AHLAN WASAHLAN

UKHWAHFILLAH

JAZAKUMULLAHUKHAIRAN JAZA'

JOIN US TODAY!! BE AMONG US!! WE ARE PROUD TO BE AMONG THE JUTAWAN FAMILY. LETS SHAKLEE

Saturday, July 25, 2009

Dulu & Kini...

Saga kami yg banyak berjasa



Bismillahirrahmanirrahmanirrahim..
sebenarnya en3 kali ini, motifnya untuk mengupdate blog yg semakin bersawang ni..

diatas ni adelah gambar kereta aku yang dulu (Saga Blm ber.No DBF 1019) warna Silver. Ini kereta auto. Kami sempat merasai nikmat memandu dan menaiki kereta ni selama 10 bulan shj. sblm aku terlibat dalam kemalngan jln raya 2 Dec 2008 tahun lepas. Lama gak die nih kene duduk di bengkel utk dibaiki..tp akhirnya terpaksa di claim as total lost. Actually, sepatutnya pihak bengkel drpd awal2 lagi boleh buat+claim total lost, tp disebabkan dierang ni nak untung dierang nak jugak baiki utk dptkan cover drpd pihak Insurans.. Mmg teruk kerosakan kereta kiteorg ni..Jd, disebabkan ketamakan bengkel tersebut, kamilah yg jd mangsa.. Walaupun dah siap dibaiki, problem besar adalah pada enjinnya..Bila try drive, mmg tak confident utk travel jauh dan dekat..Mmg rase tak safety langsung!

Dipendekkan cerita&kesudahannya; kami agree utk total lost tu. The best thing: Insurans Cover semua hutang kami di Bank. The worstnye pulak: kalaulah si bengkel ni, buat awal2 lagi..dptlah Insurans cover 37k. tp sebab bengkel ni buat lambat, after di susut nilai kereta kami tu, Insurans just cover 34k shja. So, kpd semua..ambillah Iktibar...

FYI, Kereta ni skrg; dah jd milik insurans. Nasib 'die' slps ini, akan ditender kpd penjual kereta 2nd hand yang lain (kalau tak silap aku la kan..).

Dibwh nie plak ade gambar kereta Saga Blm tersebut selepas kemalangan. Tp masa ni sudah berada di bengkel...


Org msti nak tau..teruk ke tidak. WaAllhua'alam..No comments. Tp mak aku ckp, kalau tengok pada kereta, macam tak sangka pemandunya masih hidup..Alhamdulillah, aku masih hidup lagi. Pengalaman+peristiwa hitam nih, betul2 ujian Allah ats kami sekeluarga..

