak makan..Tapi nasihat saya, berusahalah biar anda mengisi perut anda dan pastikan anda kenyang.

Pengalaman anak pertama, saya tak lalu makan dan hanya minum secawan milo sebelum masuk dewan bersalin pada jam 9 pagi. Dan masih belum bersalin sehingga petang jam 6.30!! dan saya memang benar2 ketiadaan tenaga untuk meneran. (-.-)"

Berbanding dengan anak kedua; saya sudah bersiap sedia minum milo, makan telur ayam kampung mentah, makan telur separuh masak. Minum banyak air zam zam..dan alhamdulillah, bertenaga sepanjang dikerah doktor untuk meneran.

So, make sure anda makan makanan dan minuman yang berkhasiat sebelum melangkah ke medan perang dewan bersalin ok.


4 # : PERLINDUNGAN DIRI

Amalkan ayat Qursi, selawat atas nabi, doa Nabi Yunos dalam perut ikan paus , Surah 3 Qul dan Surah al-Insyirah. 

Mohon dengan Allah, muga kita dan bayi sentiasa berada dalam perlindungan dan pemeliharaanNya..dan Berdoalah tanpa jemu agar Allah dapat meringankan kesakitan dan memudahkan proses kelahiran itu nanti..InsyaAllah.

Ini adalah amalan yang saya buat sebagai seorang Muslim. Bagi rakan2 ibu yang non believers (read: bukan Muslim) mungkin anda juga boleh berdoa dengan menurut cara dan kepercayaan masing2.

Bila fizikal kita sakit, tetapi sepanjang kesakitan itu kita tahan dengan menyebut Allah berulangkali.. Kesannya, walaupun fizikal kita sedang sakit tetapi hakikatnya jiwa tenang menghadapi / melalui kesakitan itu..InsyaAllah. Kita akan jadi bersemangat dan lebih bersabar juga.




5 # : MOHON KEMAAFAN DAN KEAMPUNAN.

Bunyinya macam simple. Macam mintak maaf hari raya..Tapi sebenarnya, jika kita benar2 memohon maaf dengan ikhlas dan jujur , dengan manusia terutamanya yang terdekat dengan kita seperti suami, ibu ayah dan keluarga.. InsyaAllah , itu juga salah satu remedi yang membantu dan memudahkan proses bersalin kita nanti..

Sebab, mungkin ada salah dan silap kita yang mungkin kita terlepas pandang, dari memohon maaf sebelum ini..sehingga barangkali buat mereka terluka..Jadi, bila kita mohon maaf, dan dengan lapang dada mereka memaafkan..Itulah ibarat doa mereka buat kita.



Ok. Itulah antara tips dan skill yang perlu kita praktis, fahamkan dan apply ketika berada dalam labour room nanti ketika tiba detik untuk meneran dan bersalin.


"Habis tu, macamana dengan sakit kontraksi dan bersalin????"

Believe me, sakit hanya dirasa ketika kontraksi dan proses meneran itu sahaja. By the time baby anda keluar (keluar tu, meluncur laju macam ice skating!!! hehehehe), then terus hilang sakit yang dirasa especially bila kita lihat baby / anak yang kita berjaya lahirkan tu. MasyaALLAH!!!! SubhanALLAH!!! Memang Magis!! 

TAK terterkata dengan perkataan. Betapa Agungnya kuasa Allah yang memberi peluang kita merasai kesakitan itu, berhempas pulas dan bertarung nyawa melahirkan baby...tetapi bila anak itu lahir dan kita melihatnya, bukan perit atau menyesal tetapi kita tiba-tiba merasa syahdu dan gembira sehingga lupa kesakitan ketika proses melahirkan sebentar tadi!!! dan pasti juga kita berasa insaf betapa besarnya pengorbanan ibu kita ketika mereka melahirkan kita dahulu. Yang paling penting saat-saat getir & rumit itu menjadi kenangan paling manis dan pengalaman paling hebat dalam hidup kita!! ALLAHUAKBAR!!

Ok.
Kembali kepada menjawab soalan di atas.

Seandainya, andai benar-benar sangat tidak dapat menahan kesakitan, mungkin anda boleh request dengan doktor GAS ETONOX untuk mengurangkan kesakitan yang anda rasai. Kita yang tak belajar medic, mungkin tak tahu kewujudan gas etonox nih, tapi para doktor/jururawat yang nak bersalin, biasa request sebab dierang tahu manfaat gas ini yang dapat meringankan sedikit sakit kontraksi tu. (but I'm not sure, kalau hospital lain ade ke tidak, tapi HUSM Kubang Kerian, Kelantan ade)

Saya request. Personally, mmg hebat penangan gas ini. Pengalaman sendiri, mmg dapat melegakan rasa sakit kontraksi dan jugak ketika selepas bersalin (read: ketika nak jahit tempat sulit itu).

