AHLAN WASAHLAN

UKHWAHFILLAH

JAZAKUMULLAHUKHAIRAN JAZA'

JOIN US TODAY!! BE AMONG US!! WE ARE PROUD TO BE AMONG THE JUTAWAN FAMILY. LETS SHAKLEE

Saturday, October 16, 2010

RESEPI PIZZA PALING MUDAH


RESEPI PIZZA PALING MUDAH

Ada 6 steps je...
Nota: Sukatan di bawah ini : untuk mendapatkan 2 doh Pizza bersaiz mini (sederhana).

Bahan-bahan untuk doh:
Step 1: BAHAN A

1 cwn air suam
1 1 1 sudu kecil yis (yis kering kalau yg basah pon boleh)
2 sudu besar gula
1 sudu susu pekat manis (ni optional)

## kesemua bahan A disatu dan digaul bersama. Biarkan selama lebih kuran 7-10 minit (sehingga bancuhan tadi berbuih--mcm kite tengok susu basi )

Step 2: BAHAN B
2 cawan tepung gandum
sedikit garam

## campurkan bahan B dan digaul rata.

Step 3: BAHAN A + BAHAN B = BAHAN C (untuk jadikan DOH)
CAMPURKAN Bahan A (yang sudah berbuih tu) dengan Bahan B—gaul biar rata. KALAU Nampak adunan macam keras, tambah sedikit air. Kemudian biarkan sehingga adunan itu naik tinggi. Tutup dengan kain. Part ni-- boleh tunggu lebih kurang 1 ½ jam... Tapi lagi lama kita biarkan adunan tadi, lagi bagus.


Step 4:
Setelah adunan itu naik tinggi—Uli @canai doh tadi. Lebih lama/berulang kali kita uli@canai, roti pizza kita akan jadi lebih lembut.. dan akan maintan lembut walaupun dah sejuk.
Doh ini dibahagikan kepada 2 bahagian—utk buat 2 pizza lah ni. Macam saya; bila dah bahagi 2 pun, saya still uli@canai setiap doh tu,sebelum dicanai dan dileperkan menjadi base pizza.
Doh yg siap dileperkan—letak dalam tray.

Nota:supaya doh tak melekat pda tangan--sblm menguli doh tu, sapu siket minyak masak pada tangan.
Jangan lupa, sapu majerin dlm tray@loyang sebelum letak doh tu..

Step 5: Untuk isi@lauk untuk atas pizza (Bahan D)
Nota: Actually..part ni adalah terpulang kepada citarasa anda..apa bahan yg anda nak letak, pedas atau tidak—semuanya anda yang menentukanyan. Tetapi disini, saya just bagi yang basic jelah—sebagai panduan dan gambaran

Bahan untuk lauk/inti (bahan D):
Sos tomato/ cili
Daging hancur
Lada banggala@capsicum yang dihiris
Buah zaitun yang dihiris
Cendawan butang yang dihiris
Sosej/fishball yang dihiris
Nenas manis yang dipotong kecil.(yg dlm tin lagi mudah)
Bawang besar yang dihiris
Minyak zaitun (optional)
Origano (optional—untuk mendapatkan aroma pizza yg best)
Mayonis
Cheese Mozarela (lebih mudah yg sudah diparut)


# Sapu diatas bahan C (base/roti pizza) tadi dengan sos.
Rata dan Sapukan diatas lapisan tadi dengan daging hancur.
Tabur bahan2 yang sudah dihiris (termasuk nenas) mengikut kreativiti anda.
Letak mayonis dan taburkan cheese parut tadi.


Step 6:
# Pizza yg siap ditouchup—bolehlah dibakar dalam oven selama lebih kurang 20 minit.---api atas dan bawah.
Nota: Darjah/suhu kepanasan bergantung pada jenis oven masing2. Kalau oven elektrik yg bersaiz kecil; 210’c. kalau oven besar lebih kurang 110’c. Kalau guna oven tradisional jenama butterfly-- yang letak atas dapur,kene set api yang kecil..n bakar selama lebih kurang 35minit.

Finally--Siap untuk dihidangkan! Selamat mencuba!

Nota; Resepi ini,resepi pizza yang mudah dan sgt simple..Cuma mungkin explaination saya diatas yg Nampak mcm sedikit complicated..huhuhu…Apepun, cuba,try,test dulu oke!!! Semuga Berjaya!!




untuk hasil seperti kat ats ni, intinya saya just letak sos tomato,tabur sosej banyak2 dan mayonis..sbb ni je bhn yg ada dirumah..huhuhu





IKLAN: JOM JOIN GIVE AWAY CONTEST Che'PAh Bersempena JANUARI 2013. Klik disini

4 comments:

Mrs. Ishamizu said...

Thanks Pah! lama jgk nk tgu n uli doh dia kan..hmm how i wish i have a breadmaker..hehehe.

L A T I F A H S U L E I M A N said...

Akak,kalu ad breadmaker x le kne uli doh lame2.kompom lembut.akak,fly sane nt..kalu ad sale, I nk kirim breadmaker ngan akak bole?huhuhu..awl2 da wat request

eyeda said...

salam kak.. saye buat yang bancuhan air susu n mauripan/yeast tu.. x berbuih pon..

latifah suleiman said...

Eyeda

If tak berbuih,
Cuba letakkan air secawan air panas diBAWAH bekas tersebut..

Then tunggu n lihat..
Biarkan sampai naik buih

p r e v i o u s L i N K s

Blog Widget by LinkWithin