JAZAKUMULLAHUKHAIRAN JAZA'
JOIN US TODAY!! BE AMONG US!! WE ARE PROUD TO BE AMONG THE JUTAWAN FAMILY. LETS SHAKLEE
Friday, June 18, 2010
L i F e G o e S O n ...
Alhamdulillah..bersiaran lagi pada kali ini..lame sgt tak update..Apa
khabar rakan2 blogger+viewer semua? mUga sihat walfiat sentiasa
hendaknya..
Hr ni hr Jumaat. Damai je rasa hari ni..Cuaca pun redup shj sejak dr
pagi tadi..Sampai dah pukul 12 tgh hari pun tak terasa..cepatnya masa
berjalan..diam tak diam dah tinggal esuk sehari cuti sekolah..Di
kelantan, hr Ahad kami dah buka semula sekolah..
Jujurnya..ada 2 feeling bila da nak buka sekolah ni; pertama excited n
tak sabr nk mengajar with new time table and students (sbb sy dah mula
ngajar sesi pagi after hbs pantang hr tu)..and the other one
pulak..perasaan sedih sbb cuti nak habis dah.. ini bermakna masa
santai+bermain dgn my beloved sons dah berkurang...
hmmmm....start bekerja means pgi2 husbnd dh kena hantar anak2 gi baby sitter..
Nanti petang baru ambik. Since saya dan hubby balik sekolah kol
2..Husband driving home dr sekolah..makan masa jugak..biasa tiba rumah
almost 3pm..Dan bermakna, kol 3 itulah br kami dpt bersma dgn anak2...
Nilah adat resam bila husbnd n wife bekerja..terpaksa berkorban masa
bersama fmily...kdang2 cemburu tgk ada rakan2 yg fulltime menguruskan
rumah tngga..byk masa bersama fmily n anak2...dn yg penting, dpt
melihat pembesaran+perkembngan anak2 didepan mata..jealous tau..
Apapun..saya sedar saya wajib selalu bersyukur, sbb ini juga
rezeki+amanah drpd Allah..setiap apa yg Allah dah tentukn..mmg ada
hikmah disebaliknya...Mungkin terkadang kita rasa tak suka atas
sesuatu, namun yg kita tak suka itulah yg hakikatnya terbaik buat
kita, yang Allah sudah tentukan...wallahu'alam..
Life must goes on...
Biarpun hidup kita umpama roda..terkadang di atas, terkadang di
bawah...hidup mesti diteruskan...
Sgl yg Baik atau buruk..wajib kita hadapi dan laluinya biarpun pahit
hendak ditelan...Itu warna-warni kehidupan...
hmmm...Kalu hidup kita ni..sraight je laluannya..tiada pasang
surut...takde susah payah..tentu hambar jadinya...tentu tak
thrill...dan kita mungkin menjadi insan yg tidak menghrgai kehidupan
mahupun nikmat sebab semuanya terlalu mudah kita dpt..takut juga
kalau menjdi kufur nikmat, nauzubillahimin zalik...
Oleh itu, hargailah sgl pahit manis kehidupan ini..sgl
pengalaman...sgl kepayahan..krn itu akan menjadikan kita insan yang
lebih bersyukur...serta menjadikan kita lebih menghargai sgl nikmat yg
kita kecapi hari ini...
Jgn fikir hanya kita seorang didunia ini yang teruk, tidak sehebat org
lain dan selalu melalui kepayahan..
Tp fikirlah BAGAIMANA dan APA yang perlu kita lakukan semampu dan
sedaya kita untuk menjadi org yang hebat...; sentisa kuat melalui
kepayahan..dan sentiasa tenang menghadapi persepsi insan2 lain
disekeliling kita..dan oleh sbb itu..Life Must Goes On.....
waAllahu'alam
--
LATIFAH SULEIMAN
A m I n 2 b u L a n + +
Sebenar, entry ni saya cuba hntar via handphone..bersama entry ni mmg ade saya attact sekali dgn gambar terbaru lil mujahid; Amin..tp gambarnya takde plk bila dipublish..musykil sungguh kemana pergi...

Sunday, May 16, 2010
yeay!!
Tuesday, May 11, 2010
My Little Mujahid
Friday, January 8, 2010
Air Oh Air....
