AHLAN WASAHLAN

UKHWAHFILLAH

JAZAKUMULLAHUKHAIRAN JAZA'

JOIN US TODAY!! BE AMONG US!! WE ARE PROUD TO BE AMONG THE JUTAWAN FAMILY. LETS SHAKLEE

Thursday, May 16, 2013

SHAKLEE: Apa yang saya dapat ? (Part 3)

Bismillahirrahmanirrahim


kreadit to nanny Master Iffah Anuar for dis sweet and meaningfull #lesson.


Hai semua..Apa khabar? Salam ceria..Salam bahagia Gumbira buat viewers setia dan new comers blog ni..Saaaaayang korang Ketat2 .

Alhamdulillah..
Che'Pah dipanjangkan usia, dan Allah bagi peluang lagi utk buat Sharing Moment dengan anda Semua.

Ok.Entry kali ini utk janji ditepati..Che'Pah nak Share ttg Bonus UTAMA ketiga yang kita akan dapat daripada Shaklee.. Untuk yang tertinggal entry seblum ni..boleh klik di sini: PART 1 dan PART 2

Syukur ALHAMDULILLAH, Che'Pah telah layak dan dah pun merasa CAR BONUS SHAKLEE pada JANUARI 2014.





Jom, che' pah Stori mori..Disebalik BONUS KERETA Shaklee yang awesome ni....



# 3 CAR BONUS / BONUS KERETA
--------------------------------------------------


CAR BONUS atau bonus kereta Shaklee adalah Idaman Setiap Pengedar Shaklee yang Sah macam Che'Pah..Berjayanya kami mendapat Car bonus ini merupakan salah satu pengukur yang business Shaklee Kami semakin berkembang maju dan pesat. 


Kenapa Car Bonus menjadi Idaman?


Kerana Car Bonus juga merupakan BONUS CASH yang Shaklee sediakan bagi menghargai kejayaan SID sebagai leaders yang berjaya perform dengan Sales drpd Group Masing2 bermula daripada RANK SUPERVISOR lagi.

Mesti ada yang Confuse..Ini Bonus Duit atau Bonus Dapat kereta? lebih kurang je..

Yang sebenar, kedua2 ini ada persamaan dan perbezaan.
Sama sebab kedua2 adalah Bonus DUIT...Berbeza sebab bonus yang kita dapat ni (ie CAR BONUS) terdapat dalam statement bonus kita bulan2.

Dan statement ini LAYAK digunakan (read : diterima bank) untuk kita gunakan buat beli kereta dengan loan bank.

Nak dapat Car Bonus ni mmg ada spesifik syarat yang kita kena capai. Yang ni Che'Pah akan stori mori bagi yang betul2 serious nak buat business shaklee dgn team Che'Pah. Okies?


Itulah serba ringkas mengenai CAR BONUS Shaklee.


Amacam? Terliur Kan?..haaaa Siapalah yang tak terliur. Tapi kalau sekadar Terliur semata-mata je..Itu namanya Angan2 Kosong.

 JIKA anda Terliur dan mengambil langkah dgn SERTAI TEAM CHE'PAH dan group eksklusif kami.,Itu namanya PUSH FACTOR. 

Maksudnya bila kita ada TARGET yang jelas apa kita nak capai..Kita akan lebih FOKUS dengan apa yang kita usahakan/sedang buat.

FOKUS dan TARGET yang jelas akan MEMANGKIN dan MENDORONG KITA berusaha dengan lebih gigih bagi merealisasikan impian tersebut..Inilah yang kita panggil sebagai PUSH FACTOR.

Apa bila Ada Push Factor..Kita tak mudah rasa down atau cepat berputus asa. PUSH FACTOR ni akan mendorong Minda Kita tanpa sedar Untuk Bertindak kearah mencapai TARGET yang kita kehendaki. Walaupon..sesekali, akan terlintas juga perasaan malas..atau give-up..TETAPI dalam pada masa yang Sama OTAK akan segera memberi signal supaya kita bertahan dan teruskan perjuangan!! Atau dengan kata lain..PUSH FACTOR ni akan merangsang Minda dan deria kita untuk berfikir dan bertindak mencari PLAN B @ penyelesaian..supaya kita dpt Kita Capai TARGET tersebut.

#PUSH FACTOR..
#TARGET YANG JELAS..
#FOKUS,,dan 
#KONSISTEN

..adalah antara 4 RAHSIA utama dalam business Shaklee. 


Dan Che'Pah berterima Kasih kepada Otai2 Team Eksklusif Kami, Master Ceri dari Grup Jutawan Shaklee, Master Iffah Anuar daripada Grup Shaklee2U, Master Farihah daripada Grup Surijunior for Shaklee, Sr Supervisor Najihah Sudi from Grup Glorious..Yang sentiasa menyuntik dan memberi Ilmu bimbingan kapada Pengedar Shaklee team Kami supaya Che'pah and gang Maju setapak demi setapak dalam business ini, InsyAllah.

Walaupun Mereka semua ni berada di RANK Masters, Namun Mereka senantiasa dekat dihati..Sebagai Pengedar Shaklee yang Sah..Che'Pah bersyukur dapat leaders yang begini..Kita rasa support Group kita kuat..Kita dapat Rasakan Ukhwah kita Hebat..KIta tahu mana nak rujuk bila kita tergelincir ditengah jalan..Motivasi..Resources macam mana kita nak start business Shaklee ni..baaanyak sangat yang disediakan dalam group Eksklusif kami..Cuma semua tu terletak atas diri kita sahaja..Sama ada nak buat atau tidak...Samada memberi banyak Alasan atau bertindak..



JUST DO IT !!!


Pilihan ditangan kita.. masa kita semua ALLAH bagi sama 24 jam. Dalam pada kita memberi Alasan kata sibuk itu ini..begitu begini..ramai je yang sempat aktif dalam laman sosial masing2 betul?..Taknak cakap Orang..Che'Pah sndiri macam tu..dan Hari ni Masih sama..CUMA BEZA nya yang sekarang Che'pah Tampil dengan Misi dan Visi....Dulu aktif laman sosial tak dapat apa2..Sekarang aktif laman sosial dapat kawan2..Dapat Share Experince sendiri dan dapat share kebaikan Shaklee dengan dengan lebih ramai kenalan.

Daripada sharing tu..dapat pulak customers..kita bantu customers dgn Suggest apa suplimen yang terbaik dan sesuai dengan mereka seisi famili..Paling seronok kan.. bila customers ni bagi feedback yang baik menunjukan ada Peningkatan Positif pada kesihatan dan kecantikan mereka luar dan dalam, bila mereka consume Shaklee. ALLAHUAKBAR WALHAMDULILLAH!! 