Cerita ringkas fsl kemalangn tu:
  • Time tu; 2DEC 2009 dalam jam 5.oo ptg (lbh kurang), aku drive sorang. On da way back drpd kelas (IPKB) nak balik kerumah (Tanah Merah)
  • Hujan renyai2+jalan agak licin+dan byk lubang (rosak mgkin fasal hujan lebat hr2 seblmnya. Maklumlah mase tu musim tengkujuh).
  • Tibe shj di Jln Pohon Gelugor, Pasir Mas (actually dah tak jauh dah nak masuk jajahan Tanah Merah), Tiba2 ade kereta merah (saga lama) datang dr arah depan. Aku sempat tekan break+masuk gear parking.
  • Benda yg berlaku mmg tersgt2lah pantas. tahu2 my air bags keluar dan terkoyak+seluruh badan aku sakit sebab hentakan di stereng (ini akibat tak pakai sit belt. Sila ambik iktibar)+lutut&peha bleeding teruk fasal tersebit di dashboard (akceli kene besi I-Charge a.k.a stablizer yg kiteorang pasang dlm kereta)+Tersangatla sakit untuk bernafas.
  • Alhamdulillah, aku masih dlm keadaan sedar&ade effort utk selamatkan diri (sebab airbag td kot yg menghalang kepala aku dr terhantuk d stereng), untuk mengelak kaki terus tersepit, aku belakangkan sit. Then try gagahkan diri, utk lari keluar tp tak berdaya. hanya kalimah "Allahuakbar!" shaja yang acapkali aku laungkan untuk kuatkan diri menghadapi saat2 tu... Alhamdulillah, mereka yg berada ditempat kejadian mendengar laungan tersebut dan beramai-ramai menyelamatkan aku and angkat aku ke warung yg berhampiran dengan tmpt kejadian.. (mmg la ramai yg angkat, sebab mmg tak rak sorang kalau nak angkat aku yg 'sehat' nih..).
  • tak lama pastu, ambulans pon sampai dan aku dihantar ke Hospital Tanah merah.
  • Kecederaan yg dialami: Alhamdulillah, aku just mengalami koyakan yg dalam pada bhgin peha dan kedua2 belah lutut. doktor aku (dr.orthopedik) kate: "Hai nasib baiklah awak gemuk, jadi tak sampai ketulang lagi. Kalau org kurus, mmg dah patah tulang peha". Hehehe..korang mesti ketawakan... Tapi mmg doktor melawak camni pon mase dlm operation room) sebab itulah sampai skrg aku masih gemuk dan tak kurus2..(ni hanyalah ayat alasan.Sila abaikan, huhuhu).
Jadi dikesempatan ini, aku nak rakamkan jutaan teima kasih kepada semua yg terlibat&yang bertungkus lumus menyelamatkan aku esp kepada org2 kg pohon gelugur, pasir mas, petugas2 hospital esp doctors+nurses, my beloved husband, my beloved moms: Mak&Mok (mother in law), all my in laws siblings, my friends dan semualah yang telah mendoakan aku..Jazakumullahu khairan kathira'..Sesungguh, jasa kalian semua amat besar ertinya dan hanya Allah yg dapat membalas kebaikan kalian...

Dibawah ni pulak, gambar 1 lg kereta yg banyak sgt berjasa pada kami sekeluarga.. Dr sebelum kami beli Saga blm tu sampailah after kereta Saga kami tu terlibat dalam accident. FYI, ni kereta Toyota Corolla KE30 (thn 1978). Kereta ni pemilik asalnya ialah milik Arwah papa a.k.a my father in law. Ade hikmahnya, mak mertua saya syg sgt kereta ni&sampai sekrg tidak dijualnya walaupon ramai yg mintak nak beli. 1 reason yg pasti, byk kenangan manis kami sekeluarga dgnnya. 1 keunikan kereta ni, 'die' sgt sensitif...Series! jgn lah sebut nak beli kereta baru ke..kutuk2 ke depan die..msti die akan merajuk dan meragam..& kalau nak pujuk, kene usap2 dulu...InsyaAllah, baru ok semula..Slagi, kite tak kecikkan hati 'die', selagi tulah die tak meragam..Unikkan?


Atas: Anakku sani sedang bergaya dengan kereta arwah toknya.
Bawah: Inilah Kereta Toyota Corolla KE 30 tu..



And last but not lest. here's our new comer. Alhamdulillah, rezki Allah..dapat pulak kami guna kereta baru lagi tahun ni. First2 naik, perasaannya: rase nak balik kamppung je a.s.a.p.. Almaklumlah, lama berada di perantauan...nak jugak kembali ke lubuk asal..



Inilah kereta terkini kami sekeluarga Persona SE. (Kereta ni kami beli di HBA Motors, Kota Bharu. Penjualnya En Sabri. Bagus die nih). Untuk preview lanjut blh dptkan disini.




Oklah..that's all for now. Mintak diri dulu ye..

Ilalliqa'

Wassalam





Tuesday, July 21, 2009

REZEKI ISRAK MIKRAJ





Bismillahirrahmanirrahim..

sebenarnya terlalu byk yg nak aku tuliskan disini..byk suka duka nak dirakam dan dikongsikan...namun ruang dan kesempatan waktu yg sungguh terbatas membuatkan aku terpaksa menunda hajat ni..InsyaAllah..akan ku titipkan bila ade kelapangan nanti..