Negatifnya; bila kite sedut gas ni bersungguh-sungguh sangat...Ada macam sedikit ketagih nak sedut lagi dan lagi.. Lepas tu macam tetiba shj kita dalam mimpi. Apa yang kita termimpi itu adalah apa perkara yang terakhir yang berada dalam fikiran kita. Mungkin lebih kurang macam orang hidu gam barangkali. Sebab saya memang bersungguh-sungguh menyedut gas etonox itu..huhuhuhu. 

Setelah selesai bersalin dan dijahit. Saya dihantar diwad. Dan mungkin kesan daripada over gas etonox tersebut, saya pening. dan bercakap tanpa saya sedar apa yang saya sedang cakapkan!! Dan apa yang saya cakapkan, itu rupa2nya apa yang saya dok standby dalam kepala nak tanya & request jururawat, kalau-kalau ada bilik kosong di wad kelas 1...ngengengeee(alhamdulillah, tak cakap bukan2..ketidak tak memasal masuk wad psikitaris..nauzubillah!!!)

Bila dalam wad tu..siap terdetik; boleh tahan jugak gas etonox nih..Haihhh...Agaknya, macam tulah keadaan orang2 yang ketagihan hidu gam. Nauzubillahinmin zalik. Mintak dijauhkan....

Actually, pengalaman menggunakan gas etonox ketika kontraksi dan bersalin ini, hanyalah pengalaman senndiri dan peribadi semata-mata. Kesannya mungkin berlainan bagi setiap individu. Jadi, untuk maklumat yang lebih Ilmiah, ada baiknya viewers baca dan klik disini ; GAS ETONOX DALAM LABOUR ROOM . atau di sini untuk maklumat versi Bahasa Inggeris. 

Oklah geng, 

that's all yang dapat dikongsikan. Sedikit pengalaman yang diharapkan dapat mendatangkan manfaat dan juga memberi impak maksima buat kaum hawa yang bakal bergelar ibu. Actually, tips ni jugak untuk panduan diri, hehehehe standby untuk anak ke3 dan onwards jika ade rezki nanti, insyaAllah...


Akhirnya; Selamat berjuang untuk Ibu-Ibu semua!!! Chaiyoookkkkk!!!! ALLAHUAKBAR!!!

Doa saya buat anda semua, semuga dapat melalui saat2 getir melahirkan ini dengan begitu tenang, amin ya rabbal'alamin....Take Good care Always!!!




(KLIK DISINI untuk suplimen sepanjang Hamil, selepas melahirkan, berpantang dan sepanjang penyusuan susu ibu eksklusif)

Pesanan Khidmat Masyarakat:
----------------------------------
Che'Pah Shaklee (id 913411)


Pm/Whatsapps/contact : 0142982830


Jom LIKE page Vita Lovers ( https://www.facebook.com/ShakleeLovers )

jemput ziarah: www.latifahsuleiman.blogspot.com



Ilalliqa'



Waasalam














Friday, January 18, 2013

VIVIX GIVE AWAY CONTEST 2013

Bismillahirrahmanirrahim...

Lets Join Us!!




Bersempena dengan MAULIDURRASUL Yang bakal menjelma ini..Secara Rasminya Che'Pah ingin mengumumkan GIVE AWAY CONTEST buat customers yang disayangi .

Contestnya Saangat Mudah. Tetapi Hadiahnya..Lumayannn!!! Berbaloi2 buat anda semua..InsyaAllah..


Ini langkah-langkah yang perlu anda buat:

1------ Mesti ada FB account (WAJIB) dan blogs (optional)

2------Membuat pembelian mana-mana produk SHAKLEE dengan ChePah sebanyak RM 230 (ini paling minimum..Lebih pon takpa. Total RM 230 ini dalam 1 resit dan TIDAK termasuk kos pos ya.)