Perasaan gembira ni mmg saaaangat best tak dapat nak gambar macam mana..Seolah2 Suatu kepuasan bila kita dapat bantu kawan-kawan.. Umpama kita dapat tunai dan laksanakan tanggungjawab kita kepaada masyarakat,insyaAllah...hehehehe 


Bila Che'Pah post PART 1 dan PART 2 sebelum ni..Ramai Rakan2 Alam Maya yang Whatsapps dan tanya Che'Pah..SENANG KE NAK BUAT BIZ SHAKLEE NI?

ok ini Jawapan Che'Pah:


SENANG sebab business ni business kita.hak kita..dan kita yang jadi bossnya..UPLINE or mommy, nanny atau masters tak paksa or PUSH kita untuk buat biz ni. Serious!!! Sifirnya Mudah..Kita buat Buat, Kita dapat..Kita Tanam Kita Tuai..Kita buat Sikit..kita dapat SIkit..KIta Usaha banyak..KIta dapat Banyak!!! kita taknak buatpun takda sapa nak marah..sbb yang rugi diri kita sendiri.

SENANG Sbb tak perlu susah payah nak Memperkenalkan produk Shaklee ni..Sebab Shaklee Memang Produk Yang PROVEN, SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI. HALAL TANPA WAS-WAS juga..Shaklee Memang Produk Yang well known malah bertaraf atarabangsa. Tak percaya? Try lah Google..dan Lihatlah sendiri. 

SENANG sebab kita tak perlu jumpa orang Ramai bersemuka utk Promo dan 'Desak' orang supaya beli Produk kita. Kita jual secara ONLINE sahaja. Sebagai DROPSHIPPER. DROPSHIP ni kita tak simpan stok. Kita hanya perlu buat sharing/iklan/promo secara KONSISTEN--kemudian--Customers Order--Customers Buat Payment & Bank In ke bank kita--Kita bank In ke Maybank Shaklee--Contact Branch/HQ shaklee untuk inform ttg orders dan payment tersebut--HQ Shaklee Yang Post barang--FINALLY; Customers dapat Barang! Yeay!!!



Senang kan?!!! Hanya dengan sharing di blogs dan Laman2 Sosial kita ttg pengalaman Kita Consume Shaklee..Info dan Tips sihat hari-hari..Declare yang kita Pengedar Sah Shaklee 2/3 kali seminggu ...Dapat masuk orders.,Daaapat EXTRA INCOME..haa...Best..Best..Best!!!


dan Risiko org berhutang or tak bayar tu ZERO sebab, kita hanya process order customers yang sudah membuat pembayaran.


Personally, masa Che'Pah start buat Secara Dropship ni..Che'Pah buat main2 je sebab nak tengok market..Tapi yang main2 macam ni pun..Che'Pah dapat bonus kedua 3 ANGKA!! Alhamdulillah Sangat..Siapa nak bagi?? Tengan2 bulan pulak tu..masa time sesak (belum Gaji)..Mulai drpd saat tu Che'PAh mula serious, Fokus dan meletakkan Target Che'Pah dengan Shaklee..InsyaAllah..Dengan Restu Famili..Mak dan Suami Khusunya..Che'PAh Yakin Che'Pah akan jadi Master, dapat kebebasan kewangaan dengan Pasif Income, dapat bantu lebih ramai rakan-rakan rasa Bonus Shaklee 3-4-5 hingga 6 angka, dan berjaya dunia Akhirat..Amin Ya Rabbal'alamin..

SENANG sebab kita tak perlu juga Paksa orang atau cari orang utk jadi member. Sebab Normally Customers yang Request for membership. Kita boleh Share Kelebihan jadi AHLI dgn customers (#Members'Price dan UVs ,#Cash Bonus, #Convention Bonus dan #Car Bonus) and LET THEM decide. 

Konsep MLM SHAKLEE memang best sebab Ini bukan macam MLM biasa. Dalam Shaklee TAKKAN berlaku Upline duduk relax makan hasil downline, dan downline yang letih , bersusah payah dan berpenat lelah buat SALES..

Dalam Shaklee..JIKA upline tak perform dan hanya relax..Downline Perform dengan sales yang mengatasi Upline..Downline lebih bekerja keras daripada Upline..Maka DOWNLINE akan pintas, berada diatas dan naik RANK mendahului upline asalnya..

Infact..Apabila kita naik Supervisor, Salah SATU SYARAT untuk kita naik Rank Seterusnya adalah dengan melahirkan Supervisor..Jadi Sifirnya begini....

Upline perform..Downline pon perform..MAKA Upline dan downline akan naik RANK bersama-sama..Maju bersama-sama..Untung bersama-sama..Berjaya bersama-sama..sebab tu, kita semua tak pelik bila tengok Otai2 Shaklee Semua Ibarat Bersaudara dan Sebuah Keluarga Besar.


Okehlah viewers sayang, yang Che'Pah hormati semua..setakat ini dulu perkongsian Che'Pah..Hehehehe..Muga takdalah yang termuntah baca entri panjang lebor kali ni. Sekali lagi Che'Pah nak tinggalkan anda semua agar berfikir..





InsyaALLAH, Untuk Entri akan Datang..Che'Pah nak Share Mengenai TIPS MUDAH JADI AHLI SHAKLEE...Clue entri ni..Viewers boleh Check DISINI dan di SINUN

WaAllahualam.


Salam Sayang..

LATIFAH SULEIMAN aka 

CHE'PAH SHAKLEE (id 913411)

Contact No. 014 2982830

Jemput LIKE FB page Vita Lovers

JOM FOLLOW www.latifahsuleiman.blogspot.com



Wassalam



Tuesday, May 14, 2013

SHAKLEE: Apa yang saya dapat? (PART 2)

bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Salam Sayang Buat Viewers blogs ni..

Hehehehe..Ramai Pulaks Yang SMS suh sambung entry lepas.. Ampuuunnnn..Sebab dah bagi saspen sama semua Orang.

Okies..Here Come Sambungannya..


2 # BONUS CONVENTION
---------------------------------------------

Yang Ini Memang Che'PAh dah aim sangat2..

Pasai Apa? Sebab SHaklee Menyediakan Insentif khas Untuk leaders dan Pengedaar Sah Shaklee Yang perform. Insentif ni terdiri daripada pakej pelancongan dan lawatan yang dibiyayai sepenuhnya Oleh Shaklee. Bertaraf 6 Bintang tuuu..Dalam Malaysia atau konvensyen antarabangsa!..Paling best dapat jugak Offer menunaikan Ibadah Umrah!!! ALLAHUAKBAR!! (Ini yg Che'Pah Aim,InsyaAllah. Che'Pah Yakin tak mustahil.)
Haaaaa...SIapa nak kasi FREE? Shaklee Lah Jawapannya.

Poster dibawah ni adalah PROMO Drpd Shaklee Untuk leaders Shaklee drpd Rank Supervisor hingga ke atas.



Dan Gambar2 di bawah ini pula adalah Ihsan drpd Supernanny saya (Sis Farihah) yang berkongsi pengalaman beliau sebagai motivasi buat team shaklee kami. Kak farihah dan rakan2 Shaklee yang lain telah berangkat ke tanah suci Mekah dan Madinah pada 7 May 2013 dibawah tajaan Shaklee sepenuhnya. Mereka bukan pergi berseorangan tetapi membawa sama Keluarga dan anak2 terchenta!!!