Sekadr ingin berkongsi kegembiraan dgn anda semua..Smlm bersamaan dengan 27 rejab 1430 (Israk mikraj)..Kami sekeluarga dapat kereta baru yg dibeli awal julai lalu.. Alhamdulillah..tak sangka jugak cepat dapat kereta kami..dan dibawah ni..saya letak lah gambar kereta yg dimaksudkan..tp..gaambar dr internet jeh ni..Takdan nak ambik gambo kereta sendiri..huhuhu...




FYI, ini kereta persona se. Alhamdulillah,kami sekeluarga mmg satisfied sgt dgn kereta baru ni..InsyaAllah, dlm perancgn nak buat solat hajat sikit sempena dpt kereta baru...Mudah2n , kali ni tak terlibat dgn kemalangan macam dulu, amin....


Oklah..that's all en3 hr nih..


waAllahualam..


wassalam

Monday, July 20, 2009

I ' m S t i L L L e A r N i N g..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..dapat gak aku mengupdate 'brg2' dalam blog nih...walaupun spnjang mlm nih, lebih kpd experiment+try n error..tp kira dapat lah gak ilmu scr basicnya..maklum ler..aku kan blogger amatur lagi..kira mmg byk kene blajar drpd otai2 di luar sana esp anda yg sdg membaca entry ini.

Thanks to Firjah atas tunjuk ajar mu..jazakumullahukhairan jaza'..
Buat jah, sy tak jumpa lagi kat mana 'blog menjerit' yg awak maksudkan...Sy try gak baca tutorial lain2 utk buat 3 column blog tu...Natijahnya: #1. Dpt buat tp page jadi error...Tak tau la katne silapnye... #2.sakit kepalo den nak cr+bace code2 tu..huhuhu . #3.Masih mencari, tuturial yg sgt friendly use+mudah difahami utk dikhatam..

So, if possible, nt Fir jah send sy link tutorial buat 3 column tu, boleh ker? Thanks dear..

Pastukan, korang nampak tak, background blog aku yg first skli appear? ha..yg itula my latest background skin..tp, kejap je ade..tetibe je skin/background ni kembali kpd yang dulu punyer version..Yg ini mmg la aku sgt kompius...Ade sape2 diluar sana yang dpt memberikan guidelink or links yg membantu? Jgn malu segan nak inform ok..aku sgt2 lah berterima kasih yg tak terhingga...

Then, kalau perasan..dlm blog ni aku dah letak playlists lagi..What's your opinion? Lagu yg palaing aku suka: M.Nasir kpdMu kekasih. Mmg mula2 nak letak lagu ni je as theme song..tp bila dpt 1, tetiba tergerak plk nak cr yg lain2..dan terhasilnya sbg mana yg anda lihat hr ni...

Oklah..Dah pon subuh..Org lain dok berqiamulail, aku dok menggodek laptop..Sila jagan tiru perbuatan ini dirumah.

Akhirul kalam...

Ilalliqa'


wassalam


Friday, July 17, 2009

A k u k a h M A N G S A ? ?

Bismillahirrahmanirrahim..

Entry kali mgkn berbaur emosional yg mempamerkan keserabutan mindaku akhir2 ini...Mgkin juga suatu perkongsian duka dan pengalaman, yg mungkin sama dengan anda diluar sana (read:anda yg sedang mmbaca n3 ini).

Kisahnya bermula semalam...

Lebih kurang jam 10.30pagi, aku melangkah kaki ke sekolah (*anda:Wah,awal...Bukan ngajar petangke?? * Saye:Ye, mmg ngajar petang..tp semalam Aku terdetik nak dtg skolah awl. Ade 2-3 hal nak disudahkan).

Seusai menyudahkan RPH (rekod persediaan mengajar harian)+dan menolong Ustzh Hanim mendownload antivirusnya yg baru..Aku sempat bertanya 2-3 org guru di bilik guru mengenai pendapat mereka.Jika terdapat butiran yang salah dalam Borang kew 8 (gaji) disekolah (hal2 gaji nie,tugas kerani sekolah)..Ni slh satu perbualan yg diletak dlm blog..