Alhamdulillah..setelah hari kelapan 2010, saya dpt meluangkan masa utk update blog ini..Doa dan harapan saya agar semua pembaca sihat walafiat serta sedang tabah dan sabar menghadapi ujian&liku2 kehidupan..
Nampaknya saya bersiaran seawal pagi (read: 3:15 pagi) kali ini..sebabnya mata ini payah pulak nak dilelapkan walaupun dipaksa..Cemburu plk tgk Sani&abahnya sedang lena dalam tidur mereka..sedang saya masih bersengkang mata sacara tidak rela..hehehe..Mana tidaknya, tidak selesa dgn keadaan perut yg semakin membesar, nak cari posisi tidur yang betul2 selesa, dan juga keacapan (bukan acapan ek tp read: kekerapan) ke bilik air...Letih dibuatnya, tp still tak dapat tidur jugak...hmmmm
Walaupun awalnya malas betul nak menghidupkan laptop..tp akhirnya laptop juga yang menjadi mangsa..Apa lagi,laayankan je lah ye..
Skrg ni..musim takde air..(bekalan air terputus). Actually bukanlah sebab kemarau, tapi masalah Syarikat AIr Kelantan yang mahu meng'upgread' logi+tangki air kawasan tanah merah katanya..Masuk hari ini sudah 9 hari kami takde air..(bayangkanlah kawan2..nak guna air tadahan dirumahpon kene budget+sgt2 berjimat).. Bermula dari hari pertama 31st Dec tahun lepas sampai sekarang.. Apa yang lebih menyentap jiwa raga..3 hari kebelakangan ini, mmg langssung tiada air walau setitik dan sekejap pun.. which mean it is getting more worst than before..Sebab, sebelum ni..walaupon takde air..tapi pada sebelah malam or midnitenya..ade jugak air yang keluar dr paip walaupon kecik..Kira boleh lah kami buat preparation menadah air utk hari esuknya...Tp skrg , jangan mimpi..harap je nak tengok air...huhuhu...Bila my husband buat aduan dan refer problem ini pada syarikat Air kelantan (bghn Kota Bharu: HQ)..rupa2nya dikhabarkan bahawa pam air kawasan tanah merah ini sudah terbakar.....Tak ke bertambah tragis kondisi kami...huhuhuhu......Mula2 dulu dgr khabar (dr sykt air tnh merah sndiri)..kerja2 mengupgread+baik pulih akan berlarutan hingga bulan Febuari 2010. tetapi..bila dgr kes pam air terbakar ni...rasenye..mungkin kami akan berterusan ketiadaan air lebih lama dari itu... kesiannya kami dan sekalian rakyat kelantan yang menderita seperti kami...huhuhuhuhu.....
Jadi, akibatnya..ramai dikalangan penduduk kampung mengatasi masalah air mereka dgn menggali tanah untuk buat telaga mahupun utk pam borine (lebih kecil drpd telaga). Sebab ada jgk sebilangan tempat di tanah merah ni yang dah terputus bekalan air sebulan lebih lamenye (lebih lame dr saya)....
Saya? saya mmg berangan jugak nak buat pam air borine macam org lain..cumanya..rase saya sekitar kuaters rumah guru yang saya diami ni..macam takde je port yang sesuai... Sebab nak buat pam air borine mesti ade kawasan yg strategik:- jauh dr tangki kumbahan, jauh dr kawasan yang berpaya dan kawasan pembuangan sampah utk mengelakkan airnya berbau dan tercemar...
Actually, mmg ade sebuah tempat pam air borine di sekitar sekolah (skrg pihak sekolah+kantin mmg menggunakannya), cumanya agak jauh la dr rumah saya and sedikit complicated kalau nak pasang pam disitu..
sudahnye..husband membeli getah paip yang sepanjang 100 kaki (kalau tak silap lah), dan disambungkan ke kantin sekolah dan dislaurkan kerumah kami utk tujuan menadah air buat simpanan kami. Oleh itu, terima kasih yang teramat sgt buat pihak kantin sekolah Sk Ipoh yang sudi memberi ihsan kepada kami utk mendapatkan bekalan dan simpanan air dirumah, jazakumullahukhairan jaza'...