Beg, telekung..Ihram dan jugak CASH MONEY Shaklee bagi. Kita hanya pergi dan persiapkan diri untuk laksanakan Ibadah Umrah sahaja. Allahuakbar!! Walhamdulillah!!!

Saya masih beruasaha untuk turut sama merasai pengalaman manis begini sebagai mana mereka. Menitis air mata melihat gambar2 yang dititipkan..InsyaALLAH tahun depan..Its My Turn!! Allahuakbar! Che'Pah nak bawak famili juga,insyaAllah..Dan che'Pah nak membawa sama leaders bimbingan Che'Pah , InsyaALLAH..


Tiada yang Mustahil!! Semua kita memperolehi Peluang yang sama utk mencapai dan mendapatkan apa sahaja yg kita impikan.

Jika hari ini..kita berani bermimpi..Mengapa Kita tak berani Melakukan perubahan Luar biasa?? Mengapa Tidak Kita Cabar Diri kita utk berusaha?? Mengapa kita tak cabar diri kita supaya membuat pilihan dan Laksanakan? Adakah kita hanya memilih utk tunggu dan lihat, atau kita pilih untuk Cuba Buat dan capai apa yaang kita imipikan?? 

Pilihannya ditangan anda..Anda Pilih dan Che'Pah sedia membimbing utk anda merealisasikan Impian Anda!


Rakan2 viewers yang dihormati..

Che'Pah pegang sangat2 yang Rezeki Allah yang tentukan.. Sebagai Hamba tanggungjawab kita adalah berusaha dan bergantung harap sepenuhnya kepada Allah!! 

Jika bukan Rezeki kita..yang dalam mulut pon boleh terkeluar semula.. Tetapi jika memang benar Rezeki itu milik Kita..Berada Jauh dari pandangan mata pon..Tetap dapat kita Rasa.

Sebab tu Che'Pah optimis buat biz Shaklee.. Walaupon ada yang cakap2 belakang..ada prospek ka Shaklee Ni?? Bila google..Jumpa Blog SID..Bila Google jumpa Blog SID..berlambak SID sana sini..Ini jawapan Che'Pah..

Kelambakan SID di persada Alam Maya adalah membuktikan bahawa Produk Ini adalah produk Pilihan seantero dunia..Berkesan, Selamat dan diyakini Ramai. 
Mesti anda musykil , bagaimana Shaklee yang tiada promosi di mana2 media iklan bercetak dan televisyen menjadi pilihan kami? 

Jawapannya kerana kami sendiri bermula sebagai PENGGUNA produk ini. Kami rasai..Kami nampak perubahan positif hari-hari..dan kami dapat hasil yang memberangsangkan!! Kesihatan kami dan famili semakin baik..Kecantikan luaran dan dalaman juga meningkat..Kemudian, kami mula melangkah maju setapak lagi sebagai SID (Pengedar Sah Shaklee). DI peringkat inilah..Kami tanpa jemu berkongsi pengalaman kami dengan anda semua agar anda dan juga famili mendapat kesihatan yang lebih baik pada hari ini..Kami berkongsi pengalaman dengan anda semua bagaimana utk mencari Alternatif sebagai salah satu usaha merawat penyakit yang sedang dihidapi oleh anda, anak2, ibu ayah atau famili anda sendiri..

Itulah kami SID,,yang tak pernah jemu bersedia memberi khidmat nasihat serta berkongsi pengalaman dengan anda semua.



Malah..nilai tambah yang kami dapat sepanjang melaksanakan business Shaklee ini ialah Tautan Kasih Sayang Persaudaraan dan bersahabatan dikalangan Team kami serta pelanggan2 kami.


Ini bagi saya memang Saaaangat Mahal. Yang Kita tak dapat nak beli dimana2..
Kita rasa bersaudara..Dan Jauh sekali merasa irihati dengan rakan2 yang lain,

Kenapa?

Sebab..Bagi Kami.."Musuh' atau pesaing kami dalam Business Shaklee ini..bukan Pengedar2 Shaklee yang lain..Bukan Upline..Bukan Sideline..Bukan! Bukan dan Bukan!!!!


Pesaing kami adalah DIRI KAMI sendiri!! 

Sejauh mana kami betul2 komited dengan Business ini
Sejauh mana Kami tetap FOKUS dengan Apa yaang kami ceburi..
Sajauh mana kami berusaha melancarkan strategi dan planing kami agar apa yang kami sasarkan dapat kami kecapi
Sejauh mana kami mendidik diri agar Belajar untuk Berdikari di atas kaki kami sendiri..
sejauh mana kami tetap istiqamah dalam perjuangan kami ini..
Sejauh mana kami benar Meletakkan 100 % pengharapan kepada ALLAH setelah kami laksankan usaha kami..

Dalam Grup Eksklusif Shaklee Kami..Macam2 guidelines yang telah disediakan..Bukan sekadar bimbingan business..malah lebih daripada itu.. motivasi dan ingatan2 agar kami mantapkan Amalan Rohani juga sentiasa ditekankan..Semuanya dihujung jari..Dengan Group Support..dan juga bimbingan Mommy..TIADA YANG MUSTAHIL untuk kita semua mengatasi 'musuh' dari dalam diri kita sendiri!!


Okehlah..Cukup Setakat ini dahulu entri hari ini..Che'Pah tinggalkan anda sementara waktu..utk anda fikir semula yang Che'Pah Kongsikan hari ini..

Ahaa...harapanya..bukanlah sekadar berfikir ya..Sudah tiba masanya Anda mengorak Langlah!! dan Che'Pah disini bersedia membimbing anda dalam biz Shaklee Ini.

Entri akan datang Che'Pah akan Kongsikan BONUS Ketiga utama Shaklee..Susahke tidak buat biz ni..dan TIPS mudah jadi Ahli Shaklee..

jadi Stay tune Semua!!!!


Sudikan2 Contact Che'Pah IF Jika Andalah Leaders Yang Che'Pah cari.




Salam Sayang dan ceria;

Latifah Suleiman aka Che'Pah Shaklee (id 913411)
Jemput LIKE page Vita Lovers
JOM Share blogs ini: www.latifahsuleiman.blogspot.com




wassalam

Saturday, May 11, 2013

SHAKLEE: Apa yang saya dapat? (PART 1)

Assalamualaikum Wbt 
Selam Ceria..
Salam Bahagia buat Viewers semua disamping keluarga terchenta.

Che'Pah, ALHAMDULILLAH sihat dan dalamannya rasa bertambah sihat dan cantik serta lebih yakin..Best..best..best...Feeling dan mood begini memang Syok. Dan Che'Pah nak kongsikan dengan semua. Seronok bangun pagi nak mulakan hari..Seronok nak mulakan tugasan dan kerja..Seronok bersama rakan2 keliling dan famili..Pendek kata Memang Seronok!!