Aku: Kak, pada pendapat akak kan..kalau ada kesilapan ejaan nama kita dlm borang kew8, better betulkan or biorkan?

Akak@Cikgu X: Eh, kene baiki lah..Kenapa?

Aku: takde, hr tu tgk dalam borang kew8 saye, kerani Y salah eja nama sy.... Dalm cover letter dokumen2 yg saya kene pos pada 4 pihak hr tu pon..salah jugak..

Akak@Cikgu X: Die mmg camtu..bab2 mengeja ni mmg die tak ambik peduli sgt. Akak lagi teruk, nama akak tp IC org lain (IC Cikgu H).

Aku: Tu lar, teringat jugak kes akak. dah bertahun ngajar sini, tahun lepas (2008) br settle no.IC tu..


****************************************************************

Tetibe terdetik dalam hati..:aku kene cek semula nih..Hr tu mmg dah tegur..Tp nak tau gak krani Y ni, betulkan ke tidak..takut jadi mcm cover letter hari tu..dah tegur, tp die kate..yang itu takpe..biarkan.. Sampai bila aku tunjuk kat boss (Guru besar aku la)..Boss tegur aku, ni kenapa buat macam ni..Aku jawab: dah tegur dah cikgu, tp dia kak Y kate..takpe. Boss pon respon: Buat kerja tak kemas (merujuk pada kerja kerani Y itu td)...

So, aku pon gi ke pejabat..tak ingat pulak kol brp time tu..

Aku: kak Y, boleh tak nak tgk boran kew8 saya jap...

Kerani Y: (Dengan air muka yg tak puas hati..die pun bg pade aku dokumen tu)

Aku: (Sambil membelek) wah..bagus la akak, dah betulkan...

(tapi tibe2...)
Aku: AstagfirulalAzim (byk kali)...Eh, sory2..hr tu tak nampak..jadi tak tegur pon yang IC salah..Kak, akak salah taip IC saya ni. Bukan 820321-01-5644......tapi 820320. Hm..takpelah, saya ambik dulu, n check lagi...

Kerani Y: nah..nah..ambik ni buat sendiri..

Aku: eh..bukan macam tu..Saya cuma bg tau je..Inikan kerja akak Saya naak mudahkan kerja akak..Mungkin akak tak sempat nak check...

Kerani Y: berlalu dgn emosi tak stabil.....

Aku: balik semula ke bilik guru..dan tgk semula borang tu...

setelah disemak2..mmg betul..bukan 1 je borang yg salah taip IC aku..rupa2nya SEMUA!!!!
so, aku pon betul+tandakan mana yang salah tu..Then, gi semula ke pejabat..

Aku: assalamualaikum..kak, dah siap betulkan..akak tolong buat eh..Terima kasih....
(then, aku keluar dan masuk smula bilik guru)..

mase di bilik guru...tibe2tibe.....

Kerani Y masuk masuk dlm bilik guru...

Kerani Y: Pah, ambik ni semua..buat dan taip sendiri (fail peribadi, borang kew8 lapan yang lama+kew8 yg baru..)

Aku: Eh, mana boleh camtu..nikan kerja akak.....

Kerani Y: terus blah tanpa menghiraukn respond aku....

Aku: Blur...sambil tgk semula dokumen2 tu...

Terkejut tu..fasal..boraang kew8 yang asal.. tu di koyakkan dengan ganas..dan sisanya diberi kepadaku....

Aku: aku mmg bengang dengan minah nih....Bila aku gi semula pejabat..Takda org dah..dalm hati..Cis, bacul betul kerani Y nih!..pengecut!..dah buat salah bukan nak mintak maaf..siap lepas tgn n blah macam tu...