3------Tekan LIKE di page fb kami: Vita Lovers

4-------Kemudian, Pilih dan Klik pada Shows Newsfeed (atau dlm B.Melayunya: Paparan Suapan Berita) 

3------Snap/Capture/ Ambik 1 gambar anda bersama Mana-mana produk SHAKLEE yang paling anda minati dengan gaya/pose yang paling kreatif! (pastikan menutup aurat,original dan tak menimbulkan kontroversi)

4------Pada setiap Gambar tersebut, Catatkan mengapa anda jatuh cinta dengan SHAKLEE (tidak lebih daripada 10 patah perkataan. Pastikan slogan anda paling kreatif, outstanding dan original)

5------Post Gambar tersebut pada Wall peribadi FB anda.

6------Post Gambar tersebut di page fb kami: Vita Lovers

7--------Invite/Promo Rakan-rakan Anda untuk LIKE page fb kami : Vita Lovers 

8--------Minta sokongan rakan-rakan anda untuk LIKE gambar yang anda Post tersebut di wall FB page  kami : Vita Lovers 

9------Promote url/link Give away contest ini di Wall FB anda (WAJIB) dan di blogs (optional).

10-----Patuhi syarat2 penyertaan.




SYARAT-SYARAT PENTERTAAN:

-Setiap Penyertaan adalah asli dan bukan diciplak atau diambil daripada mana-mana pihak lain.

-Penyertaan adalah layak bagi setiap pembelian RM230 dan ke atas dalam 1 resit (tidak termasuk kos pos)

-Bagi Pembelian yang bernilai/berjumlah sekali ganda drpd nilai diatas, dalam satu resit (cthnya RM 460)..Anda layak untuk menghantar 2 penyertaan.

-Bagi pembelian yang bernilai RM 550 dan keatas , dalam satu resit (tidak termmasuk kos pos). Anda layak menghantar seberapa banyak penyertaan yang anda suka. (namun hanya 1 penyertaan yang layak dimenangi)

-Bagi mereka yang sudah berdaftar menjadi Ahli SHAKLEE, syarat melayakkan anda menyertai dan memenangi Give Away Contest ini; ialah setiap uv yang terkumpul daripada belian tersebut milik penganjur. Ini bermaksud, anda masih layak mendapatkan/membuat belian dengan harga ahli anda tetapi menggunakan id penganjur .

-Bagi mereka yang belum berdaftar Ahli SHAKLEE, anda berhak menyertai Give Away contest ini dengan harga promosi special daripada Che'Pah.(just ask me ok)  

----Jika sekiranya anda berminat Untuk mendapatkan harga Ahli; anda boleh register membership dengan Che'Pah beserta bayaran keahlian RM65. Kos ini akan dikira/ dimasukkan dalam jumlah belian anda..(Yuran keahlian adalah PERCUMA jika item belian anda tersebut bernilai 200 UV).  

(****Mereka yang mendaftar keahlian dengan Che'Pah akan automatik mendapat 10 markah bonus percuma).



-Hanya terbuka kepada Serious Buyer / Pelanggan yang benar-benar ingin membuat pembelian.

-Hadiah tidak akan ditukar dengan wang tunai,

-Bagi isteri-isteri dan anak-anak sila dapatkan kebenaran para suami dan ibu bapa anda.

-Keputusan Hakim adalah muktamat.

-Pemenang-pemenang akan dikira berdasarkan kiraan LIKE paling banyak (pada gambar anda yang di post di page Vita Lovers) , gambar paling kreatif dan catatan paling menarik.

----Setiap penyertaan (gambar dan catatan) tersebut adalah menjadi hak milik penganjur dan dilarang dari diterbitkan semula atau diguna pakai tanpa izin penganjur.

(****Mereka yang mendaftar keahlian dengan Che'Pah akan automatik mendapat 10 markah bonus percuma).

-Senarai Pemenang akan diumumkan pada 31 MAC 2013 di Page Fb kami : Vita Lovers dan juga Blog penganjur: www.latifahsuleiman.blogspot.com

-Para pemenang hendaklah memberi maklum balas dengan menghubungi pengajur untuk tuntutan hadiah dalam tempah 14 hari bekerja.

-Tarikh tutup Penyertaan: 30 MAC 2013 (jam 12.00 malam, hari SABTU)



HADIAH UTAMA: Suplimen Versatile Shaklee VIVIX
(Jimat RM 475)


dan juga 10 HADIAH SAGUHATI Misteri untuk dimenangi.

Tunggu Apa lagi?? 

Kerana ANDA YANG KAMI CARI !

Bertindak sekarang . 

Sms @ Whatsapps Che'Pah di talian 0142982830



waAllahualam

Wassalam


p r e v i o u s L i N K s

Blog Widget by LinkWithin