Dan  LEBIH Seronokkan Bila dapat share and ajak rakan2 rasai improvement kesihatan dan kecantikan setiap hari..Anda mesti nak tahu Rahsianya..Tentulah dengan SHAKLEE.

Untuk viewers yang nak tahu macam mana Che'Pah bermula dan jatuh chenta dengan Shaklee..Boleh lah..jemput Ziarah entry ini. Ada cerita disebaliknya..hehehe

Ok. 

Actually, Che'Pah nak SHARE dgn anda semua apa yang Che'Pah dapat bila Che'Pah Nekad Join Shaklee..Selain daripada kesihatan..kecantikan..kebahagian..dan ketenteraman jiwa..Che'Pah sebenarnya dapat lebih daripada itu..Malah akan capai lebih lagi InsyaALlah.

Che'pah tahu..ramai yg tak suka MLM..Sbb MLM selalunya..downlines yang bersusah payah upline/pioner yang senang lenang.. Ini tidak berlaku dalam Sistem MLM SHAKLEE kerana dalam Shaklee Downlines atau anak2 biz yang perform lebih baik drpd uplinenya..akan Break jadi LEADER dan meninggalkan mommynya.. Besides,ramai Jugak yang tak tahu sejauh mana Shaklee Indepandent Distributor ni buleh pergi Jauh dengan biz Shaklee.

Ada 3 BONUS UTAMA apabila kita semua join Shaklee secra RASMI (register keahlian) ,serius dan aktif menjalankan biz ini.


1# CASH BONUS.
--------------------------------------
Cash Bonus kita akan dapat daripada :

    -Untung Jualan Runcit (Hrga Retail Shaklee tolak dengan Hrga Ahli=Untung Runcit)
    -Penjimatan Pembelian (sbb dapat harga Ahli)
    -Cash Bonus daripada SHAKLEE (berdasarkan kutipan UV atau Points bila kita membuat pembelian bg setiap produk shaklee)..Maksudnya..Setiap kali beli, dpt points..dan Total drpd kutipan tersebut..kita dapat BONUS.
-Bonus Naik Rank/jadi Leader
-Bonus Train New Members yang nak buat Bussiness.
-Bonus Bermusim (dapat REBATE untuk beli mana2 produk Shaklee.Yang ni kena cukup syarat)

Ini yang Che'Pah dah dapat sekarang ni. Bermula denga bonus 2 angka..kemudian 3 angka..dan Alhamdulillah, kini dah 3 kali dapat 4 angka!!!  Yang bestnya, bonus Shaklee  ni masuk time tgh bulan. Di saat rakan2 yg makan gaji sedang bermuram durja..Shaklee independent Distributors ni buleh tersenyum Gumbira..

Che'Pah Join Shaklee secara Rasmi dan berdaftar dari NOV 2012. 1st time join motifnya just nak beli dgn harga member dan kumpul points sikit. Ya lah kan..Bonus RM 20 pon sapa nak bagi saja2..betul..RM 20 pon..bolah tambah utk isi minyak petrol or cover duit makan time lunch/breaakfast/dinner. Mmg takda motif nak berniaga.
  Then, Mommy Shaklee saya (Gha Sudi)..wusha2 kot saya nak cari extra income..Time tu saya jual mahal..walaupon, dalam hati..memang nak saangat..Paling2 kalau dapat 3 angka cukup kot..hehehehe..Tapi, Masa tu saya tolak sebab Che'Pah bukannya sempat dan minat nak jumpa2 orang (bajet sibuk macam Perdana Menteri..huhuhuhuhu).. Che'Pah tolak..sbb masa tu mind setting Jumud- Ingat..Join MLM kena rekrut orang..suruh and desak orang beli barang..Jadi ahli..Jumpa Orang Siang malam etc..

Tapi 2-3 hari lepas tu...bila tengok Gha buat promosi kat FB..kat Blogs..Che'Pah pon dgn muka tak malu tanya.."Brp hang dpt bila serius buat biz Shaklee ni?" Gha jawab..2-3-4 angka yang dia dah rasa masa tu. TERKEJUT tuu!!!! Ini baru betul main FB masuk duit! Pastu Che'Pah tnya..Simpan stok ke? Tiap2 hari gi Pos Office ka? Mommy jawab; Dia hanya bermula dgn DROPSHIP sahaja.

DROPSHIP ni kita tak simpan stok. Kita hanya perlu buat iklan/promo--kemudian--Customers Order--Bank In ke maybank kita--Kita bank In ke Maybank Shaklee--Contact Branch/HQ shaklee untuk inform orders dan payment--HQ Shaklee Yang Post barang--FINALLY; Customers dapat Barang! Yeay!!!

Senangnya!!! Hanya dengan sharing di blogs pengalaman..Info sihat..Declare yang kita Sid..hari-hari..Dapat masuk orders.Best..Best..Best!!


Jadi Che'Pah pon try la buat..Starting, Che'Pah Try buat Promo Di FB..Buat Entry sikit2 di Blog personal..create page Vita Lovers ...Mula2..memang Buat main2 je pon..Motif nak tengok market dan nak mencuba..

And belive it or not; BONUS bulan DEC 2012 Bonus kedua Che'Pah adalah 3 ANGKA!! Alhamdulillah! Alhamdulillah sgt. Bertitik tolak drpd bonus kedua inilah, Che'Pah mula Fokus dan tak pandang Belakang lagi dah.

Studies Produk. Timba Ilmu drpd Otai2, masters dan leaders Shaklee dalam Grup Eksklusif kami..dan dapat bimbingan daripada Mommy..Akhirnya dapat jugak Che'Pah mula merasa Bonus 4 angka (21%). Alhamdulillah.. This is what I have Spent utk Reward diri: 



★Bonus pertama 2angka shj

★bonus ke2 dan ke3  3 angka dan dapat tunai hajat~belikan mak 2 botol VIVIX 

★ Bonus ke 4..reward diri dengan Samsung Note 2.

★ Bonus ke 5..Reward Family dengan Washer Mechine 
Baru♥
**Bonus ke 6 : sedang menunggu hari..InsyaALLAH may ini.



Yang Ni pulak..BONUS jualan Che'Pah dan Bonus bila start dapat naik Rank sebagai SUPERVISOR

ALHAMDULILLAH !!

Inilah dia yang Che'Pah nak Share kan hari ini. Bukan niat nak menunjuk2 atau Riak dan takkabbur..Cuma Niat Che'Pah untuk memberi motivasi pada rakan2 yang terdetik nak berbusiness tetapi masih tercari-cari business yang sesuai.Nak buat biz Dropship yang mudah dan lumayan..Inilah Juga !

InsyaALLAH jika anda bersedia, Che'Pah juga bersedia untuk membimbing anda bagaimana untuk dapat dan rasa extra Income macam yg Che'Pah dapat ni.