******************************************************

Tula serba ringkas, peristiwa hempedu yang blaku ats aku smlm kat sekolah..Ptg after class, aku smpat gi jumpa boss(aka GB ) aku..n mintak pendapat die fasal kes nih. Die respond: Ok,settle..dgn selamba n cool. (FYI,boss aku mmg cool je org nye..sehingga aku sndri tak leh nak expect..ape tindakan die selanjutnya..sebab tak settel lagi kes ni snbnonye..huhuhu. Korang rase cane? Aku:*Blurrrr*)..Kerani Y yang akceli ade dlm ofis tu..tetiba blah menghilang kan diri (blah lagi)..Dalam hati aku: mmg pengecut..kalau die rasa, die betul..Tentu die ade kat situ jugak..fasal die dah nampak n tahu..mmg aku nak jump boss fasal kes die nih...

hmmm...ntah la labuuu...aku mmg tak faham...pas solat asar..aku termenung + fikir semula....salah ke aku tegur fasal IC tu..sdgkan aku mmg nampak..IC aku tu salah.......aku tanya hsband..diepon kate; kalau die pon..die tegur...Yang aku lagi taak faham..apsal plak kerani Y tu yang emo lebeh..bukan sepatutnya; aku ke yg kene lebih emo???

haiii...lambatlah gaji aaku maacam nih...hr nih+sabtu dah cuti..Tak sabar nak tunggu ahad..nak tgk progress macam mana...

FYI, kerani Y ni, lamee dah kerja di sekolah aku..tak lah muda..or tua sgt pun tidak..dlm 30 something kot umur die...Mmg terkenal dgn kesilapan2 yg dibuat..dah ramai gak cikgu yg jd mangsa fasal kerja buaat die nih..Ade yang laambat dpt tunggakan..patut dpt tahun lepas, tahun ni br dapat...ade yg salah IC (kes Cikgu X td)..ade yang salah, kenaikan gaji-patut bulan 7 tp dapat awal bln 1. Bile dibetulkan semula..kene byr balik lah cekgu tadi...byk tu...yela..nak ganti duit2 yg dah dapat awal dulu...

biasa cekgu2 ni..bila tegur die...takpernah nye si kerani Y ni nak mengaku kesalahan die n mintak maaf (ulang: takpernah)..Siap salahkan kerani yg terdahulu pulak (kerani ni,da pindah sekolah lain)...jadi, kebykn mereka, kalau ngaamuk pon...ngamuk belakang2...takpuas hati pun, luah sesama sendiri....

Aku? aku skrg tgh nak cari jalan untuk TAJDID!!! macam mana aku nak cr peluang+ruang supaya tiada lagi mangsa seterusnya disekolah aku..Macam mana? masih dalam fikiran...Org2 begini, perlu diberi pengajaran...spy kelak tidaak mebuat kesilapan yng sama...Walaupun aku nih, just ibarat semut kecil..tp aku harap; there's must be something that i should do or I can do to make things better..InsyaAllah..We'll see....

Any ideas? let's share with me... you r very2 welcome...jazakumullahukhairan jaza'......


WaAllahu'alam


Friday, July 10, 2009

B e l u m C u b a B e l u m T a u...

Bismillahirrahmanirrahim..

Belum cuba, belum tau...yup, itulah words/tagline yg plg tepat semnjak hari kedua mengajar di sekolah..

walaupun, just kelas jawi 1masa (3pr) n Asuhan tilawah Quran 2masa (3pa)+ 2 mase releave (Bi 2pa) hr nih..sudah cukup utk aku mengwarm upkan diri bagi this 1st week.

masih berkira2, if possibble nak bwk my students di makmal komp sekolah...tp kene prepare bahan+xtvt dulu..br mantap..InsyaAllah..