Oh Air...kenapalah payah nak ade air?..kenapalah lame sangat takde air?....lemah badan bila air takde lame2an ni...Tp sesekali tu, terkenanglah pulak zaman2 kat maahad muar dulu, yang selalu takde air (mase batch kami le..)...Bertebaran dan bersainganlah warga2 aspuri nak mandi disekolah. Seawal 2-3 pagi dah beriringan+beramai2 membawa baldi, tuala dan segala peralatan mandi, utk dptkan turn mandi awal..kalau tidak beratur panjang le gamaknye...Antara blok2 sekolah yang menjadi port: Blok B-tandas bdk laki2 ground floor (time ni takde bdk laki pon merayap.semua bdk pompuan congker), tandas2 guru level 2 and tandas bdk pompuan level 3. Blok C-tandas ground floor n level 1. Saluran air paip (byk paip) di belakang Bilik kemahiran hidup (mandi berjemaah le gamaknye sambil cuci kain baju yang bertambun byk) and Lagoon (ade 2-3 tangki besar yang menyimpan air. terletak diantara dewan makan aspuri dan aspura). kalau mandi kat sini pon, mandi berjemaah le juge konsepnye..huhuhu...Tapikan, bila fikir2 balik, apsal ek aspuri takde selalu takde air sedangkan tempat lain dlm skolah ade?..hmmmm.....confuse...confuse....
Okehlah kengkawan...maka dipendekkan cerita..morale of da story; hargailah air dirumah kita seadanya..elakkan pembaziran..guna dgn cermat dan bijak...nanti bila dah takdak air...siapa yang susah? kiteee jugak... Masa tu, barulah nak belajar berjimat...huhuhuhu....Takde makne.....sengsara lagi ade sebab tak biase....
sekian..
waAllahualam wassalam...
Friday, January 1, 2010
Org kate Vs Aku Kate
org kata blog..blog aku ni kontroversi...
org kata..blog aku ni emosi...
org kata...blog aku ni boring...
org kata..blog aku ni macam bagus...
org kata..blog aku ni ntahapehapelah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
blog aku ni..adalah blog yang meluahkan segala apa yang aku rasakan berkaitan dalam hidup aku..which is means ia adalah blog personal.. Samaada ia rubbish atau emosi n etc pada anda..itu bukan masalah aku..dan aku pon tak kuasa nak menghalang apa sahaja tanggapan korang semua pada blog ini..
Ada byk sebab mngapa aku menulis dan terlibat dalam dunia blog ni...
Sebab pada aku, blog adalah wadah dimana kita semua mempunyai hak itu ber ekspresi dan meluahkan atau menyatakan apa sahaja yang kita rasa..or apa yg kita fikirkan...or apa yang perlu kita keep remind ourselves utk mengambil iktibar dan natijah drpd sesuatu pengalaman hidup atau peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita seharian..
Terpulanglah pada sape2pon yg nak berblog...dan terpulang juga samada engkorang nak jadikan n3 tersebut private atau tidak...takde halangan atau paksaan..itu hak masing2...asal saja bg aku wadah blog ini tidak disalah gunakan...dengan menabur fitnah atau memberi ancaman pada mana2 pihak.
Kadangkala..antara sedar atau tidak..berblog sebenarnya boleh menjadi terapi bg seseorang..Betul. Terapi yang menjadikan kita lega, kerana dpt meluahkan apa yg terpendam dalam jiwa...
Dan tanpa kita sedar..berblog juga menjadikan kita keep in touch/berhubungan dgn rakan taulan serta kaum keluarga kita...walaupon mungkin hanya menjadi silent reader dr jauh...tp bg aku..ia sudah cukup menggambarkan betapa impak blog itu dalam hidup manusia dan hubungan kemanusiaan itu sendiri..
Aku selalu ingatkan diri sendiri: walau apa yg aku nak tulis or luahkan..make sure tulisan dan luahan aku itu ade moralnya..ada intipatinya..ada hikmah yg tersirat...at least kalau tidak utk org lainpun, cukuplah utk diri aku sendiri...
Itu je yang aku nak kate utk n3 1st bagi tahun 2010 ni..
Jadi, kepada semua yg ber'kate2' begitu begini ttg blog aku selama ini..terima kasihlah kerana sudi ber'kate2'...
tiada kata yang dapat dikata..kecuali dgn kata-kata jua seadanya....
sekian.
waAllahu'alam