Sebut sahaja berapa yang anda aim..KIta bantu..kita guide dan anda juga mesti jadi luar biasa utk capai sebanyak mana yang anda nak dapat. Bagaimana nak jadi luar biasa?? Ahaa..Kena join la dahulu..baru tahu Rahsianya..JOM Join Che'Pah!!

Misi dan Visi Che'Pah..Che'Pah nak tingkaatkan ekonomi keluarga dan diri supaya dapat bagi sumbangan kepada agama , bangsa dan negara serta SMKA Maahad Muar... nak luaskan business dan empayar Shaklee dengan melahirkan ramai leaders yang berjaya..Che'PAh nak bantu rakan2 khusunya yang Full time house Wife dan yang makan gaji macam Che'Pah untuk dapat income extra 3 - 4 angka dan tak mustahil 5-6 angka juga, INSYAALLAH..


Renungilah rakan2 semua:
MIRICLES HAPPEN WHEN WE BELIEVE 

Rezeki kita Allah yang tentukan..bukan ditangan Manusia.. Yang Penting adakah kita BERANI MENCUBA? 

Ok. cukup dahulu entry hari ni..Che'pah nak tinggalkan anda supaya berfikir dan take ACTION!!

#2 lagi BONUS UTAMA Shaklee Che'Pah akan Share dalam entry akan datang..InsyaALLAH.tungguuuuu

Che'Pah juga nak share dgn Viewers Tips Jadi Jutawan dgn Shaklee..senang ke tidak biz ni dan macam mana nak perform?, dan macam2 lagi,InsyaAllah..Stay tune, Ya!! bertemu kita di lain entry. sebelum tu..Jom Rembats PROMO Kolagen disini 



Salam sayang buat semua:

Latifah Suleiman aka Che'Pah Shaklee (id 913411)
Contact No. 0142982830
Jemput LIKE FB page Vita Lover

Monday, May 6, 2013

BERSALIN: 5 TIPS MENERAN ??!!

Bismillahirrahmanirrahim...

AMARAN: Ini adalah sharing moment daripada pengalaman diri sendiri. Saya bukanlah seorang doktor mahupun bidan. Sekadar mahu berkongsi Ilmu dan Kemahiran Meneran Untuk bersalin normal yang saya dapat ketika melahirkan anak kedua dengan bakal-bakal ibu seantero dunia. Teknik ini mungkin tidak sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan, atau mereka yang deliver baby dalam swimming pool atau lain2 kaedah yang tidak disebutkan disini. So, please read at your own risk. Mudah2an adalah manfaat untuk bakal ibu semua, dengan Izin Allah...

(KLIK DISINI untuk suplimen sepanjang Hamil, selepas melahirkan, berpantang dan sepanjang penyusuan susu ibu eksklusif)

Alhamdulillah....

Ada kelapangan dan dgn Izin Allah untuk saya berkongsi tips dengan viewers..InsyaAllah saya nak share TIPS MENERAN. Tips meneran? Ye. Tips meneran ketika berlaku kontraksi saat-saat untuk melahirkan bayi, atau dalam bahasa mudaah, 5 tips meneran ketika kita sedang sangat mahu beranak!!... 

Maaf. kasar bunyinya. Ini kerana saya harap viewers tak salah faham atau tersalah anggap kalau kalau-kalau tips meneran untuk bersalin ini disalah erti dengan tips membuang air besar atau berak qada' hajat.

Actually, lama dah saya berhajat nak share  5 TIPS MENERAN KETIKA BERSALIN nih..sejak saya berjaya melahirkan anak kedua saya secara normal, alhamdulillah..Dan saya sedar bahawa saya telah melakukan kesilapan kerana tidak mengaplikasikan tips dan skill yang betul ketika bersalin anak sulung terdahulu (anak sulung saya ceaser) . Almaklumlah, anak sulung..mmg takde experience/pengalaman kan...

Jadi, tunggu punya tunggu...tolak tambah tanggapan org ramai yang akan mengblack list atau melabelkan blog saya 18 SX...maka akhirnya tercapai la hajat malam nih..eerr pagi2  buta  nih, saya nak share dalam blog ni..(mak haaiiihhh..siket punya panjang daa intro..points tak sampai lagi...ngengengengeeeee...sori ek, lepas gian kes lame tak berblog..hehehehe).

Masa anak 1st dulu, nurse and doktor, just cakap suruh: push! teran!...memang sepanjang mengandung, ade buat pembacaan tips nak senang bersalin..cara2 nak teran pun ade..tp tu sume teori..So, bila nurse dan doktor cakap teran...Kita pun teran la..baget nak apply teori2 yang kita dah baca. Kalau tanya kawan2 atau orang2 yang dah berpengalaman bersalin normal. Mesti paling-paling jawapan biasa kita dapat: "ala, macam teran nak berak.." Betul tak? takde jawapan yang details kan?..kadang-kadang, as a newly mom ni, teran lah bersungguh, sekali bukan keluar baby, tapi tah*..isyk..isyk..isyk...tragis kan..tapi tu lah yang berlaku pada saya masa anak sulung dulu..(haiihhh...malu sgt bila teringat semula). 

Alhamdulillah dan saya sgt2 berterima kasih kepada doktor dan jururawat HUSM Kubang Krian, Kelantan yang telah memberi tunjuk ajar, cara-cara yang betul ketika saat-saat getir saya melahirkan putera kedua saya dulu, jazakumullahukhairan jaza'..Ilmu yang sangat2 bermanfaat!! kini, tiba masaya saya share disini....

Sebenarnya, memang ada cara-cara tertentu / kemahiran dan tips yang perlu kita tahu,belajar,faham dan berlatih untuk meneran dengan cara yang betul ketika bersalin normal. Antara points yang penting tersebut ialah:

1 # : PERNAFASAN

        Latihan pernafasan memang lah sangat-sangat penting. Nampak remeh. Tapi latihan yang berulang kali dapat membantu kita mengawal pernafasan ketika saat2 nak meneran. Jangan ingat masuk pertandingan menyanyi je yang perlu buat latihan pernafasan.. Kita yang mak buyong (read: tengah sarat mengandung) pon kene rajin2 praktis pernafasan.

Bagaimana eh nak buat?
Mudah shj latihannya. Tarik nafas sepanjang mungkin.dan cuba tahan nafas. (Tapi buatlah sekadar yang mampu. janganlah paksa diri. Kang ade yang kene naik ambulans gi hospital.)

Rationalnya latihan pernafasan ni: 

Ketika meneran nanti..Kita perlu tarik nafas sepanjang yang mungkin, kemudian kita meneran/push sehabis teran yang kita boleh, TANPA MENCURI NAFAS ketika meneran..Ingat tu..Memang TAK BOLEH MENGELAT!! Curi nafas ketika meneran, akan membuatkan kepala baby tu termasuk semula ke dalam.. Percayalah!!! Sebab, saya dah pernah degil cuba mengelat (read: curi tarik nafas) masa meneran anak kedua dulu, doktor tegur dan larang sebab baby termasuk semula. Selain dari TAK BOLEH curi tarik nafas, Ketika meneran pon tak boleh hembus nafas..kalau anda degil jugak, ini akan menyebabkan anda kehilangan tenaga ketika meneran dan akhirnya menjadi letih. 