belum cuba, belum tau...Br2 ni sekolah aku menerima seorang fasilitator schoolnet disekolah yg ditugaskan utk menghidupkan makmal+make sure school net berjalan disekolah. Syabas dan tahniah aku ucapkan kepada Cik hamiza..Walaupon post die ni, kontrak..tp aku hrp, post ni akan di jdkan jawtan tetap. Thanks to our govt gak fasal provide skim macam ni, esp utk mengurangkan kadar pengangguran dikalangan siswazah..Aku dulepon penah merasa idup dalam alam tak bekerja setahun (after grad+konvo 2006)..so,aku mmg paham sgt la mcm mana rasenye situasi desprete nak bekerja nih..Serius!!! So, bila ade skim macam nih..Untung org2 melayu kita jugak...dapat kerja yang halal...walaupon,aku tau ade suara2 sumbang yg cam tak puas hati dgn mereka nih (esp bab gaji yg kononnya tak setaraf dgn kerja yg dibuat...Kononnya mrk fikir kerja sikit..tp gaji besor..), pada aku golongan yg narrow mind mcm nih mmg salah!! + dengki!! huhuhu sorry ye, sgt out spoken disini...

1.korang fikirlah..kalu bdk2 siswazah ni; anak korang...msti sbg parents..kita akan rase sgt leeeega n bersyukur bila anak kita dapat kerja+mula bekerja..Ye la, dah hantar anak2 bljr sekolah tinggi2..mstilah nak tgk anak berjaya dengan kerjaya pulak...biarlah kontak pon..but it's a good start utk menimba pengalaman..Habis kalu nak berkira sgt, smpai bila pon takkan ade pengalaman kerja..So, plz lah kawan2...give them chance to earn their first works experience.

2.Pesal org suke bangkit fasal income ek? sungguh aku tak faham n malas nak fahamkan..huhuhu... Of course la, mereka ini layak menerima income RM2000++ sebab kelayakan siswazah.. jgn la compare dgn korang yg dolu2 starting ratus2...dulu lain..sekrang lain...dulu ekonomi+taraf hidup tak tinggi, kerja pon senang nak dapat...skrg..semua nak pakai duit..belajar sampai degree pon, blm tentu senang nak dapat kerja..nak compete lagi dgn degree2 holders yang lain .
Nak samb MA, bkn sume org ade pluang macam ni..Tu tak tgk lagi dari sudut tekanan hidup nak pulun+blajar di U untuk dapatkan segenggam ijazah...Ingat masuk sehari U, blh terus bachelor degree ke..makan mase tu..3-4 tahun. dgn assgmnt lagi, presentation lagi. exam.quiz,lecturer beleter..dan macam2 lagi...Ni, grad2 je..1 hutang yg sgt pasti belum langsai+tak tau bila boleh langsai: PTPTN...So, fikirlah kawan2...betapa bertuah dan sepatutnya kita juga turut tumpang gembira+bersyukur, bila golongan2 siswazah mengannggur di tanah air kita ini diberi peluang utk kontrak job macam ni...Plz understang+plz lah..jgn samekan situasi kite yg bekerja tetap kemudian further study dengan mereka yg full time study nih..Mmg beza. Mcm kite, still bergaji walaupoin bljr..so, even nak dapatkan degree or master pon, kita takde tekanan untuk dapatkan kerja. Tp bebudak yg full time blajar ni, mana ade income lain selain dr PA&MA + PTPTN or scholarship..Then blajar kene sungguh2 sebab nak dapat degree..dgn harapan jugak, grad nt senang nak dapat kerja (walaupun hakikatnya sukar)..Itulah tekanannye..bg org2 yang baru nak mula hidup or fresh graduate ni.

3.Siapa kate School net or makmal komp sekolah tak perlukan fasilitor?...Serius penting sgt peranannya.. Aku ambik cth plg dekat..sekolah aku..Semenjak ade si hamiza ni, barulah masuk lab tu, rase lapang je mata...kemas+bersih. lantai pon sedap dipijak..kalau tidak berdebu!!! Then, blh gak bg peluang pada bdk2 utk aksess internet fasal dah ade yang jaga.. Cikgu2 pon mudah..sesekali nak guna ICT dalam P&P, takyah dah risau, mereka blh sediakan brg2 teknikalnya..cuma terpulang pada kita utk bahan2/input yang nak disampaikan...dan terpulang pada kita juga, sejauh mana kita bijak nak memanfaatkan kemudahan yg govt sediakan ini. Mana nak diharap,kalu sorang cikgu yang jaga..fasal cikgu keutamaan die P&P...walaupun, mmg kalu dulu2 cikgu yang jaga lab..tp pada aku lebih baiklah, govt tempatkan fasilitator lab ni di sekolah spy penyelenggaraannya lebih efisyen,insyaAllah..