Sapa2 yang ada athma atau semput, atau jenis nafas pendek, baik inform doktor atau jururawat awal2, supaya mereka boleh come up dengan plan B untuk bantu anda meneran nanti..(manalah tahu kan, ade orang yang rahsiakan penyakit semput yang dialami  dari direkod dalam buku kesihatan pink tur..err ade ker...ngeeeee)

So, terang dan nyata; memang kita kena tarik nafas sepanjang mungkin, kemudian teran pun selama dan sepanjang yang kita mampu teran (tanpa mencuri tarik nafas atau menghembusnya ketika proses meneran itu berlaku)..

Habis teran. baru hembus nafas. dan tarik semula nafas sepanjang yang mungkin, kemudia teran lagi..
(ulang steps tersebut sehinggalah baby anda keluar dengan jayanya. Chaiyokk!!!)...

Perlu diingatkan. Meneranlah ketika waktu yang sewajarnya / sepatutnya. Kontraksi yang kerap (contoh: selang 5/3 minit) masih BELUM lagi perlu meneran. Itu hanya kontraksi normal bagi ibu2 yang dah nak dekat bersalin. Teran hanya bila saat2 kita rasa macam nak berak sangat2. Rasa nak berak itu, adalah petanda yang baby memang dah turun dan semakin hampir nak keluar. But make sure, bila rase kerap nak kencing atau nak buang air besar tu, sebaiknya cuba pergi toilets dahulu, kalau2 anda sebenarnya mmg nak terberak, bukan terberanak..hehehehehhe....

Bila pergi toilets, tak leh keluar tah*...aaahaaaa, mmg sahihlah tu...bukan nak terberak, tapi nak bersalin!!!

tapi, bila dalam labour room, ikutlah arahan doktor/jururawat/bidan yang bertugas..selagi, dierang tak bagi signal suh teran, jangan teran dulu ek..tahan dulu kesakitan tu..sbb dierang perlu buat persediaan dan pemeriksaan awal untuk kita dan baby dlm perut (CTG). Bila dierang kasi GREEN light suh, teran..apa lagi geng; aja aja fighting!!!! Tarik nafas panjang2 dan teranlah sepangjang yg boleh. ingat jangan ngelat!!!!

p/s: actually, ketika meneran ni, tak perlu menjerit pun..itu lebih baik. menjerit ketika meneran mebuatkan tenaga anda dibazirkan dan menjadikan diri anda lebih tension...Anda akan lebih FOKUS bila anda meneran tanpa menjerit.



2 # : POSISI @ KEDUDUKAN POSTUR BADAN

     Ini pon penting ketika mahu meneran. Sama penting macam pernafasan. Motif? Kerana ketika melakukan pernafasan yang betul untuk meneran, posisi tubuh badan ketika itu juga mesti betul KETIKA kita meneran.
Bagaimana?
(gambar dari Google. supaya nampak Gambaran. Kalau perasan pada lutut kiri wanita tu, ade besi penyokong yang dapat mebantu menyokong kaki kita)


-baring dengan keadaan kedua belah kaki terbuka luas , dan dilipatkan sedikit  kedua-dua kaki menjadi seperti betuk huruf A besar ye...(Sile dapatkan green light/arahan doktor dan jururawat dahulu bila nak buat aksi begini, karang tak memasal, kene bebel dgn dierang sbb anda terlalu memandai-mandai   advance, hehehehe)

-biasanya, jururawat akan meninggikan bahagian atas (kepala dan bahu kita) supaya dapat memudahkan kita meneran.

-dalam keadaan itu, sebaik/sebolehnya tangan kite memegang pada tumit. Orang kurus, biasa boleh buat nih. Bagi yang agak berisi macam saya   yang tak boleh nak capai tumit kaki ketika posisi baring begitu, biasanya jururawat akan letak kaki kita kedua-duanya diatas besi khas di kiri kanan katil untuk menyokong kedua-dua belah kaki kita. So, macam tergantung la. (boleh refer gambar diatas)

-2 PERKARA UTAMA yang kita kena make sure posisi kita betul KETIKA MENERAN:
------->Kepala diangkat sehingga DAGU MENCECAH  RAPAT dengan dada (betul-betul rapat).
------->Punggung dalam keadaan tetap pada tempatnya dan TIDAK terangkat (ketidak mungkin berlaku koyakan yg tenat nanti . Read: koyak rabak. Haihhh,agak2lah statement kan..sounds scary je.).

So, mase kite ready tarik nafas pangjang dan meneran tu, ketika meneran itulah kita make sure kepala dan dagu kita rapat pada betul dada dan punggung tidak diangkat. Bila, kepala diangkat dan dagu rapat betul pada dada, momentem kite meneran tu lebih tinggi. Tenaga yang disalurkan disitu lebih. Jadi daya teranan tu lebih kemas dan mantap!!

Viewers mungkin boleh tengok video youtube ni disini: video bersalin normal supaya dapat gambaran awal. Video ni okeh la siket nak dibandingkan video2 mat salleh aka foreigners (read: orang putih) yang deliver baby normal. InsyaAllah, anda tak akan merasa ngeri menontonnya. dan mungkin terdetik jugak dihati: takde lah payah mana pun... (^ ,^)V


3 #: TENAGA

Bila dah ade show atau petanda nak bersalin, kalau boleh mandi. biar badan segar. Ambil makanan dan minuman yang mengenyagkan dan benar-benar dapat memberi tenaga. Contohnya, air milo, telor separuh masak, atau telur ayam kampung mentah, susu, roti, nasi dan yang seumpama dengannya.

Mungkin, bila berlaku kontraksi terutama kontraksi kerap, membuatkan anda hilang selera atau tak lalu nak makan..Tapi nasihat saya, berusahalah biar anda mengisi perut anda dan pastikan anda kenyang.

Pengalaman anak pertama, saya tak lalu makan dan hanya minum secawan milo sebelum masuk dewan bersalin pada jam 9 pagi. Dan masih belum bersalin sehingga petang jam 6.30!! dan saya memang benar2 ketiadaan tenaga untuk meneran. (-.-)"

Berbanding dengan anak kedua; saya sudah bersiap sedia minum milo, makan telur ayam kampung mentah, makan telur separuh masak. Minum banyak air zam zam..dan alhamdulillah, bertenaga sepanjang dikerah doktor untuk meneran.

So, make sure anda makan makanan dan minuman yang berkhasiat sebelum melangkah ke medan perang dewan bersalin ok.


4 # : PERLINDUNGAN DIRI

Amalkan ayat Qursi, selawat atas nabi, doa Nabi Yunos dalam perut ikan paus , Surah 3 Qul dan Surah al-Insyirah. 