Belum cuba belum tau...refers pada biah kahwin awal ketika bljar di IPT.. Akhir2nih, aku byk bace blog juniors uiam yg dah berkahwen ketika belajar..n pasangannya pon belajar...Aku mmg respect. Sebab aku dulupon kawen mase bljar (3rd year in uiam)..tp husband,grad dah mase tu...seronok tau kawen mase belajar nih...study fokus je..motivasi tinggi..Bercinta pon, secara yang halal...so, jiwa rase lebih tenteram dan tenang...takde nak serabut2 berkhayal...

Suasana students yang berkahwen mmg lumrah/biasa di uiam.. sgt seronok bila bertemu dghn insan2 yg begini (berkahwen tika bljr ni la)..Esp yg satu course...same year of study...satu suasana yang sgt harmoni,sihat dan damai jika nak dibandingkan persekitaran yang byk maksiat n bdaya dating+cuppling. Kepada org2 yang rase tak setuju dgn marriage during studies..Itu hak anda ...But plz respect mereka nih...

Fikiran tu or persepsi tu..tolong jangan jumud ye...Ingat org yg kahwen ketika bljar ni, kawen kene tangkap basah ker? kawen free ke ? tolong la yek...respect. Our Parents hempas pulas buat persediaan utk walimah anak2 mereka nih..Jgn sebab org2 lain yang kahwin sebab keruntuhan akhlaq or kene tangkap khalwat, nak disamakan dengan mereka yang disatukan dengan cara yang baik...Plzzz jangan.. Sgt tidak adil+kejam bertanggapan begitu..Sebaliknya, marilah kita bersyukur kerana mereka ini terpelihara maruah diri dan jauh drpd fitnah zina..
Mereka ini juga sebagai ikon yang menghiasi biah solehah di sekelilimg kita. Betul..Juba renung sejenak..mana yang lebih sedap+tenang dipandang: lelaki pompuan yang bkn mahram berdua2an berdating or pasangan muda suami isteri nih yang romantis berdua2an? oleh itu kawan...tepuk dada tanyalah iman...


waAllhu'alam, sekian dahulu untuk en3 kali ini...



Wednesday, July 8, 2009

L A P O R D I R I !!!

In teh name of Allah the All Mighthy...

Alhamdulillah..hari ni hari pertama aku melaporkan diri kesekolah. Sungguh bersemangat!! Lame betul tak jump murid2 n ber p&p..

untuk pengetahuan semua..alhamdulillah..aku dah selamat menghabiskan KISSM dan examnya pada isnin lepas lagi. then cuti sehari pada hr selasanya. dan hari Rabu (akak hr ni lah =8july2009), aku selamat melapor diri sebagai GST aka Guru Sandaran Siswazah Terlatih..Alhamdulillah..pejam celik, pejam celik dah berlalupon 18 bln kursus KPLI JQAF yang diambil.. Rindu juga bila terkenang semula time belajar+rakan2 seperjuangan..bila pula nak bertemu sua lagi...

Actually, aku masih ditempatkan disekolah yang sama (SK Ipoh, tanah merah kelantan).. Cuma mgkin status yg berbeza..kalu dulu..guru dalam latihan(GDL) or dipanggil GSTT (guru siswaza tak terlatih)...tp sekrg, adelah siket peningkatan...dan yang pasti perubahan sbg GST...

perubahan paling ketara? Aku kini tidak lagi mengajar dua alam..sebabnya, SK Ipoh baru sahaja menerima seorang lagi ahli keluarga baru (Jqaf Intake June 2008)... Cume yang menghampakan aku, aku tak dapat mengajar pagi...sebaliknya mengajar petang.. bukan Isu jadual yang aku galatkan..or terpaksa balik lewat..Tp yang aku terkilan...Sebab aku sudah kerugian peluang menimba Ilmu dan pengalaman dalam hal2 pentadbiran..aktiviti kokurikulum dan sebagainya...