Mohon dengan Allah, muga kita dan bayi sentiasa berada dalam perlindungan dan pemeliharaanNya..dan Berdoalah tanpa jemu agar Allah dapat meringankan kesakitan dan memudahkan proses kelahiran itu nanti..InsyaAllah.

Ini adalah amalan yang saya buat sebagai seorang Muslim. Bagi rakan2 ibu yang non believers (read: bukan Muslim) mungkin anda juga boleh berdoa dengan menurut cara dan kepercayaan masing2.

Bila fizikal kita sakit, tetapi sepanjang kesakitan itu kita tahan dengan menyebut Allah berulangkali.. Kesannya, walaupun fizikal kita sedang sakit tetapi hakikatnya jiwa tenang menghadapi / melalui kesakitan itu..InsyaAllah. Kita akan jadi bersemangat dan lebih bersabar juga.




5 # : MOHON KEMAAFAN DAN KEAMPUNAN.

Bunyinya macam simple. Macam mintak maaf hari raya..Tapi sebenarnya, jika kita benar2 memohon maaf dengan ikhlas dan jujur , dengan manusia terutamanya yang terdekat dengan kita seperti suami, ibu ayah dan keluarga.. InsyaAllah , itu juga salah satu remedi yang membantu dan memudahkan proses bersalin kita nanti..

Sebab, mungkin ada salah dan silap kita yang mungkin kita terlepas pandang, dari memohon maaf sebelum ini..sehingga barangkali buat mereka terluka..Jadi, bila kita mohon maaf, dan dengan lapang dada mereka memaafkan..Itulah ibarat doa mereka buat kita.



Ok. Itulah antara tips dan skill yang perlu kita praktis, fahamkan dan apply ketika berada dalam labour room nanti ketika tiba detik untuk meneran dan bersalin.


"Habis tu, macamana dengan sakit kontraksi dan bersalin????"

Believe me, sakit hanya dirasa ketika kontraksi dan proses meneran itu sahaja. By the time baby anda keluar (keluar tu, meluncur laju macam ice skating!!! hehehehe), then terus hilang sakit yang dirasa especially bila kita lihat baby / anak yang kita berjaya lahirkan tu. MasyaALLAH!!!! SubhanALLAH!!! Memang Magis!! 

TAK terterkata dengan perkataan. Betapa Agungnya kuasa Allah yang memberi peluang kita merasai kesakitan itu, berhempas pulas dan bertarung nyawa melahirkan baby...tetapi bila anak itu lahir dan kita melihatnya, bukan perit atau menyesal tetapi kita tiba-tiba merasa syahdu dan gembira sehingga lupa kesakitan ketika proses melahirkan sebentar tadi!!! dan pasti juga kita berasa insaf betapa besarnya pengorbanan ibu kita ketika mereka melahirkan kita dahulu. Yang paling penting saat-saat getir & rumit itu menjadi kenangan paling manis dan pengalaman paling hebat dalam hidup kita!! ALLAHUAKBAR!!

Ok.
Kembali kepada menjawab soalan di atas.

Seandainya, andai benar-benar sangat tidak dapat menahan kesakitan, mungkin anda boleh request dengan doktor GAS ETONOX untuk mengurangkan kesakitan yang anda rasai. Kita yang tak belajar medic, mungkin tak tahu kewujudan gas etonox nih, tapi para doktor/jururawat yang nak bersalin, biasa request sebab dierang tahu manfaat gas ini yang dapat meringankan sedikit sakit kontraksi tu. (but I'm not sure, kalau hospital lain ade ke tidak, tapi HUSM Kubang Kerian, Kelantan ade)

Saya request. Personally, mmg hebat penangan gas ini. Pengalaman sendiri, mmg dapat melegakan rasa sakit kontraksi dan jugak ketika selepas bersalin (read: ketika nak jahit tempat sulit itu).

Negatifnya; bila kite sedut gas ni bersungguh-sungguh sangat...Ada macam sedikit ketagih nak sedut lagi dan lagi.. Lepas tu macam tetiba shj kita dalam mimpi. Apa yang kita termimpi itu adalah apa perkara yang terakhir yang berada dalam fikiran kita. Mungkin lebih kurang macam orang hidu gam barangkali. Sebab saya memang bersungguh-sungguh menyedut gas etonox itu..huhuhuhu. 

Setelah selesai bersalin dan dijahit. Saya dihantar diwad. Dan mungkin kesan daripada over gas etonox tersebut, saya pening. dan bercakap tanpa saya sedar apa yang saya sedang cakapkan!! Dan apa yang saya cakapkan, itu rupa2nya apa yang saya dok standby dalam kepala nak tanya & request jururawat, kalau-kalau ada bilik kosong di wad kelas 1...ngengengeee(alhamdulillah, tak cakap bukan2..ketidak tak memasal masuk wad psikitaris..nauzubillah!!!)

Bila dalam wad tu..siap terdetik; boleh tahan jugak gas etonox nih..Haihhh...Agaknya, macam tulah keadaan orang2 yang ketagihan hidu gam. Nauzubillahinmin zalik. Mintak dijauhkan....

Actually, pengalaman menggunakan gas etonox ketika kontraksi dan bersalin ini, hanyalah pengalaman senndiri dan peribadi semata-mata. Kesannya mungkin berlainan bagi setiap individu. Jadi, untuk maklumat yang lebih Ilmiah, ada baiknya viewers baca dan klik disini ; GAS ETONOX DALAM LABOUR ROOM . atau di sini untuk maklumat versi Bahasa Inggeris. 

Oklah geng, 

that's all yang dapat dikongsikan. Sedikit pengalaman yang diharapkan dapat mendatangkan manfaat dan juga memberi impak maksima buat kaum hawa yang bakal bergelar ibu. Actually, tips ni jugak untuk panduan diri, hehehehe standby untuk anak ke3 dan onwards jika ade rezki nanti, insyaAllah...


Akhirnya; Selamat berjuang untuk Ibu-Ibu semua!!! Chaiyoookkkkk!!!! ALLAHUAKBAR!!!

Doa saya buat anda semua, semuga dapat melalui saat2 getir melahirkan ini dengan begitu tenang, amin ya rabbal'alamin....Take Good care Always!!!




(KLIK DISINI untuk suplimen sepanjang Hamil, selepas melahirkan, berpantang dan sepanjang penyusuan susu ibu eksklusif)

Pesanan Khidmat Masyarakat:
----------------------------------
Che'Pah Shaklee (id 913411)


Pm/Whatsapps/contact : 0142982830


Jom LIKE page Vita Lovershttps://www.facebook.com/ShakleeLovers )

jemput ziarah: www.latifahsuleiman.blogspot.com



Ilalliqa'



Waasalam














Friday, May 3, 2013

MENGAPA SAYA MEMILIH: SHAKLEE ?

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk membuat sedikit coretan buat teman-teman.
Apa khabar semua? Salam rindu dan salam persaudaraan buat pembaca dan pengunjung setia ..Tidak lupa juga ucapan selamaat datang buat pengunjung dan tetamu yg singgah kesini
---------------------------------------------------------------------




MENGAPA SAYA MEMILIH SHAKLEE?

Seperti yang kita tahu, Shaklee merupakan salah satu produk kesihatan yang membekalkan makanan suplimen seperti vitamin, produk-produk kecantikan dan juga produk kesihatan kediaman.

Pada mulanya, saya telah mengamalkan satu produk tersohor untuk mengurangkan berat badan. Pengambilan susu tersebut sememangnya memberi kesan, tetapi amat perlahan bagi saya. Ini mungkin disebabkan saya tidak benar2 mengikuti pantang sebagaimana yang ditetapkan iaitu dengan TIDAK MENGAMBIL makanan daripada segi Karbohidrat dan perlu menggantikaannya dengan pengambilan makanan berprotin.

Setelah 6 tin, hasilnya tidaklah memberangsaangkan. Malah tidak menang memakai!
Saya mula terfikir yang , semua ini dan usaha saya juga tidak betul.

Dengan usia yang telah masuk 30 series, saya mula sedar yang saya sebenarnya memerlukan makanan-makanan yang sihat dan juga menyihatkan tubuh badan. Mengamalkan diet tersebut dalam kesibukan sehari-hari membuatkan saya terlepas dari mengambil makanan sihat yang sewajarnya saya makan..
Dari situ saya mula sedar.. Yang saya sebenarnya mahukan adalah: Hidup yang Sihat..Tubuh yang Cergas dan minda yang cerdas..Bukan sekadar kurus semata-mata !. Ya, kita semua boleh memilih untuk tampil cantik dan kurus..tetapi bagaimana untuk kita pastikan yang kita juga sihat?? Faktor usia pula mencelikkan minda saya adakah saya telah mengambil  makanan yang sihat untuk menampung keperluan diri saya..

Persoalannya?
Bagaimana kita sangat pasti apa yang kita makan hari-hari begitu lengkap kandungan zat dan vitaminnya sebagaimana yang sebenar-benarnya diperlukan oleh tubuh badan kita?

Maka disitulah saya dapat jawapan...tentulah dengan makanan tambahan kesihatan iaitu suplimen.
Anda kena faham..Suplimen ini TIDAK sama sekali menggantikan makanan-makanan sihat dan segar yang kita ambil sehari-hari..Suplimen bertujuan untuk MELENGKAPKAN vitamin dan zat yang diperlukan oleh tubuh seseorang.

Saya mula google. Daripada testimoni-testimoni pengguna..saya mula memberanikan diri mencuba minuman soya ESP daripada SHAKLEE. Kebetulan mmg promosi ESP pada bulan itu..Jadi saya beli 2 botol.

Pada Minggu Pertama Mengamalkan bancuhan 2 scoop ESP + Milo setiap pagi, Saya mula melihat kesannya.Yang pertama saya jadi lebih bertenaga. Keduanya;  kulit saya yang kering juga semakin bermaya dan lembab (tapi bukan berminyak)..Ketiganya pula; Saya juga dapat mengawal nafsu makan! Bukanlah tak makan langsung, tetapi saya hanya makan dalam kadar yang sedikit. Walaupun sedikit saya masih terasa sangat kenyang.

Kemudian, saya beranikan pula memberikan kpd anak saya yang sulong berumur 5 tahun. Anak saya ini juga kulitnya kering dan tubuhnya sangat kurus walaupun dah diberi makan vitamin C. Saya memberikannya 1 scoop ESP bercampur Milo pada setiap pagi. Kesan daripada amalan ini, saya dapati kulitnya juga semakin lembut dan halus!! Tidak kering lagi dan badannya juga sedikit berisi (tapi bukan gemuk ye).. Malah, jika dahulu anank saya sangat mudah diserang flu, kini tidak lagi.. Saya juga melihat kecergasan, keaktifannya sehari-hari menjadi lebih bertenaga kini.

Anak kedua saya pula, mengalami masalah sembelit. Ini adalah masakaah besar Muhammad Amin anak kedua saya yang berusia 2 tahun lebih. Saya memberikannya separuh/ 1 scoop ESP dalam susunya sebelum tido. Dan Alhamdulillah, keesukkan harinya..Mudah Amin nak buang Air.

Daripada kesan-kesan positif tersebut, saya menjadi saangat gembira..malah semakin jatuh cinta dengan produk SHAKLEE ini. Alhamdulillah...Allah beri saya peluang merasai nikmat dan kebaikannya supaya saya dapat berkongsi pula dengan keluarga dan anda juga

Tanpa membuang masa, saya mendaftar menjadi ahli. Saya juga telah menambah suplimen harian saya dan suami. Selain ESP, kami kini mengambil B COMPLEX, OMEGA GUARD, ALFALFA dan juga MEAL SHAKE untuk anak-anak. Alhamdulillah, kami sekeluarga masih mengamalkannya sehingga kini.. Produk ini, bukan sahaja daripada sumber semula jadi, yang diproses dan menjalani R&D yang berterusan untuk memastikan ia sangat selamat malah telah diakui kehalalannya








Daripada hanya sebagai ahli biasa..saya mula mendapat suntikan semangat daripada team Shaklee saya terutamaanya puan Najihah Sudi untuk turut sama berkongsi khasiat dan kebaikan Shaklee dengan anda semua. Terima Kasih Jiha <3 p="p">
 Dan kerana itulah saya disini , bersedia untuk berkongsi pengalaman , maklumat dan kebaikan produk kesihatan SHAKLEE sebagai salah seorang pengedar sah produk ini.





Buat rakan-rakan..

Jangan malu segan. Konsultasi percuma diberikan. Saya sedia membantu rakan-rakan taulan berhubung dengan produk hebat ini.

Anda mungkin memerlukan suplimen untuk diri anda..atau mungkin juga buat insan tersayang..suami..isteri..anak-anak..atau mungkin juga buat ibu dan ayah tercinta!

SHAKLEE menyediakan produk kesihatan untuk seisi keluarga. Buat yang muda mahupun yang berusia 


Buat rakan-rakan wanita yang berhasrat dan merancang untuk hamil, SHAKLEE ada jawapannya.

Jika anda sedang hamil mahupun berpantang, SHAKLEE ada untuk suplimen sepanjang tempoh tersebut.

Berhasrat untuk Eksklusif Penyusuan Ibu, SHAKLEE juga dapat memangkin usaha murni anda ini




Istimewa buat anda semua.. Harga menarik menanti anda !!!

Apa tunggu lagi?? Jika anda ingin menjadi sebahagian dari kami..Ayuh, Mulakan sekarang!!



Jom sms/whatsapps saya di talian: 
0142982830 (Latifah Suleiman @ Che'Pah)

atau email di latifahsuleiman@gmail.com

No.Id Shaklee: 913411 




Akhirnya , salam sayang buat semua 

waAllahu'alam


wassalam


p r e v i o u s L i N K s

Blog Widget by LinkWithin