Serius..mengajar petang, drpd segi taklifan tak susah mana pon..tak stress..Tp bg aku yang cepat bosan dan tak suka asyik berada dalam suasana yang sama..Pasti2nya akan bosan jugak..Slama pengalaman mengajar petang b4 nipon..aku nampak dah keboringannya..sebab, bila ngajar petang P&P kite di sekolah tu..jadi rutin je..Gi sekolah, ngajar,makan,minum,buat RPH then balik umah... Kerja2 pentadbiran+aktiviti koku, mmg tak melibatkan sgt guru2 sesi petang...almaklumlah..utk petang, hanya drjah 1,2 dan 3 shj.

aku cuba pujuk diri, positifkan minda....walau dalam+jauh di dasar Qalbu..terdetik gak rasa geram...Ye la kan..aku dulu pon awal2 dtg sekolah ni, ngajar budak tahun satu..ade masalah gak nak gi sekolah, fasal transport just ade satu..tp, aku tak mintak pon or tak demand pon nak ngajar petang..Org suruh pagi..pagi lah aku...Same gak mase aku nak praktikal dulu..org suruh 2 alam..Maka 2 alam lah aku... Prob mse praktikal..fasal kalu blh nak ambik kelas2 yg 1st je utk jadi kelas praktikum..tp sebab jadual yang dah sedia ada..maka aku redha n put a side kepentingan aku..Redha beb..biarlah dpt kelas last pon, yg penting aku survive..aku yg wajib perform..Alhamdulillah, tak sia2 pengorbanan aku..Praktikum-cemerlang, alhamdulillah....

Berbeza plk dgn fresh junior aku...tak reti drive..tinggal jauh nun di Jeli tuh (nearby Pst Serenti)..No transport...etc...etc....Maka aku gaklah yang mengalah...hampeh betul!!huhuhu....Tp, mcm aku katelah tadik...aku tak lah marah..cume terkilan...patut, as a new comers, kena lah ade effort siket kan..survive..mcm org lain gak...ntahla labu...org sekarang...mmg unik2..hehehe...Sudahnye..aku yang baik hati ni..mengalah lah...ngajar la petang...Dan hari ni, aku dah hilang kesempatan ber ko-ku dgn anak2 murid aku.....

well, be positif ye tak? so, skrg..aku tgh nak fikir..macam mana aku nak meng'happening'kan life aku..sepanjang petang ni? macam mana, aku nak hidupkan P&P aku sepanjang ngajar bebudak drjah 1,2,3 nih...WAJIB!! kalau tidak...aku jugak yang aku merana sakit otak..fasal tak buat any action or effort untuk mewarnai life aku!!! buat mase nih, still under planing...masih ligat lagi dalam otak...

InsyaAllah...dalam terdekat ini..aku akan usahakan sedikit demi sedikit...InsyaAllah..mudah2n...dgn izinnya Jua..sglnya berjalan lancar dan mendapat redhaNya...


ya Allah..plz give me strenghn...kuatkan semngt aku untuk melaksna sgala amanahMu ini...

waAllahu'alam...

Tuesday, June 30, 2009

K I S S M

Bismillahirrahmanirrahim..

maaf sebab lama tak update..rindu sgt bpada blog ni..

sibuk dgn Kissm..assmnt kissm dan preparation untk exam Kissm.

Kissm..oh Kissm....Bila nak habis?


Alhamdulillah..dapat result tadi..walaupun tidak cemerlang..dapat kepujian sahaja..namun saya sangat bersyukur..alhamdulillah...dan tetap gembira juga..Alhamdulillah ini bahagian dan rezki saya yang Allah dah tetapkan..

nampaknya, tibe sini shj...

nak smbung dgr ceramah+settlekan asgmnt..

Mp3 ni,pehal pulak tak blh buka nih?....saboo...sabo...



huhuhuhu...


wassalam



p r e v i o u s L i N K s

Blog Widget by LinkWithin